LIMA BELAS - Rahsia bocor

53.8K 2.2K 35
                                    

Pintu bilik hotel di hempas dengan kuat oleh Rasya. Firash ditinggalkan begitu saja. Panas betul hati dia bila Firash melayan Umairah sampai lupa yang dia wujud disitu. Yang Umairah pun satu tak boleh ke bagi peluang sikit dekat Rasya dengan Firash nak berdating? Pengacau!

" Balik Malaysia lagi baguslah macam ni. Buang masa aku je menghabiskan duit datang sini. " Omel Rasya dengan geram. Bagasinya dicapai dan baju-baju dimasukkan tanpa dilipat terlebih dahulu. Dah geram weh tak sempat nak lipat baju. Haha

Tokk Tokk.

Pintu bilik diketuk. Rasya hanya membiarkan saja. Dia tahu itu pasti Firash. Firash datang nak pujuk dia lah tu. Maaf takkan dilayan. Sekarang apa yang Rasya tahu dia kene balik Malaysia secepat mungkin. Tak tahan dah nak duduk dekat sini lama-lama.

" Rasya, open the door. Kalau tak saya pecahkan pintu ni. " Jerit Firash dari luar bilik.

Pecah pintu? Wuish ganas betul Firash ni. Rasya melangkah ke arah pintu dengan lambat. Tak mahu Firash memekak dekat luar bilik terpaksalah buka. Dia berjalan dengan perlahan seperti kura-kura. Lembab gila.

Rasya membuka pintu dan pintu ditolak kuat oleh Firash. Terkejut juga Rasya dengan sikap Firash tiba-tiba jadi baran.
Bukan sepatutnya Rasya yang marah ke?

" Awak ni kenapa tinggalkan saya macam tu je? " Marah Firash.

" Saya tak tinggalkan awak sorang-sorang pun, Umairah kan ada. Dia boleh teman awak sampai esok pagi. " Jawab Rasya dengan sinis. Dia sambung mengemas pakaiannnya.

" Ni mengemas nak pergi mana? " soal Firash lagi.

" Balik Malaysia. Mama kata ada hal yang saya kene uruskan dekat Malaysia. " Tipu Rasya.

" No. Awak tak boleh balik selagi saya tak balik Malaysia. " Ujar Firash dengan tegas.

" Habistu awak nak saya buat apa dekat sini? Duduk macam orang bodoh tengok awak berbual dengan Umairah macam tu? " Rasya mula naik berang bila Firash langsung tidak memikirkan tentangnya. Langsung tidak mahu memujuknya. Minta dipujuk rupanya...

" Saya dah puas tengok awak bertepuk tampar dengan Umairah tadi. Naik jemu juga saya tengok. Rasa sia-sia je datang sini. " Sambung Rasya.

Firash menarik nafas panjang. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia tahu dia salah sebab membiarkan Rasya begitu saja tapi takkanlah dengan Umairah yang dah kahwin anak dua pun nak cemburu? Ape kes ni Rasya?

" Umairah dah kahwin sayang.. Saya cuma anggap dia kawan saya je tak lebih dari tu. " Ujar Firash dengan suaranya dilembutkan.

" Tak kisahlah bini orang ke janda ke apa ke tapi awak tak boleh buat saya macam orang bodoh dekat situ. Awak sedap mengumpat orang sana sini kata perempuan tu gatal lah inilah sampai awak lupa saya. Apa memang seronok sangat eh mengumpat orang? "

Firash mendengus geram.
" Yang awak ni marah sangat ni kenapa? Bukan saya cakap pasal awak pun kan atau awak perempuan tu Asya? "

Rasya memandang wajah Firash lama.
" Yes! Memang saya perempuan tu. Perempuan gatal yang awak sebut-sebutkan tadi. Puas hati awak sekarang?! " Rasya mula meninggikan suaranya pada Firash. Nafasnya turun naik akibat terlalu marah. Dalam masa yang sama dia jadi takut. Takut kerana rahsia nya sudah bocor semudah itu. Tangan Rasya dengan pantas mengemas barang-barangnya. Dia tak kira yang dia tahu, dia kene balik harini juga.

" Awak perempuan tu Rasya? " soal Firash inginkan kepastian. Rasya tidak menjawab.

" Awak perempuan tu ke Rasya?! " soal Firash sekali lagi. Lalu dia mencengkam tangan Rasya dengan kuat. Rasya mula menahan sakit. Air matanya jatuh membasahi pipinya.

Bibirnya di gigit akibat terlalu takut.
" Saya tak tahu dia suami orang. Saya betul-betul tak tahu. " Kata Rasya dalam esakan. Firash melepaskan cengkaman itu dan Rasya terduduk di lantai. Makin kuat esakan Rasya.

Firash menumbuk dinding dengan kuat. Geram sungguh. Dia terus keluar dari bilik itu. Dia tak sanggup mahu berhadapan dengan Rasya. Hatinya terlalu sakit mendengar pengakuan Rasya itu. Tak tahu apa yang dia perlu lakukan sekarang ini.

                         -------------

Akibat kepenatan menangis, Rasya tertidur diatas katil. Sudah malam Firash masih belum balik ke hotel. Entah kemana pun Rasya tak tahu. Niat Rasya untuk balik ke Malaysia dibatalkan. Dia tak mahu balik ke Malaysia dalam keadaan begini. Pasti Puan Sri Mariam akan menanyakan tentang percutiannya di sini. Kalau dia balik Malaysia belum tentu masalahnya selesai.

Pintu bilik diketuk dengan kuat mengakibatkan Rasya tersedar dari tidur. Dengan pantas Rasya membuka pintu. Terlihat Firash dengan rambutnya sedikit serabai dan wajahnya masih bengis seperti pagi tadi.

Firash terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Rasya kembali ke katilnya. Dia tiada mood nak pujuk Firash atau apa pun. Yang dia tahu dia nak tidur dan tidur sajalah boleh membuatnya rasa tenang.

Baru saja Rasya ingin melelapkan matanya terlihat Firash berdiri tegak dihadapannya sambil bercekak pinggang. Bila masa Firash keluar dari bilik air pun Rasya tak perasan.

" Saya nak awak jujur dengan saya tentang awak dan juga Daniel. Kenapa awak jadi mistress Daniel? " soal Firash dengan dingin. Rasya bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil.

" Saya bukan mistress Dani. Saya bekas isteri Dani. Umairah tak tahu yang Dani kahwin dengan saya dekat Thailand dan saya juga tak tahu yang Dani dah kahwin. " jawab Rasya, lemah. Dia sudah tidak bermaya lagi. Mukanya juga sudah kelihatan sembab.

" Macam mana boleh sampai kahwin? Boleh tak cerita biar kasi habis? " Marah Firash. Rasya jadi takut dengan Firash.

" Dia melamar saya jadi isteri dia. Saya pun setujulah sebab saya memang dah sayangkan dia. Tapi daddy dan mama tak setuju sebab Dani duda anak satu. Tapi Dani dia nak juga kahwin dengan saya sampai sanggup bawa saya lari ke Thailand. Sebelum kahwin, dia ada kata nak pinjam duit saya satu juta dan saya akan bagi tapi lepas dia kahwin dengan saya. Sebab kononnya saya taknak dia larikan diri. Lepas kitorang kahwin, malamnya saya bagi duit tu dan dia kata nak keluar jumpa kawan. Tapi lepas beberapa hari dia langsung tak balik rumah. Saya cari dia satu Thailand tapi tak jumpa. Jadi saya cubalah cari tahu siapa Daniel ni. Saya pasang penyiasat. Rupanya dia dah kahwin dan anak dua dah pun. Dia bukan duda. Hidup mereka bahagia sangat. Dia tipu saya. Apa yang dia cakap dekat saya selama ni semua tu rekaan semata-mata. Saya pun taknak ganggu kebahagiaan orang, saya buat keputusan untuk bercerai dengan dia. Dan kami bercerai. Lepastu saya memang tak amik kisah pasal dia lagi. Saya mulakan hidup baru. Sebab itu juga lah saya tak percayakan perkahwinan . " Panjang lebar Rasya bercerita. Rasya sedaya-upaya menahan air matanya dari jatuh. Firash mendengar dengan tekun sekali.

" Dia tak pernah sentuh awak? " soal Firash.
Rasya menjawab dengan gelengan.

" Dia kahwin dengan awak sebab nakkan duit? " soal Firash lagi.
Rasya menjawab dengan anggukan pula. Dia malas nak cakap sebab dan penat nak bercakap. Firash meraup mukanya dan dia duduk disebelah Rasya.

" Maafkan saya sebab marah awak pagi tadi. " Ucap Firash. Dia memeluk tubuh Rasya. Air mata yang Rasya tahan dari tadi akhirnya menitis juga.

" Shtttt.. Jangan menangis. " Pujuk Firash.

" Ash, please jangan tinggalkan saya macam Dani tinggalkan saya. "

" Saya takkan tinggalkan awak sayang. Saya sayang awak sangat-sangat. Dah sekarang awak tidur ya. " Firash meletakkan kepala Rasya di atas bantal. Rasya menarik selimut sampai ke paras dada.

Rasya memegang tangan Firash yang kelihatan sedikit membengkak.
" Tangan awak masih sakit ? " soal Rasya, risau.

Firash menggeleng.
" Dah tak sakit lepas awak pegang tangan saya. " kata Firash sambil mengusap lembut rambut Rasya. Rasya tersenyum kecil. Kemudian Firash bangun dari katil Rasya dan beralih ke katilnya.

" Selamat Malam Ash. " Ucap Rasya sebelum melelapkan matanya.

Firash sekadar mengangguk. Sebenarnya dia tidak boleh tidur bila memikirkan tentang Rasya dan juga Daniel. Tak sangka Daniel sanggup buat Rasya macam tu sekali. Kalau jumpa Daniel memang dia belasah Daniel cukup-cukup. Geram nak matey!

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now