TIGA PULUH EMPAT - Mimpi

47.3K 1.6K 96
                                    

Malam itu, Rasya tidak dapat melelapkan mata. Sudah hampir seminggu tidurnya selalu terganggu. Dari tadi dia memikirkan bagaimana cara hendak memberitahu Firash tentang Daniel. Bermacam-macam idea yang dia dapat, tapi semua itu bukan boleh pakai. Takut lain yang jadi. Rasya membetulkan posisi baringnya dan kerana itu menyebabkan Firash tersedar dari lena.

" Kenapa sayang tak tidur lagi? " soal Firash dalam keadaan mamai. Bercakap sambil mata pejam.


" Tak boleh tidur. Asya ganggu tidur abang ke? " soal Rasya kembali. Dia mengereng mengadap suaminya. Firash membalas dengan gelengan sambil tersenyum.


" Tidurlah dah malam. Tak elok terjaga malam-malam ni. Esok abang dah mula kerja. " Kata Firash dalam mamai. Risau dengan keadaan isterinya. Jarang sekali kalau malam Rasya tak tidur. Apelah yang difikirkan sampai tak boleh tidur malam .

Lama Rasya diam. Firash membuka matanya. Akhirnya larat juga nak buka mata. Matanya digosok perlahan untuk menjelaskan pandangan. Terlihat Rasya yang sedang leka termenung . Firash menggelengkan kepalanya. Kita cakap dengan dia, dia termenung pula. Gumam Firash dalam hati.

" Sayang, tidurlah.... " Tangannya menyentuh tangan Rasya membuatkan Rasya tersedar dari lamunan. Rasya memandang suaminya lama. Dia meneliti wajah suaminya. Memang sama. bisiknya dalam hati.

" Mika. Firash Mikhail kawan Rasya masa kecik? Daddy ambil Firash Mikhail sebagai anak angkat sebab..... " Dia berhenti seketika.

" Sebab tu Asya tak pasti. Tapi betul ke apa yang Asya cakapkan tadi? " Firash yang tadinya baring terus duduk bersila. Terkejut kerana Rasya boleh berkata sebegitu. Adakah ingatan Rasya sudah pulih?

" Sayang dah ingat? Sayang ingat apa yang berlaku dulu? Sayang ingat siapa abang? " Bertalu-talu soalan yang diberikan pada Rasya. Satu perasaan gembira mula timbul di hatinya.

" Tak. Asya tak ingat. Tapi itu semua dalam mimpi Asya. Mimpi yang selalu menghantui Asya. " Balas Rasya jujur. Tak tahu kenapa dia boleh bercakap tentang mimpi misteri itu sedangkan fikirannya lebih kepada hal Daniel. Rasya bangun dari pembaringan dan duduk mengadap suaminya.

" Lagi sayang mimpi apa? " Firash sedikit hampa. Sangkanya ingatan isterinya sudah pulih tetapi rupanya semua itu hanyalah mimpi. Inilah jadinya bila mengharapkan sesuatu yang mustahil.

" Api. Pondok terbakar. Ada sorang budak terperangkap dalam pondok tu. Budak tu dah mati kot. Sebab lepastu mimpi tu hilang macam tu je. " jawab Rasya. Dahinya berkerut-kerut menceritakan hal itu. Cuba untuk ingat satu persatu tentang mimpi-mimpi yang sering dia dapat sejak kebelakangan ini.

Lama Firash terdiam.
" Sayang, ada satu benda yang sampai sekarang abang rahsiakan dari sayang. " Ujar Firash dalam nada sayu

" Ha ? Rahsia kan apa ? Kenapa ni ? " Soal Rasya dengan risau. Tiba-tiba saja Firash jadi sedih. Bingung dibuatnya.

" Abang..... " Firash menarik nafas panjang.

" Abang harap sayang kuat bila dengar semua ni. " Sungguh wajahnya tika ini betul-betul tak sanggup untuk mengatakan semua ini. Perasaannya bercampur-baur.

" Apa ni ? Janganlah buat Asya risau. Tak suka lah macam ni . " Air mata Rasya sudah mula mengalir. Cis mudah betul mengalirkan air mata. Tak perlu layan cerita hindustan pun.

" Bismillahirohmanirrohim. Sayang, Abang nak cakap yang abang.... " dia berhenti seketika. Tubuh Rasya dipeluk erat.

" Yang abang sayangkan sayang sangat-sangat. Abang harap jodoh kita berkekalan hingga ke jannah. " Bisik Firash ditelinga Rasya. Belakang badan Rasya diusap. Dia cuba untuk menenagkan Rasya. Tak sangka Rasya boleh menangis.


Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now