SEMBILAN BELAS - Kahwin

66.4K 2.3K 39
                                    

Suka atau tidak, Rasya terpaksa akur yang dia akan berkahwin hari ini. Beberapa minit lagi dia akan menjadi isteri kepada Firash Mikhail. Mereka tidak bertunang kerana katanya membuang masa. Terus saja akad nikah.

Dari mulanya ada sedikit pergaduhan tentang perkahwinan ini. Seminggu sebelum perkahwinan ini berlangsung Rasya tidak mahu berjumpa dengan Firash. Dia tidak mahu mengahwini Firash kerana dia tidak kenal siapa Firash Mikhail yang sebenar. Tetapi lepas di pujuk berkali-kali oleh Firash dan Firash mula menceritakan sedikit demi sedikit tentang mereka berdua ketika kecil, Rasya mula dapat menerima Firash kembali.
Bukanlah bermaksud dia sudah jatuh cinta pada Firash, tetapi semua ini dia lakukan atas wasiat daddy.

Rasya melihat dirinya dihadapan cermin. Cantik! memang nampak seri pengantin tu. Pandai mak andam solekkan dia. Alhamdulillah tak jadi macam opera cina. Rasya tersenyum sendiri di hadapan cermin.

" Ehemmm. Tahulah dah nak kahwin tapi janganlah jadi angau sampai senyum sorang-sorang depan cermin. " Tegur satu suara dari belakang. Senyuman Rasya mati serta-merta. Dia terus menoleh kebelakang. Terlihat Amirah sedang berdiri sambil tersenyum padanya. Terus Rasya mendekati Amirah dan memeluk tubuh Amirah dengan erat.

" Amirah rindunya aku dekat kau. Lama gila tak jumpa kau. " Kata Rasya dengan gembira.

" Aku pun rindu dekat kau. " Balas Amirah. Rasya melepaskan pelukan itu dan melihat wajah Amirah. Sedikit muram dan Rasya mengerutkan dahinya. Tadi gembira, ni kenapa tiba-tiba muram?

" Kau kenapa Amirah? " soal Rasya sedikit risau.

Amirah membuat muka sedih.
" Lepasni aku tak boleh dah lepak dengan kau. Tak boleh dah nak tidur sekatil dengan kau. Aku dah tinggal sorang-sorang. "

" Weh janganlah macam ni. Kita boleh lagilah lepak sama-sama. Tidur sekatil pun boleh. "

Amirah memukul bahu Rasya dengan perlahan dan dia ketawa kecil.
" Tak boleh lah. Kau tu akan jadi isteri orang. Eyy dah dah aku naik bilik ni pun sebab nak panggil kau. Pengantin lelaki dah sampai. "

Rasya berjalan ke arah katil dan dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia mengeluh kecil.
" Mira, aku taknak kahwin... "

Amirah duduk disebelah Rasya dan menggenggam erat tangan Rasya.
" Aku tahu kau tak cintakan Firash. Tapi kau kene kahwin, demi daddy kau ya Asya? "

" Kalau aku tak bahagia macam mana?"

" Jangan risau. Firash mesti buat kau bahagia. Percaya cakap aku. Aku tahu Firash cintakan kau sangat-sangat dan engkau pula belajar cintakan dia ... "

" Jangan sedih-sedih. Jom turun. " Sambung Amirah. Amirah menarik tangan Rasya untuk bangun. Rasya hanya menurut dan bibirnya mengukir senyuman.

' Daddy, i miss you so much. ' Ucap Rasya di dalam hati.

------------

" Aku nikahkan dikau dengan Rasya Medina binti Tan Sri Hamid dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai. "

" Aku terima nikahnya Rasya Medina binti Tan Sri Hamid dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai! " Suara Firash kedengaran begitu jelas dan nyata.

" Sah? " tanya jurunikah kepada dua orang saksi di kiri dan kanannya.

" Sah.... " sahut kedua saksi itu serentak.

Lafaz itu mengundang air mata Rasya. Inilah kali kedua dia bernikah. Tetapi kali ini dia bernikah dengan lelaki yang dia tidak cintai. Mengenangkan Tan Sri Hamid yang tidak sempat melihat hari bersejarahnya ini dia terasa sedih. Apabila terpandang seraut wajah Firash yang kini bergelar suaminya begitu tenang mengaminkan doa selamat yang dibaca oleh jurunikah, perasaannya sedikit terusik.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now