TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.

44.6K 1.4K 34
                                    

Rasya duduk bersantai di taman mini di rumah mamanya. Sedang dia leka menikmati keindahan alam, Firash dari belakang menyergahnya. Terus Rasya tersentak dan dia hampir saja mahu menangis akibat terlalu terkejut. Firash kelihatan cemas, dia cepat-cepat memohon maaf pada isterinya. Niatnya mahu bergurau tetapi lain pula yang jadi.



" Kenapa terkejutkan Asya ?! " soal Asya dengan suara sedikit meninggi.




" Sorry. Abang gurau je dengan sayang. Janganlah menangis.. " Pujuk Firash. Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya.



" Kalau Asya mati macam mana ? " soal Rasya sambil mengesat beberapa titisan air mata yang jatuh.



Firash tergelak kecil. Kelakar bila soalan itu ditujukan padanya.
" Tak mungkin lah orang mati sebab terkejut. " Balas Firash. Dia seolah menganggap benda itu satu jenaka.



Wajah Rasya bertukar menjadi masam.
" Ajal akan datang tak kira waktu, tempat dan tarikh. Bila-bila pun ajal boleh tiba. Macam tadi kalau ajal Asya dah sampai, Asya boleh je mati masa abang terkejutkan Asya... " Ujar Rasya, serius.



" Sayang apa ni. Janganlah cakap pasal mati. Abang tak suka. " Kedengaran Firash mendengus kecil. Dia menguak rambutnya kebelakang.



" Semua orang akan mengadap ilahi bang. Masa waktu daddy pun Asya langsung tak sangka itulah kali terakhir Asya bercakap dengan daddy. Sebab tu Asya cakap, ajal akan datang tanpa kita dapat mengagak. Kita taknak benda tu jadi pun dia tetap akan jadi. Takdir Allah.... " Kata Rasya dalam nada lembut. Tangan suaminya dicapai lalu mengusap dengan lembut.



" Abang tahu.. tapi abang belum bersedia untuk kehilangan sayang, mama dan semua orang yang abang sayang... "



" Belajar bersedia untuk kehilangan seseorang abang.... " Hati Rasya menjadi sebak tiba-tiba bila menyebut perkataan kehilangan. Dia juga belum bersedia untuk kehilangan orang yang dia sayang. Tetapi jika itu yang dia harus lalui, dia harus belajar menjadi seorang yang redha. Redha atas semua ketentuan ilahi.



" Sayang nak tinggalkan abang ke ? " soal Firash dalam nada sayu. Dia memegang tangan isterinya dengan erat . Seolah-olah dia tidak mahu melepaskan pegangan itu. Dia mahu Rasya sentiasa di sisinya.



Rasya tersenyum kecil. Tangan kanannya mengusap pipi suaminya.
" Asya akan bersama abang sampai hujung nyawa Asya. Itu janji Asya . "



Firash mencium tangan Rasya. Lega sedikit hatinya bila mendengar Rasya berkata begitu.
" Terima Kasih sayang. I love you so much. Love you until jannah. " Ucap Firash bersungguh-sungguh.



" Asya nak tanya sesuatu ni... " Ujar Rasya. Mukanya kembali serius.


" Tanya apa ? " soal Firash.


" Ada lagi tak benda yang abang rahsiakan pada Asya? " Tanyanya.


Firash terus hilang kata-kata. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Kenapa isterinya perlu menyoalnya begitu? Adakah muka aku ni terlalu nampak yang masih ada rahsia yang aku simpan? bisik hati Firash.



Firash berdehem.
" Semua orang mesti ada rahsia kan... "

" Apa lagi rahsia abang yang Asya tak tahu? "


Firash tidak menjawab. Rasya mengerti apa maksud Firash itu. Belum bersedia mahu berkongsi rahsianya itu.



Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now