TIGA PULUH - Bukan Harriz.

47.1K 1.6K 15
                                    

Masa melawat sudah tamat. Jadi Rasya dan Firash perlu pulang ke rumah. Sebelum pulang, Firash meminta izin untuk pergi berjumpa doktor. Katanya ada hal penting nak dibincangkan.

Rasya malas mahu ikut jadi dia hanya menunggu Firash di cafe hospital. Alang-alang bolehlah melantak sekali. Perut terasa lapar pulak.

Sedang Rasya membuat pesanan, dia terperasan ada satu susuk tubuh lelaki yang dia cukup kenali. Dia datang dekat pada lelaki itu dan mencuit bahu lelaki itu perlahan. Lelaki itu sedikit tersentak dan terus menoleh ke belakang.

Tersenyum lebar lelaki itu bila melihat Rasya yang menegurnya.
" Awak buat apa dekat sini? " soal Daniel sambil tersenyum lebar. Nampaknya masa untuk dia berkawan dengan Rasya sudah tiba.

Rasya memaki hamun dirinya di dalam hati. Dia fikir itu Harriz sepupunya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Tapi rupanya Daniel. Habislah kau Rasya...

" Erk aku datang melawat orang sakitlah. Takkan shopping pulak dekat sini. " Teragak-agak Rasya ingin menjawab. Rambutnya yang terbang ditiup angin dibetulkan. Perasaan takut mula meyinggah di hatinya. Takut Firash terlihat yang Daniel ada disini. Matilah nakk.....

" Okeylah aku gerak dulu, Assalamualaikum. " Belum sempat Rasya melangkah pergi, Daniel sudah menahan. Ahh! apa mamat ni nak?

" Rasya boleh teman saya makan sekejap? Saya tengah sakit ni. " Daniel berpura-pura batuk dengan kuat.

" Kau sakit apa? " soal Rasya sambil menarik kerusi berhadapan dengan Daniel. Ada sedikit perasaan risau di dalam hatinya.

" Demam panas. Sepatutnya saya kena tahan, tapi saya taknak sebab takde siapa yang nak jaga saya nanti. " balas Daniel. Sayu saja dia menutur kata. Nampaknya lakonannya menjadi.

" Isteri kau dengan anak-anak kau mana? " soal Rasya lagi. Pelik kerana Daniel kata tiada siapa yang mahu menjaganya. Tak mungkin Umairah mengabaikan suami tersayangnya ini.

" Saya dah bercerai minggu lepas.. " Daniel terdiam seketika

" Umairah curang belakang saya, dia ada lelaki lain. Dia pilih lelaki tu daripada saya. Mungkin ini balasan buat saya jugak sebab mempermainkan awak dulu. " Sambung Daniel. Tangannya mahu mencapai tangan Rasya, namun Rasya lebih pantas menepis. Haram lah!

Rasya semakin tidak senang duduk. Lagi-lagi bila dapat tahu yang Daniel sekarang duda. Tak mahu dia duduk lama disini. Takut menimbul fitnah. Firash pula dari tadi tak nampak. Lamanya jumpa doktor. Jumpa doktor ke mengurat doktor? Huh!

Rasya berdehem kecil. Dia cuba mengawal riak mukanya.
" Aku tak sangka kau betul-betul cerai. aku ingat kau menipu aku haritu tapi tak mungkinlah Kak Umairah akan buat macam tu. Aku kenal Kak Umairah macam mana. " Memang Rasya tak percaya dengan semua yang Daniel katakan. Dia sendiri tahu betapa sayangnya Umairah pada Daniel.

" Lagi satu, benda yang lepas biarkan lepas. Sekarang pun aku dah hidup bahagia dengan suami aku. Jadi aku dah lupakan masa lalu aku yang PERIT tu. Aku dah move on. " Sengaja perkataan perit itu ditekankan. Rasya terus pergi dari situ. Tak betah mahu lama-lama di situ. Dia mahu mencari Firash.



Daniel memukul meja dengan kuat. Semua orang memandang ke arahnya. Dia langsung tidak ambil peduli dengan pandangan orang. Sekarang ini perasaan marahnya sudah tahap maksima. Tak sempat dia mahu berkawan dengan Rasya, Rasya sudah pergi. Rasya betul-betul sudah berubah. Dia betul-betul sudah melupakan Daniel.

" Aku bagi kau rasa bahagia sekejap je Rasya. Lepasni kau jadi milik aku! Bukan milik jantan tak guna tu! " Kata Daniel dengan geram. Dia terus bangun dan keluar dari hospital. Nak lepaskan amarahnya di tempat lain. Dekat sini tak sesuai langsung. Tempat orang sakit.

Sebenarnya Daniel mengekori Firash dan Rasya sudah lama. Kemana mereka pergi dia pasti ikut dari belakang. Di mana ada Rasya dan Firash, di situ jugalah ada Daniel. Sengaja dia memberi alasan yang dia mengalami demam panas. Padahal sihat saja. Lakonan yang hebat. Selepas ini Daniel ingin merancang sesuatu yang baru kerana rancangannya sebelum ini sudah tidak menjadi. Gagal!

Firash dari tadi menjadi pemerhati dari jauh. Dia sudah lama turun tapi bila dia ternampak Daniel dan Rasya sedang duduk semeja sambil berbual, niatnya ingin datang dekat pada Rasya jadi terbantut. Dia mahu lihat sejauh mana Daniel mampu memikat hati Rasya semula. Walaupun hakikatnya hati Firash seperti ditikam oleh pisau namun dibiarkan. Dalam masa yang sama, dia mahu menguji kesetiaan Rasya. Bila terlihat Rasya melayan Daniel sebegitu, dia rasa nasib menyebelahinya. Alhamdulillah Allah mendengar doanya. Bibirnya menguntumkan satu senyuman manis. Hatinya melonjak bahagia.

Melihat Rasya yang ingin menaiki lif, cepat-cepat Firash menarik tangan Rasya. Terkejut Rasya. Tiba-tiba saja ada orang menarik tangannya. Serupa seperti penculik.

" Penat abang cari sayang tau. Sayang pergi mana? " soal Firash, risau. Ahh Firash pun pandai berlakon macam Daniel.

" Asya ada dekat cafe jelah dari tadi. Abang tu lama sangat. " balas Rasya. Mulutnya dimuncungkan seperti itik. Merajuk kononnya.

" Sorry sayang. Dah jom balik. " Tangan Rasya digenggam kemas. Mereka meluru ke pintu keluar bersama-sama. Gaya seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Tapi memang pun kan.

        -------------

Keadaan di dalam kereta sangat sunyi, hanya kedengaran bunyi radio sahaja. Dari tadi DJ tak habis potpetpotpet je. Bosan juga Rasya dengar. Dia rasa inilah masa yang sesuai untuk menanyakan Firash tentang Makcik Katrina.

" Kenapa abang ambil Makcik Katrina jadi ibu angkat abang? " soal Rasya memecah hening. Rasya betul-betul ingin tahu tentang itu.

" Sajaa... " balas Firash pendek.

" Benda macam ni mana boleh saja-saja. Abang tak kenal makcik Katrina, silap-silap dia tu penjahat. Ha siapa tahu kan. "

" Rasya, tak baik cakap macam tu. Abang tahu ibu baik. Lepasni jangan mempersoalkan apa yang abang buat! " Tengking Firash. Panas hatinya bila Rasya mula menuduh ibu kandungnya yang bukan-bukan.

Rasya memandang Firash tidak berkelip. Dia sedikit terkejut bila Firash menengkingnya. Nak menangis rasanya tapi ditahan. Dia terus mengunci mulutnya dan memandang ke luar tingkap.

Firash pula langsung tidak ada tanda-tanda mahu memujuk Rasya. Fokus sangat memandu. Nampaknya memang berlaku perang dinginlah kejap lagi.

•••••

[ PROMOTE STORY  ]
' Tak sempurna tanpamu ' Syazzz98

Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now