TIGA PULUH TIGA - Berahsia

44.9K 1.6K 20
                                    

Hari ini Puan Katrina sudah boleh pulang ke rumah. Firash sudah berbincang dengan Rasya, dia mahu membawa Puan Katrina tinggal serumah dengan mereka. Mulanya Rasya membantah tetapi selepas dipujuk barulah Rasya bersetuju.

" Masuklah ibu. Sekarang ibu akan duduk sini dan buat lah macam rumah sendiri. " Pelawa Firash. Rasya dari jauh hanya melihat saja cara Firash melayan Puan Katrina. Sama seperti seorang anak sedang melayan ibu. Ada terdetik rasa cemburu dihatinya kerana Firash melebihkan Puan Katrina darinya.

Siapa sebenarnya Puan Katrina ini? Sampaikan Firash sanggup menerimanya sebagai ibu angkat. Adakah Puan Katrina ibu Firash? soal hati Rasya.

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak mungkin Puan Katrina ini ibu kandung Firash. Memanglah ada sama sikit tapi bukan kah Puan Katrina ini kaya-raya? Mana perginya hartanya yang bertimbun-timbun itu?

" Sayang, kenapa berdiri lama-lama dekat situ? " soal Firash sambil mendekati Rasya yang masih berdiri di sebelah kereta. Rasya tidak membalas pertanyaan Firash. Dia terus masuk dan menuju ke bilik. Bermacam-macam persoalan yang berlegar-legar di dalam otaknya. Panggilan dari Firash dibiarkan saja.

Firash sedikit pelik dengan perangai isterinya. Sejak dua menjak ini lain macam saja perangai dan ragamnya. Hari ini tidak melayannya. Esok lusa tak tahu apa pulak yang jadi. Tanpa membuang masa, Firash terus masuk ke rumah dan berbual dengan Puan Katrina. Isterinya biar lah dulu. Mungkin Rasya perlukan masa untuk bersendirian.

" Ibu sebelum ni duduk mana? " soal Firash. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Puan Katrina.

" Sebelum ni duduk dekat Shah Alam. Tapi..... " Tidak sanggup rasanya mahu menyambung ayat seterusnya.

" Tapi apa ibu? " soal Firash ingin tahu. Mungkin dia boleh tolong jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada Puan Katrina.

" Takdepapelah. Bukan sekarang untuk Mika tahu semua tu. " Jawab Puan Katrina sambil tersenyum manis. Firash mengangguk tanda mengerti.

" Muka ibu. Siapa yang buat muka ibu jadi seteruk ni? " soal Firash lagi. Banyak benda yang dia harus siasat ke atas Puan Katrina. Minggu lepas, penyiasat persendiriannya ada beritahu yang Puan Katrina ini memang lah Puan Katrina ibu kandung kepada Firash. Firash sudah dapat mengagak semua itu sebelum dimaklumkan lagi. Naluri seorang anak.

Sekarang ini Firash perlu cari tahu siapa yang membuat ibunya jadi seperti ini. Tetapi Puan Katrina terlalu banyak menyimpan rahsia. Susah untuk Firash membuat kerja seterusnya.

" Muka ibu jadi macam ni sebab kena ragut. " Tipu Puan Katrina. Dia tidak mahu sesiapa tahu apa yang terjadi pada dirinya.

" Mungkin ini semua balasan buat diri ibu sebab terlalu leka dengan hal dunia. Sampaikan sesaat pun ibu tak pernah ingat pada dia (Allah). ibutinggalkan solat, ibu tinggalkan anak mama. " Air mata yang ditahan akhirnya tumpah membasahi pipi. Firash terikut rasa sedih.

Terus tubuh Puan Katrina dipeluk. Buat pertama kalinya dia dapat memeluk ibu kandungnya. Ibu yang dia rindui selama 27 tahun. Akhirnya hari ini, Allah makhbulkan doanya untuk berjumpa dan memeluk ibunya. Bukan mimpi, tapi realiti.

Terima Kasih Allah...

                              ---------

" Assalamualaikum mama. Mama sihat? " soal Rasya selepas panggilan di sambungkan.

" Waalaikumussalam. Betuah punya anak. Lepas kahwin terus lupakan mama ye. " balas Puan Sri Mariam.

Rasya tergelak kecil.
" Maaflah ma. Asya sibuk sikit sampai tak sempat nak tanya khabar mama. "

" Kamu ni sibuk pun janganlah lupakan mama. Kesian mama tau. Dahlah duduk sorang-sorang tak berteman. Abang Hafiz kamu tu pun sekarang sibuk dengan pejabat. Pergi pagi, balik malam. Haa kamu bila nak bagi mama cucu? Dah ada isi ke belum? " Soal Puan Sri Mariam dengan teruja. Dia betul-betul inginkan cucu sekarang ini. Kalau suaminya ada mesti suaminya inginkan benda yang sama. Terdetik rasa rindu pada suaminya itu :'))

Rasya memegang perutnya yang masih kempis itu. Dia juga berharap dia akan mendapat cahaya mata secepat mungkin. Tapi rezeki buat itu belum tiba lagi.
" Belum ada rezeki lagi maa. " Balas Rasya dengan nada sedikit mundur.

" Takape. Kamu jangan sedih-sedih. Inshallah Allah akan bagilah nanti. Hubungan kamu dengan Firash okey? "

Rasya terdiam seketika.
" Hubungan kami okey je. Hm maa Asya nak tanya sikit boleh? "

" Tanyalah. " balas Puan Sri Mariam pendek.

" Siapa Firash? Maksud Asya, siapa keluarga kandung Firash? Lima belas tahun yang lalu apa yang jadi? Masih banyak yang Asya tak tahu maa. Mama pasti tahu kan? " Tanyanya.

" Kenapa kamu tanya? " Puan Sri Mariam bertanya kembali pada Rasya. Teragak-agak dia ingin menceritakan tentang dulu. Dia tidak mahu melihat Rasya sakit lagi. Doktor juga pernah pesan jangan sampai Rasya tertekan. Benda itu akan membawa keburukan buat Rasya.

" Asya nak tahu. Teringin sangat nak tahu. Masa lalu tu selalu menghantui Asya tiap-tiap malam. Asya terganggu maa. Please bagitahu apa yang jadi dulu. " Balas Rasya. Dia rasa penting untuk dia tahu apa yang berlaku lima belas tahun yang lalu.

" Sayang, mungkin lebih elok kalau kamu tanya pada Firash dan mama harap janganlah kamu menekan diri kamu untuk ingat benda yang lalu. Mama taknak kamu sakit sayang. " Pesan Puan Sri Mariam.

" Ma, i am sorry.... " Ucap Rasya dan terus mematikan panggilan itu. Rasya menangis secara tiba-tiba. Dia sendiri tidak pasti sebab apa dia menangis. Mungkin kerana rindukan mamanya atau mungkin kerana dia tertekan dengan Daniel yang tidak habis-habis menganggunya. Firash langsung tidak tahu yang Daniel sering menelefon Rasya dan cuba untuk berjumpa dengan Rasya dalam diam. Tiap kali Rasya ingin keluar rumah, pasti dia dapat merasakan ada seseorang yang sedang ekorinya dari jauh. Dia jadi takut dengan semua itu.

Pintu bilik dikuak perlahan. Rasya tahu itu pasti Firash. Cepat-cepat dia mengesat air matanya dan membetulkan pembaringannya. Tidak mahu Firash tahu yang dia baru saja menangis. Nanti bermacam-macam soalan diberi. Penat mahu menjawab soalan dari Firash. Selimut ditarik sampai ke paras dada. Matanya dipejamkan. Dia mahu berehat dan dia memang perlu berehat tika ini. Berharap selepas bangun dari tidur, dia akan okey.

" Sayanggg... " panggil Firash dalam nada lembut. Rasya tidak menyahut. Firash mengambil tempat di sisi Rasya. Rambut yang hampir menutupi mata Rasya di selak ke tepi. Dahi Rasya dicium lama. Kemudian ciuman itu beralih pada pipi kiri dan kanan Rasya yang semakin tembam.

" Abang tahu sayang tak tidur. Abang dengar sayang menangis tadi. Ada apa-apa yang sayang nak bagitahu abang? " Soal Firash sambil mengusap lembut kepala Rasya. Perlahan-lahan Rasya membuka matanya. Terlihat Firash sedang tersenyum manis ke arahnya. Kalau hari-hari macam ni. Memang cair lah macam lilin.

" Asya rindu mama... " Balas Rasya dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh Firash.

" Lagi? " Firash tahu masih ada sesuatu yang Rasya rahsiakan darinya.

" Asya nak pergi rumah mama... "

" Selain tu? "

" Asya nak ziarah kubur daddy... "

Firash masih tetap tersenyum walaupun dia tidak berpuas hati dengan jawapan Rasya.
" Nanti kita balik rumah mama. abang akan tunggu sampai sayang bersedia untuk cakap. Jangan risau. Rehatlah. " Kata Firash. Kemudian dia baring di sebelah isterinya. Matanya ditutup rapat. Dia tidak mahu memaksa isterinya takut perkara itu memberi tekanan padanya.

Abang memang faham Asya.. Bisik Rasya dalam hati.

------------

Maaf kalau sedikit hambar atau banyak hambar HAHA
Kalau ada typo pun harap dimaafkan.
Biaselah cerita budak 7 tahun. Tak semua best-best.  Peace yo ✌🏻

PROMOTE STORY

Mungkin Takdir dari allsyco

Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now