DUA PULUH - Jatuh

65.4K 2.2K 33
                                    

Sinaran matahari yang mencuri-curi menerobos dari sebalik langsir bilik mula mengganggu lena Rasya. Rasya meraba-raba mencari teddy bear pemberian daddynya. Tiba-tiba dia terasa seperti ada sesusuk badan sasa baring disebelahnya. Dengan pantas dia menolak orang yang tidur disebelahnya itu jatuh dari katil.

" Arghhh! " jerit Firash menyerang sakit kerana tangannya terkena bucu meja.

" Kau siapa?! kenapa kau ada dalam bilik aku?! " soal Rasya dalam keadaan masih mamai.

" Sayang, ni saya lah suami awak. " balas Firash dalam keadaan menahan sakit. Tangannya seperti terseliuh sedikit. Kuat juga Rasya tolak dia jatuh katil.

" Bila masa pulak aku kahwin ni. " Kata Rasya kebinggugan. Dia menggaru-garu kepalanya.

" Rasya Medina saya lah Firash Mikhail suami awak. Semalam kite bernikah takkan harini dah lupa? " soal Firash dengan geram. Rasya membulatkan matanya. Baru dia teringat yang semalam dia sudah bernikah dengan Firash. Dia turun dari katil dan duduk disebelah Firash. Tangan Firash yang sakit itu ditiup dan diusap dengan perlahan.

" I am sorry Firash. Sakit ke? " soal Rasya, risau.

" Sedap Rasya sedap. Lepasni tolak lah saya jatuh bangunan pulak ya. " Jawab Firash sedikit menyindir.

" Awak lah siapa suruh tidur sekatil dengan saya kan dah kena tolak. Saya ni tidur lasak. Padan muka awak. "

" Awak yang izinkan saya tidur sekatil dengan awak kan. Salahkan saya pulak. Dahlah saya nak solat subuh. Cakap dengan awak menyakitkan hati je. " Ujar Firash, dingin. Firash terus bangun dan masuk ke bilik mandi. Wajahnya masam mencuka.

Rasya memukul dahinya perlahan.
" Ash sorrylah. Saya lupa... " Rasya cuba memujuk Firash namun Firash terus berlalu masuk ke bilik mandi. Perasaan bersalah mula menyinggah di hatinya. Yelah dah tolak suami jatuh katil kan.

---------

" Firash, dari tadi awak taknak cakap dengan saya. Saya minta maaf sebab tolak awak sampai jatuh dari katil. Saya betul-betul lupa yang saya dah kahwin. " Rasya capai jari-jemari Firash. Dipegang kukuh.

" Saya tahu awak tak sayangkan saya tapi janganlah sampai buat tangan saya terseliuh. Macam mana saya nak kerja nanti? " soal Firash. Perlahan-lahan Firash menarik tangannya. Genggaman tangan itu dileraikan. Sengaja dia berbuat begitu kerana mahu dipujuk oleh Rasya.

" Ha terseliuh? Jom kite pergi klinik. Nanti bengkak pula. "

" Nanti saya pergilah. " balas Firash, malas.

" Kita pergi sekarang jelah. "

" Klinik belum buka lagi Puan Rasya Medina. "

Rasya tersengih pada Firash. Firash masih masam mencuka. Susah betul nak pujuk Firash ni. bisik hati Rasya.

"  Ash, sorry lah. " Ucap Rasya sekali lagi. Entah sudah kali keberapa dia meminta maaf pada Firash pun dia tidak tahu.
Firash memandang wajah Rasya. Bersungguh-sungguh isterinya itu mahukan kemaafan darinya.

" Kalau saya maafkan awak, saya dapat apa? " soal Firash sambil mengangkat kening.

" Awak ni nak maafkan orang pun minta balasan. Awak maafkan saya, awak dapat pahala lah. " balas Rasya selamba.

Firash terkedu seketika.
" Yelah saya maafkan awak. Tapi boleh saya minta sesuatu dekat awak? "

" Nak minta apa? "

Firash tersenyum sampai ketelinga. Sedikit demi sedikit mukanya di dekatkan dengan muka Rasya.
Rasya melihat muka Firash semakin dekat dengannya. Cepat-cepat dia menolak tubuh sasa Firash itu supaya menjauh. Sekali lagi Firash jatuh dari katil.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now