DUA - ' Buat dia jatuh cinta '

85K 2.9K 126
                                    

Rasya bersandar pada kerusi di dalam biliknya. Sudah seminggu namun dia masih belum ada jawapan. Kusut dibuatnya. Rasya tahu dia perlu meluahkan kekusutan ini kepada seseorang. Dia terus mendail nombor telefon Amirah, kawan baiknya semasa belajar di luar negara. Mereka belajar di universiti yang sama dan oleh kerana datang dari negara yang sama, maka mereka selalu menghabiskan masa bersama.

" Mira, kau dekat mana sekarang? " Rasya terus bertanya bila talian disambungkan.

" Aku dekat rumah. kenapa? "

" Kita jumpa boleh? "

" Boleh jugak. Lunch ok? "

" Ok kita jumpa dekat The Mall. Aku tunggu kau dekat KFC "

" Ok dalam pukul satu ya. "

Talian dimatikan. Rasya bersandar semula pada kerusi. Dia amat berharap agar kekusutan fikirannya dapat dirungkai apabila bertemu dengan Amirah.

Tepat pukul 1.00 tengahari. Rasya telah siap menunggu di dalam restoran makanan segera KFC di The Mall. Agak ramai orang pada waktu itu.

Rasya memandang sekeliling, kelibat Amirah masih belum muncul. Dia duduk termenung. Tiba-tiba mejanya diketuk perlahan. Lamunannya mati serta-merta. Dia mendongak sedikit untuk melihat orang yang mengetuk mejanya itu.

" Cik, kosong tak dekat sini? " Tanya lelaki itu sambil tersenyum.
Rasya terkaku melihat lelaki itu tersenyum manis padanya.

' YaAllah sungguh indah ciptaanmu. ' Kata Rasya dengan suaranya sedikit perlahan.

" Hello miss " Tangan lelaki itu melambai-lambai di hadapan Rasya.

" Hm ya kenapa ek? " Tanya Rasya dalam keadaan sedikit kekok.

" Boleh saya duduk sini? Tempat semua dah penuh. " Soalnya sekali lagi.

" Ohh boleh boleh. "

" Terima kasih. " Ucap lelaki itu. Dia mengambil tempat di sebelah Rasya. Rasya hanya tersenyum buat-buat. Rasya merasa sedikit tidak selesa bila dipandang oleh orang ramai. Dia menundukkan sedikit kepalanya.

Rasya melihat jam di tangannya. Sudah pukul 1.15 tengahari. Amirah masih tidak muncul. Mana Amirah ni. Tak tepati masa betul.

" Hoi ! " Sergah Amirah dari belakang.

" Oh mak kau terbalik. " Rasya terus menekup mulutnya. Dia menjeling tajam ke arah Amirah. Sudah berkali-kali dia berpesan pada Amirah, jangan terkejutkan dia. Sudah dia terpaksa menanggung malu. Amirah tergelak kecil.

" Boleh tak jangan terkejutkan aku? Kalau aku ade sakit jantung macam mana? " Tanya Rasya dengan geram. Amirah tersengih seperti kerang busuk. Rasya menoleh ke kanan melihat lelaki disebelahnya. Lelaki itu sedang tertawa kecil. Kurang asam betul mamat ni. kata Rasya dengan geram di dalam hati.

" Hai saya Amirah. Boyfriend Rasya ya? Weh, kau ada boyfriend tak bagitahu aku pun ! "

Rasya mengerutkan dahinya.
" Siapa boyfriend aku ? " soal Rasya kebingunggan.

Amirah membuat muka menyampah. Buat-buat tak tahu pula Rasya ni.
" Sebelah kau ni lah. Boyfriend kau kan ? "

Suami Sementara © ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن