SEPULUH - ' Rindu daddy '

55.5K 2.2K 25
                                    

Rasya cuba menelefon Firash berkali-kali, namun masih tidak di jawab. Kali ini entah keberapa kali pun dia tidak pasti. Telefon Firash masih dimatikan.

" Lain kali buang je telefon tu dekat laut. Orang call bukan reti nak jawab. " Rasya menaip sambil bercakap. Nampak geram sangat dah tu.

Send!

Rasya melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menujukkan pukul 9 pagi. Rasya terus bangun dari katil dan bersiap-siap untuk menziarah kubur Tan Sri Hamid. Tuala berwarna pink dicapai. Terus dia menuju ke bilik mandi.

-------------

Sesudah mandi, Rasya mengenakan baju kurung cotton bercorakkan bunga-bunga berwarna biru. Selendang berwarna hitam dicapai dan diletakkan di leher. Rasya tidak bertudung, selendang itu dia hanya memakai bila sudah sampai ke perkuburan demi untuk menghormati perkuburan orang islam. Dia tahu tidak bertudung itu adalah dosa tapi dia belum bersedia lagi untuk bertudung. Baginya kalau bertudung semua orang mampu buat, tapi kalau menutup aurat sebetulnya? Kiralah di malaysia ini ada berapa orang yang menutup aurat dengan sempurna.

Rasya mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari bilik. Dia menurun tangga dengan cukup berhati-hati. Kerana sebelum ini dia pernah hampir terjatuh tangga akibat tergesa-gesa. kecuaian diri sendiri.

Sampai saja di bawah dia terus menyapa mamanya di dapur yang sedang memotong buah apple.

" Selamat pagi mama. " Sapa Rasya sambil mencium pipi Puan Sri Mariam dan mengambil buah apple yang sudah dipotong masuk ke dalam mulutnya. Puan Sri Mariam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat perangai Rasya.

" Ini lawa-lawa ni kamu nak pergi mana? " Soal Puan Sri Mariam.

" Asya nak pergi ziarah kubur daddy. " jawab Rasya yang sedang mengunyah buah apple.

Puan Sri Mariam mengangguk erti faham.
" Ha mama baru ingat. Firash kirim salam kat kamu. Semalam dia cari kamu tapi kamu dah naik bilik. Dia minta maaf kalau-kalau ada sakitkan hati kamu. "

" Mama tahu tak dia pergi mana? Asya call dia banyak kali dia tak jawab lah maa. " Soal Rasya sambil mengerutkan dahinya. Rasya mengakulah dia sebenarnya sedikit risau. Mana tahu apa-apa jadi dekat Firash kan.

" Dia pergi Australia. Dia tak bagitahu kamu ke? " soal Puan Sri Mariam kembali.

" Takdepun. Selalu kalau dia nak fly mana-mana mesti dia bagitahu Asya. Ni takde pulak. Ish buat Asya risau je. " ujar Rasya dengan geram.

" Kamu sayang dia Sya? "

Soalan Puan Sri Mariam membuatkan Rasya terdiam. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Rasya berdehem kecil. Dia melihat jam di dinding sudah pukul 11 pagi. Baik gerak sekarang.

" Okeylah maa. Asya nak gerak dulu. Lepasni ingat nak pergi singgah mall. Nak cari barang sikit. Byee maa. " Rasya terus beredar selepas menyalam mamanya. Pertanyaan Puan Sri Mariam tidak dijawab. Dia sendiri tidak tahu apa perasaan dia terhadap Firash. Nak kata sayang, sayanglah juga sebagai kawan. Cinta? Hm susah nak cakap. Dah Rasya tak payah cakap senang!

------------

Sampai saja di kawasan perkuburan islam, Rasya tercari-cari di mana kubur daddynya. Mama kata dah letak batu nisan. Cepat betul siap tempahan batu nisan itu ya. Rasya membaca satu-satu nama di batu nisan itu. Akhirnya Rasya jumpa juga. Kubur daddynya bersebelahan pokok besar, jadi takdelah panas sangat kalau nak berlama disitu. Tikar dibentangkan. Air yang dipenuhi dengan bunga-bungaan diletakkan di sebelahnya.

" Assalamualaikum daddy. Daddy apa khabar? Sihat? Harini Asya datang nak ziarah daddy. Asya rindu sangat dekat daddy. Semalam Asya tak sempat nak cium daddy. Maafkan Asya daddy. " Ujar Rasya sambil membersihkan kubur daddynya.

" Asya tahu, selama daddy hidup Asya tak pernah bagi daddy hadiah yang berkenaan tentang agama. Maafkan Asya lagi sekali. Jadi harini daddy, Asya nak bagi daddy hadiah. Asya nak hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah dan surah Yassin buat daddy. Daddy dengar tau Asya baca. "

Rasya mula membaca dengan ta'awudz dan seterusnya basmallah. Selepas itu dia membaca surah Al-Fatihah dan surah Yassin dengan penuh teliti.

Selesai membaca surah Yassin, Rasya menyiram kubur daddynya dengan Air dipenuhi bunga-bungaan. Sekuntum bunga mawar putih diletakkan di atas kubur daddynya. Orang kata elok cucukkan pokok diatas kubur tapi Rasya tak tahu pokok apa yang dia harus cucuk. Jadi dia membeli sekuntum mawar putih sahaja. Mungkin selepas ini dia akan menyuruh orang yang menjaga tanah perkuburan ini mencarikan pokok untuk dicucukkan di atas kubur Tan Sri Hamid.

" Daddy, Asya nak balik dah ni. Daddy jaga diri baik-baik. Esok-esok Asya datang melawat daddy lagi ye. Asya sayang daddy. Assalamualaikum daddy. " Ucap Rasya. Dia mencium batu nisan yang bertuliskan nama daddynya disitu. Dia menganggap dia sedang mencium dahi daddynya. Sungguh dia amat rindukan daddynya. Rindu akan senyuman dan gurauan daddynya itu. Kini semua yang berlaku antara dia dan Tan Sri Hamid hanya meninggalkan kenangan. Kenangan yang terindah di dalam hidupnya.

Rasya melipatkan kembali tikar tadi. Dengan penuh berhati-hati Rasya berjalan. Takut terpijak kubur orang pula. Tiba-tiba dia terlanggar sesusuk tubuh sasa. Disebabkan jalan asik pandang bawah saja sampai terlupa nak pandang depan. Kan dah langgar orang. Rasya.. Rasyaa...

" Sorry sorry saya tak sengaja. " Ucap Rasya. Selepas itu dia terus melangkah pergi tanpa melihat siapa yang dia langgar itu.

" Rasya Medina anak Tan Sri Hamid. " Panggil satu suara dari belakang. Suara itu cukup Rasya kenali. Tapi tak mungkin dia. Langkah Rasya terhenti. Dia perlahan-lahan menoleh kebelakang untuk melihat pemilik suara itu. Dia terkaku seketika. Selepas itu dia terus berjalan dengan pantas. Mahu melarikan diri dari lelaki itu.

" Rasya tunggu ! " Panggil lelaki itu sedikit jerit. Rasya hanya membiarkan saja.

Sampai saja dikeretanya dia terus masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu. Enjin kereta dihidupkan. Dia memukul stereng keretanya sekuat hati. Geram! Benci! Sakit Hati! Semua perasaan ada.

" Kenapa aku perlu jumpa kau lagi! Arghhhhh! " Jerit Rasya sekuat hati. Semakin kuat dia memukul stereng itu.

Dia menoleh kebelakang. Terlihat lelaki tadi semakin hampir dengan keretanya. Dia terus pandu dengan laju. Rasya tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki itulah yang membuatkan hatinya terluka. Ya siapa lagi kalau bukan Daniel Amir. Walaupun sudah 5 tahun kisah mereka berlalu tapi tak bermaksud Rasya boleh melupakan apa yang Daniel pernah lakukan terhadap dirinya. Sungguh hancur hatinya itu.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now