DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.

59.5K 2.1K 28
                                    

Hari ini mereka akan pulang ke Kuala Lumpur dan menjalankan hidup seperti biasa. Firash dengan kerjanya dan Rasya pula mungkin akan sibuk menguruskan syarikat. Bulan madu sudah habis. Bukan pengantin baru dah tapi pengantin basi 😂

                           -----------

" Sayang baju dah siap kemas? " soal Firash. Rasya sekadar mengangguk kecil. Firash terlihat wajah isterinya muram sahaja dari tadi. Terus dia mendekati Rasya.

" Sayang kenapa muram je ? " soalnya.  Lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah isterinya.

Rasya memandang wajah suaminya dengan pandangan sayu.
" Boleh tak kalau kita balik minggu depan? "

Firash tersenyum. Oh taknak balik rupanya.
" Tak boleh sayang... Sebab minggu depan abang dah kena kerja. " Jawab Firash dengan lembut.

Rasya membuat muka.
" Tapi Asya taknak balik selagi Asya tak ingat siapa Asya yang dulu. Kenangan Asya dengan abang masa kecik-kecik dulu. " Manja saja suaranya

Firash menggenggam erat tangan isterinya.
" Jangan paksa diri sayang... Nanti sayang akan sakit. Abang tak sanggup tengok isteri abang yang comel ni sakit... " Kata Firash. Tangan kirinya mengusap lembut pipi gebu isterinya. Semakin tembam!

" Tapi abang yang minta Asya untuk ingat kan? "

" Dulu abang minta sebab abang nak sayang bukakan pintu hati sayang buat abang. Sebabnya Asya cintakan abang sangat-sangat tau. Tapi sekarang memandangkan sayang dah boleh terima abang tanpa ingat masa lalu jadinya tak payahlah sayang ingat balik eh semua tu? "

Rasya mengerutkan dahinya.
" Asya cintakan abang? Bukan ke masa tu Asya kecik lagi? "

" Kalau sayang nak tahu, dulu sayang kecik-kecik lagi dah macam umur 20 tahun. Pandai pasal cinta. Kira sayang ni memang pakar lah bab memikat hati abang. Sampai abang pun jatuh cinta dekat sayang. Pernah sekali tu sayang melamar abang dekat tempat yang abang tunjuk haritu. Sayang kata ' Mika sudikah Mika menjadi kekasih hati Asya? ' Siap ada gaya macam orang nak melamar tau. ada bunga lagi. Tapi bunga taik ayam. Abang pun gelak kan lah sayang. Lepas abang dah puas gelak kan sayang, abang pun terima. Sebab abang memang sayangkan sayang masa tu. Abang pun janji dengan sayang yang abang akan kahwin dengan sayang. Sebab tulah abang sanggup cari sayang tau. " Mata Firash bersinar-sinar apabila bercerita tentang kenangan manis bersama Rasya ketika kecil dahulu. Sungguh manis seperti gula.

Rasya menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Malu. Tak sangka Rasya yang dulu dan sekarang tiada beza. Eh memanglah dah orang sama jadi perangai pun samalah. Cuma ingatan je yang tak kuat. Hekhek

Firash tergelak kuat.
" Lepastu kan sayang pernah ci..... " Belum sempat Firash menghabiskan ayatnya, Rasya sudah potong.

" Dah-dah. Tak payah nak throwback eh? Abang pergi masukkan beg-beg semua dekat dalam bonet. Asya nak tukar baju kejap. "

" Sayang kejaplah. Tengah best ni. " Firash memeluk erat pinggang ramping Rasya.

" Lepaslah Asya nak pergi tukar baju. "

" Dulu sayang cium abang macam ni. " Bibir Firash mencium lembut pipi Rasya. Pipi Rasya mula merona merah kerana menahan malu.

" Lepastu sayang cium abang dekat sini. " Firash mencium bibir Rasya. Rasya membalas ciuman itu. Lama bibir mereka bersatu.

Akhirnya habis juga adegan itu. Lalu Firash memberikan senyuman yang cukup indah buat isteri tercinta. Rasya memadang ke arah lantai. Tak sanggup dia mahu memandang wajah Firash. Jantungnya berdegup dengan pantas. Sungguh saat ini dia dapat merasakan yang dia amat mencintai lelaki bernama Firash Mikhail. Sudah tidak boleh menafikan kehadiran cinta itu. Betul kata orang, bercinta selepas nikah memang indah. Teramat indah!

" Sayang, I love you so much! . Sayang lah yang pertama dan jugak yang terakhir buat abang. " ucap Firash dengan penuh kasih sayang.

Rasya sekadar menundukkan kepalanya sahaja.
" Sayang taknak balas i love you abang ke? Kalau taknak, abang pergilah gini. " Firash berpura-pura merajuk.

" I love you too.. " Perlahan saja suara Rasya.

" Apa sayang abang tak dengar? " Sengaja Firash buat-buat tidak dengar.

" I love you too! " Suara Rasya sedikit kuat dan matanya dipejam. Malu, sangat-sangat malu. Tidak pernah dia rasa semalu ni. Macam pokok semalu dah ni 😂

" Hahahhahahah sayang blushing. " Firash gelak dengan kuat. Rasya tidak tahan berlama disitu. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi.

" Cepat siap! Jangan lama-lama nanti abang rindu... " Kata Firash separuh menjerit.

Rasya tersenyum sendiri. Bibirnya dipegang. Inilah kali pertama seorang lelaki mencium bibirnya. Firash memang pandai bercium. Sentuhan Firash membuat Rasya berasa di awan-awan. Keindahan yang dicipta sendiri. Kebahagiaan yang tidak pernah dia rasai sebelum ini.

                            -------------

Pukul 4 petang mereka selamat sampai ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Mereka terus menuju ke banglo Puan Sri Mariam.

" Assalamualaikum. " Rasya dan Firash memberi salam serentak.

" Waalaikumussalam. Pengantin baru dah balik dah. Masuklah. Ni kebetulan kawan kamu datang. " Ujar Puan Sri Mariam dengan ceria. Rasya dan Firash saling berpandangan. Kawan? Siapa? Amirah? Tak mungkin Amirah. Bermacam-macam persoalan yang bermain di benak fikiran Rasya.

Rasya dan Firash melangkah masuk dan menuju ke ruangtamu. Hampir pitam Rasya di buatnya bila melihat kawan yang disebut Puan Sri Mariam itu ialah Daniel. Firash memandang Daniel dengan pandangan pelik. Siapa mamat ni?

Daniel pula sekadar tersenyum melihat mereka berdua. Senyuman di buat-buat. Hatinya sangat hancur bila mengetahui yang Rasya sudah berkahwin.

" Maa kitorang naik bilik dulu nak tukar baju sekejap. " Kata Rasya. Puan Sri Mariam sekadar mengangguk. Tangan Firash ditarik lembut oleh Rasya. Terkial-kial Firash mengikut rentak Rasya .

                            -----------

Sampai saja di bilik, Rasya terus melabuhkan punggungnya di atas katil. Mukanya diraup. Kedengaran dia mengeluh kuat.

" Siapa lelaki tu? itu semestinya bukan kawan abang. kawan sayang kan? " Soal Firash ingin tahu. Wajah lelaki itu seperti pernah lihat sebelum ini. Tapi dia tak pasti di mana.

" Diaa... Dia Dan-iel . " Tergagap-gagap Rasya ingin menjawab pertanyaan Firash. Dia takut. Takut Firash marah padanya.

" Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia datang? " soal Firash lagi. Rasya menggelengkan kepalanya, tak tahu. Dia sendiri tidak tahu apa tujuan Daniel datang berjumpa dengan mamanya. Pada masa yang sama, di dalam hati dia berdoa semoga Daniel tidak bocorkan rahsia mereka lima tahun lalu. Biarlah semua itu menjadi kenangan pahit yang pernah Rasya alami dalam hidupnya. Biarlah semua itu berlalu seperti angin. Daniel hanyalah tinggal kenangan....


                               ------------

Comment 💞 Vote 💕

bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now