TIGA BELAS - Perth, Australia.

55.9K 2.1K 9
                                    

6 jam dalam flight, pukul 11 malam waktu tempatan. Waktu Perth, Australia dan Malaysia tiada beza pun masanya. Rasya selamat sampai di international Airport, Perth. Rasa teruja tak boleh di bendung lagi.

" Welcome to Perth! " Rasya menjerit kecil. Terlihat ada mata-mata yang memandang Rasya dengan pandangan pelik. Rasya sekadar tersengih .

Rasya tercari-cari kelibat Firash namun tidak kelihatan. Tak mungkin Firash lupa ambil Rasya di airport. Rasya duduk dibangku menanti kehadiran Firash namun masih tiada. Sudah setengah jam Firash masih tidak muncul-muncul lagi. Rasya mengeluh kecil. Dia bangun dan menarik bagasinya dengan perasaan hampa. Sampai di pintu luar Rasya terlihat Firash tergesa-gesa berlari ke arahnya. Wajah Rasya muram saja. Tiada tanda-tanda bahagia.

" Sayang sorry I'm late. Tadi saya ada hal sikit. " Ujar Firash termengah-mengah akibat lari tadi.

" Okey. " Sepatah Rasya membalas.

" Marah saya ke? " soal Firash.

" Saya penat. Saya nak pergi tempah hotel lepas tu saya nak berehat. " Rasya terus berlalu pergi meninggalkan bagasinya. Amboi nak suruh siapa angkat ni? Firash menggeleng-gelengkan kepalanya. Ni kes tertinggal ke atau sengaja nak buli Firash? Haha

Firash menarik bagasi Rasya dan mengejar Rasya yang sudah jalan jauh darinya. Apa kes Rasya ni jalan arah lain. Kereta sewa Firash bukan dekat situ.

" Sayangg, kereta saya dekat sana bukan dekat situ. " Jerit Firash sambil menunjuk arah di mana keretanya parking. Rasya memberhentikan langkahnya. Dia memukul dahinya dengan perlahan. Lambat-lambat dia menoleh kebelakang dan kembali membuat muka. Firash tersenyum kecil.

" Mata saya kurang nampak kalau waktu malam." Alasan bodoh Rasya.

Firash mendengar alasan Rasya dia tergelak kecil. Dah tak tahu tu jujur jelah. Ini bagi alasan tak logik. Haha

Rasya berjalan mengikut Firash dari belakang. Dia malu mahu berhadapan dengan Firash. Namun dia menebalkan mukanya untuk berhadapan dengan Firash. Harap Firash tak ungkit pasal Rasya salah jalan tadi.

Sampai dikereta Rasya terus masuk ke dalam kereta tanpa segan silu. Firash meletakkan beg Rasya di tempat duduk belakang dan dia masuk ke dalam kereta. Dia melihat Rasya sedang leka bermain telefon. Dengan pantas dia merampas telefon yang berada di tangan Rasya itu.

" Apa ni main rampas-rampas.. " Marah Rasya. Mukanya sudah kemerahan akibat menahan amarah.

" Awak tatap muka saya dalam telefon ni? YaAllah tak sangkanya. Takpe ni saya ade dekat sebelah awak, so awa bolehlah tatap muka saya ni sampai awak jemu. Eh bukan jemu tapi sampai awak puas. " Ujar Firash sedikit teruja lalu dia mengenyit mata. Aduh cair Rasya dibuatnya. Hatinya mula berbunga-bunga. Rasya cuba mengawal perasaan nya itu. Telefon di tangan Firash dengan pantas dia merampas kembali. Dia menjeling ke arah Firash.

" Takde masa saya nak tatap muka awak. Saya nak tengok ni haa gambar Amirah send tadi. " Rasya menunjuk gambar itu ke arah Firash. Firash tergelak kuat.

" Sayanggg, Itu gambar saya. Macam mana Mira sampai boleh ada gambar saya ni? Saya rasa gambar tu awak sorang je yang ada. " Ujar Firash dalam ketawa yang masih bersisa

Rasya melihat gambar yang dia tunjuk pada Firash. Terkejut dia bila melihat gambar yang dia tunjuk itu adalah gambar Firash. Sekali lagi dia menahan malu. Tak silap dia tadi dia tunjuk gambar Amirah sedang bercuti tapi macam mana boleh tertekan gambar Firash? Ish telefon ni berhantu ke?

" Cepatlah jalan. Saya ketuk awak karang baru awak tahu. " Geram Rasya melihat Firash yang sedang ketawakan dirinya. Tapi sekurang-kurangnya rindu dia pada Firash terubat sedikit. Dalam diam dia tersenyum.

" Baiklah Cik Rasya Medina. Kita akan pergi check in hotel. Awak check in hotel dekat hotel saya tau. Senang sikit kalau ada apa-apa nanti. "

Rasya mengangguk setuju. Lagipun dia memang tak pandai sangat berjalan dekat negara orang ni. Maklum lah tak rajin bercuti. Dulu apa yang Rasya fikir hanya bekerja saja. Sekarang memandangkan kerja pejabat semua diserahkan pada Hafiz bolehlah dia bercuti selalu. Tapi kadang-kadang dia perlu juga masuk ke pejabat. Projek di Johor Baharu tu belum siap sepenuhnya. Kesian Zahirah sebab kena selesaikan seorang diri. Huhu

---------

Rasya hanya duduk di sofa menunggu Firash yang sedang menempah bilik buatnya. Firash layan dia macam tuan puteri. Alahai bahagianya hidup. Rasya terlihat Firash berjalan ke arahnya sambil mengemaskan rambutnya yang sedikit serabai itu. Muka Firash sedikit kusut .

" Sayang, bilik hotel dah penuh. Macam mana ni? Awak takde book hotel awal-awal dekat sini ke? " soal Firash. Dahinya dikerutkan.

" Saya terlupa. Semalam saya cuma book ticket jee. Habistu macam mana ni? " soal Rasya sedikit risau. Takkan nak tidur dekat kereta. Rasya geram dengan dirinya. Hotel pun dia boleh lupa. Aduhai.

" Terpaksa lah kite cari hotel lain. Harap tak penuhlah. Sebab sekarang ni musim orang bercuti. "

" Haa yeke? Alaa tapi kalau semua hotel penuh juga macam mana? "

" Jawabnya awak kenelah tidur sebilik dengan saya. " Ujar Firash sambil membuat muka miang. Minta kaki betul Firash ni.

Rasya sudah tidak senang duduk melihat Firash jadi seperti itu. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan berdiri di hadapan Firash.

" Kite cari hotel dulu. Jomlah. " Ajak Rasya dan Firash hanya menurut saja.


---------

Hampir satu jam mereka mencari hotel namun hampa. Semua hotel penuh. Ada yang baru saja penuh dan ada juga orang sudah menempah awal-awal. Tak macam Rasya dah datang baru sibuk nak tempah hotel.

" Sayang, nampaknya awak takde pilihan lain. Awak terpaksa juga tidur dekat hotel saya. Dah malam sangat ni sayang. "

Rasya mengeluh kecil. Memang dia sudah tiada pilihan. Tak mungkin dia nak tidur di dalam kereta. Tidur lorong? lagilah kerja gila.

" Hm yelah. Tapi awak kene janji dengan saya yang awak tak tidur sekatil dengan saya. "

Firash tergelak kuat. Firash mudah terhibur bila bersama Rasya.

" Hotel saya ada dua katil lah sayang. Buat apa saya sibuk nak sekatil dengan awak. " kata Firash.

" Saya tak kira awak kena janji juga. "

" Saya tak janji. " Firash ketawa sekali lagi. Tangan Rasya dengan pantas mencubit paha Firash dengan kuat.

" Ouch sakitlah sayang. Okey-okey saya janji. " Firash mengangkat tangan kanan tanda janji. Tangan kirinya mengosok-gosok pahanya yang sakit akibat dicubit oleh Rasya. Dasar tangan ketam!

" Bagus. " Rasya tersenyum lega. Senang je dengan Firash ni.

------------

Sampai saja di hotel, Rasya terus merebahkan tubuhnya diatas katil. Firash melihat hanya menggelengkan kepala. Serupa macam orang tak jumpa katil setahun.

" Sayang pergilah mandi dulu. " arah Firash.

Rasya menggeleng. Mata Rasya semakin lama semakin layu. Akhirnya dia terlelap. Firash merenung wajah Rasya. Gadis yang sudah lama dia cari dan gadis yang telah membuatnya jatuh cinta sejak dahulu lagi.

Dalam garang-garang Rasya masih ada juga kelembutannya. Tak sangka tak lama lagi dia akan dapat memiliki Rasya sepenuhnya. Walaupun cuma suami sementara.

Firash membetulkan pembaringan Rasya. Selimut ditarik ke paras dada.
" Mimpi indah sayang. " Ucap Firash di telinga Rasya. Rambut Rasya diusap kejap. Lalu dia terus pergi ke tandas untuk membersihkan dirinya....

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now