DUA PULUH LAPAN - Makcik

49K 1.7K 68
                                    

Firash memandang kiri kanan untuk menyeberangi jalan. Kalau main redah je mahu kena langgar. Dah lah sekarang susah nak cari pemandu yang berhemah. Sekarang pakcik makcik pun dah pandai nak berlumba dekat jalan raya tau 😂

Melihat sudah tiada kereta, Firash pun melintas jalan dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba ada seorang makcik melanggar bahu Firash sampai barang-barang yang dibelinya tadi terjatuh di jalan raya. Habis jahanam.
( Ini bukan cerita hindustan )

Naik berang Firash dibuatnya tapi disabarkan hatinya kerana yang melanggarnya itu seorang makcik. Jangan bersikap kurang ajar pada orang yang lebih dewasa.

" Maafkan makcik nak, Makcik tak perasan. Makcik betul-betul tak perasan. Maafkan makcik sekali lagi " Bersungguh-sungguh makcik itu meminta maaf pada Firash. Baru saja Firash ingin membalas, makcik itu sudah rebah di jalan. Firash sedikit cemas. Dia memandang kiri kanan dan menjerit meminta tolong. Tetapi tiada siapa yang ingin membantu. Firash tiada pilihan, dia terus mengangkat makcik itu dan membawa ke keretanya tanpa berfikir panjang. Tak mungkin nak biarkan je makcik tu di tengah jalan. Mahu kereta rempuh makcik tu.

Sampai di kereta, Firash membaringkan makcik itu di tempat duduk belakang. Terus dia menghidupkan enjin kereta. Sekarang dia perlu membawa makcik itu ke hospital. Keadaan makcik itu kelihatan teruk. Melihat wajah makcik itu betul-betul mengerikan. Separuh muka makcik itu seperti baru saja di simbah oleh asid. Mungkin makcik ini baru diragut sebab tengok gaya makcik ni pun macam orang kaya. Hm Kesian sungguh nasib makcik itu.

                        -------

- Hospital.

Makcik tadi dirawat di bilik ICU. Doktor memberitahu keadaan makcik itu sangat kritikal kerana kehilangan banyak darah tetapi mujur hospital masih ada stock darah yang di simpan untuk pesakit. Firash sudah mula kepenatan. Sudah hampir satu jam dia di sini.

      Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Firash tersentak dan dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Tertera nama ' Rasya sayang ' . Firash menepuk dahinya dengan perlahan. Dia lupa yang Rasya sedang menantinya di rumah. Panggilan tidak di jawab. Dia kelam-kabut keluar dari hospital itu. Sebelum beredar dari situ, sempat dia meninggalkan pesan pada seorang nurse supaya menelefonnya kalau terjadi apa-apa pada makcik tadi. Dia langsung tidak kenal makcik itu tetapi hati nya sangat risau kerana melihat keadaan makcik itu. Makcik itu sama seperti ibu kandung Firash.

Bercakap tentang Ibu kandung Firash, sudah lama Firash tidak mengekori ibunya itu dari jauh. Sejak dia berkahwin dengan Rasya, dia banyak menghabiskan masa dengan Rasya dari mengekori ibunya. Entah macam mana nasib ibunya itu pun dia tidak tahu. Ahh bukan sekarang untuk fikir semua tu. Dia harus pulang secepat mungkin.

                     
                             -----------

       Sudah berkali-kali Rasya cuba menelefon Firash tetapi masih tidak dijawab. Kemana dia pergi? Tadi kata mahu pergi ke kedai tapi tak mungkin pergi kedai sampai berjam-jam. Naik risau Rasya dibuatnya. Dalam hati Rasya tidak putus-putus mendoakan buat suaminya. Sungguh Rasya amat merisaukan Firash sampai nak makan pun Rasya tidak ada selera. YaAllah selamatkan lah suamiku, doa Rasya di dalam hati.

Rasya menghempas punggungnya di sofa. Kedengaran dia mengeluh panjang. Telefon bimbit dicapai. Firash langsung tidak menelefonnya kembali. Sakit sungguh hati ini. Sudah lupa jalan balik ke rumah mungkin. Heh tak pernah-pernah Firash buat hal macam ni. Sudah malas Rasya ingin berfikir. Makin lama matanya makin kuyu. Akhirnya dia tertidur di sofa ditemani dengan perasaan risau.

                       
                        ---------------

Terasa pipinya diusap oleh seseorang. Rasya cuba untuk membuka mata tapi berat sungguh matanya. Dia membetulkan posisi tidurnya. Dia malas untuk membuka mata. Penat sungguh rasanya. Empuknya katil ni Eh katil?!

Rasya terus membuka matanya. Dibuang rasa malasnya itu jauh-jauh. Terlihat wajah Firash yang sedang tersenyum ke arahnya. Tangan Firash masih dipipi Rasya. Rasya mengerutkan dahinya. Macam mana aku boleh dekat bilik? Bila Firash balik? Bermacam-macam persoalan yang bermain di benak fikiran Rasya.

" Abang angkat sayang. Tadi sayang tertidur dekat sofa. " Ujar Firash. Ceh macam tau-tau je apa yang Rasya fikirkan.

Rasya kembali melelapkan matanya. Malas pula rasanya nak melihat wajah Firash. Bukan reti nak bagitahu tadi pergi mana. Huh!

" Tadi abang pergi hospital.... " Firash menarik nafas panjang. Dia mula menyambung ayatnya yang tergantung tadi.

" Abang tolong seorang makcik ni. Dia pengsan dekat tengah jalan. Jadi abang pun bawak lah dia pergi hospital. Hampir satu jam abang dekat sana. Sampai abang terlupa nak bagitahu sayang. Maafkan abang.... " Terang Firash. Dia tahu isterinya sedang marah kerana tidak memberitahu kemana dia pergi tadi. Nak buat macam mana, nasi sudah jadi bubur. Masa sudah tidak boleh diundurkan lagi. Tiada pilihan dia terpaksa juga berhadapan dengan Rasya dan menceritakan perkara sebenar. Tak kisahlah Rasya mahu marah atau mengamuk. Asalkan dia sudah bersikap jujur.

" Kenapa tak angkat call Asya? " soal Rasya dengan matanya masih tertutup rapat.

" Abang bukan sengaja. Masa tu abang dekat hospital, jadi abang tak angkatlah call sayang. Abang terus kelam-kabut balik rumah. " Firash jawab dengan jujur. Lembut saja dia menjawab pertanyaan isterinya. Sayang isteri katakan....

" Makcik tu okey? " Soal Rasya lagi. Kali ini dia bertentang mata dengan Firash. Jantungnya boleh pula berdegup kencang dengan tiba-tiba. Kacaknya suami aku ni, bisik Rasya dalam hati.

" Doktor kata makcik tu kehilangan banyak darah. Tapi doktor dah tambahkan darah untuk dia. Sekarang abang tak tahu keadaan makcik tu macam mana. "

" Esok kita pergi melawat makcik tu boleh tak? " Rasya memeluk tubuh Firash dan dia membenamkan kepalanya di dada Firash. Bestnya dapat peluk Firash. Peluk abang sado.

Firash membalas pelukan Rasya. Belakang badan Rasya diusap lembut.
" Untuk sayang semua boleh. " Kata Firash. Rasya tergelak kecil. Ahh Firash selalu buat jantung aku berdegup kencang.

" Sayang, i miss you. Sayang dah sedia ke nak menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri yang lagi satu tu? " kali ini Firash pula menyoal Rasya. Apa salahnya bertanya tentang itu. Mana tahu Rasya sudah bersedia.

Rasya mendongakkan kepalanya untuk memandang wajah Firash. Tangan kirinya mula mengusap lembut pipi Firash. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya ke muka Firash. Bibir Firash dikucup dengan penuh kasih sayang. Firash terkaku seketika tetapi selepas itu dia membalas juga ciuman isterinya itu.

" I'm ready.... " jawab Rasya sambil tersenyum manis. Firash tersenyum gembira dan dia mula membaca doa. Tak lama lagi bolehlah dia jadi papa. Alhamdulillah.

                       • T.A.M.A.T
••••

Dengan ini saya mengumumkan cerita suami sementara ini sudah tamat.....




B
Y
E

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now