DUA PULUH LIMA - Dendam

54.8K 2K 109
                                    

Keadaan di ruangtamu menjadi tegang. Rasya memandang Daniel tanpa berkelip. Firash pula sudah berangin satu badan. Rasya menggenggam tangan Firash untuk menyuruh Firash bersabar. Dia tidak mahu mamanya  pelik kalau tiba-tiba pergaduhan tercetus di sini. Nanti tak fasal-fasal rahsianya bocor begitu sahaja. Macam sia-sia jelah siak simpan punya elok lima tahun tapi bocor macam tu je 😏

" Kita selesaikan dekat luar. " ujar Rasya, tegas.

" Kenapa tak dekat sini je? " soal Daniel. Dahinya dikerutkan. Tak faham kenapa perlu dekat luar sedangkan aku dah ada depan mata?

" Kalau kau nak mati kena tikam bertubi-tubi aku tak kisah. Kita boleh selesaikan dalam rumah. Aku tengok muka kau pun memang muka orang tak sayang nyawa. " Ujar Rasya sinis. Dalam hati dia berharap Daniel setuju untuk berbincang diluar. Sengaja dia menggertak Daniel.

Daniel sudah kecut perut. Rasya seperti pembunuh misteri. Perempuan yang lemah lembut dahulu sudah hilang sekelip mata. Bravo!

" Baik-baik. Kita se-lesai kan de-kat luar. " Tergagap-gagap Daniel menutur kata. Bibirnya menjadi pucat tiba-tiba.

Firash memandang sekilas wajah Rasya. Bulu romanya naik apabila melihat wajah Rasya seperti mahu membunuh mangsa kerana sedang kelaparan. Tunggu masa saja untuk membaham mangsa. Firash menjarakkan sedikit dirinya dari Rasya. Takut dia pula yang kena.

Cepat-cepat Daniel bangun dari tempat duduknya. Rasya geli hati melihat muka Daniel yang ketakutan itu. Nak saja dia gelak guling-guling di sini. Tapi bukan ini masa yang sesuai untuk berguling-guling macam dalam cerita hindustan. Dia perlu serius di hadapan Daniel. Tidak boleh tunjuk yang dirinya lemah.

Rasya melangkah ke dapur. Dia ingin meminta izin pada mamanya untuk keluar sebentar. Yelah kalau main pergi je macam tak sopan. Bukan macam tapi memang tak sopan!

" Asya keluar kejap. Malam sikit Asya balik ya. Mama jaga diri. " Kata Rasya dengan sopan. Dia menyalam Puan Sri Mariam dan terus beredar dari situ. Puan Sri Mariam sekadar menghantar Rasya dengan ekoran mata sahaja.

--------------

Mereka memberhentikan kereta di taman permainan. Taman ini kelihatan sunyi sahaja. Lebih sesuai mereka berbincang di tempat yang tidak ramai orang. Yelah kita tak tahu apa yang akan jadi nanti. Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Payung mana payung?

" Kenapa kau datang jumpa mama aku? " soal Rasya.

" Abanggg... " belum sempat Daniel menghabiskan ayat, Rasya sudah potong.

" Mama aku takde anak tak guna macam kau. berhenti gelarkan diri kau tu abang. Kau ada nama kan? so pakailah nama tu. " ujar Rasya dengan serius.

Daniel berdehem kecil.
" Dani datang sebab Dani nak jumpa Asya. " jawabnya dengan penuh yakin.

" Kau nak apa dari isteri aku? " Kali ini giliran Firash pula menyoal.

Daniel memandang Firash dari atas sampai ke bawah. Terlupa yang ada orang ketiga. Orang ketiga tu pula suami Rasya.
" Aku nak ambil hak aku balik yang kau dah rampas! " Jawab Daniel. Dia memberi satu jelingan buat Firash. Firash menarik nafas panjang. Tangannya digenggam menjadi penumbuk, seluruh tubuhnya menggigil akibat menahan amarah. Setakat ini dia masih boleh bersabar.

" Kau tak malu ke ambil hak orang ha Firash? Memang kau suka ambil bekas orang ke macam mana? " Pedas ayat yang keluar dari mulut Daniel. Memang minta makan penumbuk!

Kali ini Firash sudah hilang sabar. Rasya pula sudah mula mengangkat tangannya untuk menghadiahkan Daniel satu tamparan. Tetapi belum sempat Rasya menampar Daniel, Firash lebih pantas memberikan satu tumbukan di muka Daniel. Habis tersungkuh Daniel ke tanah. Hujung bibirnya sedikit berdarah. Daniel mengesat dengan kasar. Firash dipandang dengan penuh kebencian.

" Kau tumbuk aku sekuat mana pun kau tetap tak boleh ubah kenyataan yang Rasya ni bekas aku! " Jerkah Daniel.

Sekarang giliran Rasya pula memberikan hadiah tamparan pada Daniel yang tadinya tergendala. Naik terteleng kepala Daniel di buatnya.

" Bodoh! Aku bukan tupperware lah! Engkau pun tak pernah sentuh aku ! " Tengking Rasya. Angin betul dia dengan perangai Daniel. Ada ke kata aku ni bekas dia ?!

" Kenapa you perlu kahwin dengan mamat tak guna ni? soal Daniel nada suaranya sedikit mundur.

" Mulut kau jaga sikit. Yang tak guna tu kau bukan dia. Firash sayang aku sepenuh hati. Kalau kau? Heh kau sayangkan duit aku je! " Balas Rasya penuh sinis.

" Dani buat semua tu bersebab Asya. Please percayakan Dani. " Katanya separuh merayu.

Rasya dan Firash tersenyum sinis.
" Dah-dah lah tu berlakon Dani. Lakonan kau belum cukup mantap lagi. Lepasni banyak kan berlatih. Hafal skrip kasi habis okey? " Ujar Firash selamba.

Daniel meraup mukanya. Tak guna dia bergaduh dengan Firash dan Rasya. Masalah tak mungkin akan selesai. Sebenarnya niatnya datang kerumah ingin memohon maaf. Tapi hatinya jadi sakit bila dapat tahu Rasya sudah berkahwin. Jadi dia tidak dapat mengawal amarahnya.

" Maafkan I Asya. Please I merayu pada you. Maafkan kesilapan I lima tahun yang lalu. " Bersungguh-sungguh Daniel memohon maaf pada Rasya.

Hati Rasya sungguh sakit.
" Kalau kau tak tinggalkan aku mesti aku tak bencikan kau macam sekarang ni. "

" I tahu memang silap I sebab tinggalkan you. I terpaksa buat semua tu Asya. I mengaku memang I kejarkan kekayaan dulu. Demi untuk membahagiakan hati isteri I. Tapi lepas I bercerai dengan isteri I , hidup I dah tak bermakna. Kosong, gelap macam masa depan tu dah pudar tanpa you di sisi. " Daniel menarik nafas panjang.

" Sekarang bila I datang cari you, I datang nak rujuk semula dengan you tapi you dah kahwin pulak. Tak sempat I nak tebus balik kesalahan I. " Sambung Daniel.

Firash hanya menjadi pemerhati. Sesekali dia memicit tangannya yang sakit akibat menumbuk Daniel tadi. Boleh tahan kuat juga dia tumbuk Daniel. Naik bengkak tangannya. Muka Daniel tak payah cakaplah. Dah bengkak teruk dah.

" Aku maafkan kau... " ujar Rasya lalu dia terus beredar. Tak sanggup dia nak berlama di situ. Sebelum Firash melangkah pergi, dia sempat mengeluarkan beberapa keping not lima puluh ringgit dan dihulurkan pada Daniel.

" Aku minta maaf sebab tumbuk kau kuat sangat. Siapa suruh mulut macam longkang, kan dah makan penumbuk aku. Kau patut bangga sebab kau orang pertama yang makan penumbuk aku ni. Heh. Duit ni kau buat pergi klinik. Aku chaw dulu. Jaga diri bro. " Kata Firash. Sempat dia menyindir Daniel. Bahu Daniel ditepuk lembut. Terus Firash melangkah pergi dengan penuh bergaya seperti Shah Rukh Khan baru lepas belasah kumpulan KING.

Daniel begitu geram dengan sikap Firash. Sudahlah merampas Rasya darinya sekarang rosakkan muka yang kacak ini. Heh!
" Kebahagiaan bukan milik korang. Dendam masih tak terbalas... " monolognya sendirian.

------------

Ada apa-apa boleh pm.

bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now