TIGA - ' Awak saya punya. '

72.6K 2.8K 60
                                    

Habis biliknya bersepah gara-gara mencari iphone 6s miliknya. Rasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya nampak kusut. Sesekali dia mengeluh panjang.

" Mana aku letak telefon ni. Semalam ada harini takde. Huhhh.  Cuba ingat Asya, cuba ingat. " Omelnya seorang diri.


Pintu biliknya tidak bertutup rapat. Puan Sri Mariam kebetulan lalu di hadapan bilik Rasya agak terkejut bila melihat bilik Rasya yang bersepah. Niat untuk turun memasak terbantut.

" Astagfirullahalazim Asyaa. Kamu ni kenapa pagi-pagi dah mengamuk dalam bilik. Kalau tak setuju pun dengan apa yang daddy minta, tak payahlah sampai bersepahkan bilik. Kesian nanti makcik Timah kene kemas bilik kamu. " Bebel Puan Sri Mariam.

" Maaa, Asya cari telefon Asya. Bukan mengamuk pasal daddy lah maa. Mama ada nampak telefon Asya tak? "

" Telefon kamu? Mana mama tahu. Kamu ni cuai lah letak barang berharga bersepah-sepah. Dah cuba call telefon kamu tu? "

Rasya menggeleng.
" Belum lagi. "

" Cuba lah call. Mana tahu ada orang angkat. Semalam kan Asya keluar dengan Mira. Mungkin telefon Asya ade dekat Mira. "

" Betul jugak tu. "

Rasya segera mengambil telefon rumah. Dia mendail nombor Amirah tetapi tidak di angkat.

" Mana Mira ni. Masa-masa macam ni lah dia nak hilang. Haih " Rungut Rasya .

" Dapat call Amirah tak? " Tanya Puan Sri Mariam dari dapur.

" Tak dapat lah ma. " Jawab Rasya dengan wajah masam mencuka.

" Cuba lah telefon nombor kamu pula. "

Rasya dengan pantas mendail nombor nya. Ada orang angkat! Dia tersenyum riang.

" Hello ? " Satu suara lelaki di dalam talian.

" Hello. Bol-eh nak tahu ni sia-pa? " Tanya Rasya dengan gagap. Masa macam nilah nak gagap gugup gap gup bagai.

" Ni saya Firash Mikhail. Ingat tak?

" Yang mana ek? "

" Yang semalam duduk sebelah awak tu. "

" Oh awak . Ya dah ingat. Hm by the way macam mana telefon saya boleh ade dekat awak? "

" Semalam awak tertinggal telefon ni dekat atas meja, jadi saya nampak, saya pun simpankan lah. Takut orang lain ambil pula. " Terang Firash.

" Ohh. Hmm boleh tak pulangkan balik telefon saya tu? " Tanya Rasya teragak-agak.

" Boleh. Jumpa saya dekat KLIA jam 3 petang. Saya ada dekat sana. "

" Baiklah. See you there. "
Talian dimatikan. Rasya lega. Alhamdulillah telefonnya tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Kalau tak mahu menangis tak berlagu. Bukan kerana tak mampu untuk membeli telefon baru tapi disebabkan telefon itu adalah hadiah daripada daddynya jadi dia agak terkilan kalau telefon itu hilang atas kecuiannyan sendiri.

Rasya melihat jam di dinding. Baru pukul 10 pagi. Masih awal kalau dia hendak bersiap. Jadi Rasya mengambil pelung untuk sambung tidur. Baru saja Rasya melangkah tangga yang pertama, mamanya sudah memanggil.

" Rasya! Sini tolong mama dekat dapur. " Panggil Puan Sri Mariam dengan sedikit menjerit.

" Taknak ma. Asya  nak sambung tidur. Penat ni. Tak cukup tidur. " Balas Rasya dalam nada malas.

" No way. Mama nak sekarang ni Asya pergi bersihkan diri dan turun bawah tolong mama masak. Jangan membantah. " Ujar Puan Sri Mariam, tegas

" Tapi sebelum tu kemas bilik sampai bersih. Jangan nak suruh makcik Timah kemas je ye. Kamu tu anak dara, tak lama lagi nak kahwin pun. Jadi kenelah belajar mengemas, memasak semua tu. " Sambung Puan Sri Mariam lagi.

" Apa? Kalau tak pandai semua tu memang tak boleh kahwin ke ma? Ha eloklah tu Asya memang taknak kahwin pun. " Kata Asya sambil tersenyum kesenangan.

" Asya kata Asya taknak kecewakan daddy? Terima jelah Syaa. Mama tengok daddy tu tak ceria macam selalu tau. Mama harap Asya bagi daddy jawapan secepat mungkin ya sayang. " Pujuk Puan Sri Mariam suaranya bertukar menjadi sayu.

" Oklah maa. Asya naik dulu. Kejap lagi Asya turun bawah tolong mama. " Rasya mengatur langkah dengan laju. Dia terasa seperti dia telah membuatkan diri daddynya tidak ceria seperti dulu. Apa sebab daddy berubah seteruk itu pun dia tak tahu.

    

                            -----------


Tepat jam 3 petang Rasya sudah berada di KLIA . Dari jauh dia sudah nampak satu susuk badan yang amat dia kenali. Dialah Firash Mikhail. Firash berjalan ke arah Rasya sambil menarik bagasi. Di tubuhnya lengkap dengan uniform juruterbang. Senyuman tak pernah lekang dari bibir Firash. Rasya terpaku seketika.


" Tak sangka kau pilot. Patutlah handsome semacam. " Kata Rasya sendirian. Kebanyakkannya pilot handsome kan.

" Hai Rasya Medina. Lama tunggu? Maaflah kalau saya lewat. Jalan sesak tadi. " Ujar Firash.

" Takpe saya pun baru je sampai. Mana telefon saya ? "

Firash mengelurkan sesuatu di poket seluarnya dan menghulurkan pada Rasya.

" Ni bukan telefon saya lah. Ni telefon awak. Jangan buang masa saya please. Saya banyak kerja tau dekat pejabat. " Kata Rasya dengan geram.

" Tu telefon awak lah. Saya dah tukar wallpaper semua. Jadi kalau awak rindu saya boleh lah tatap muka saya lama-lama sementara saya kene pergi Istanbul ni. " Terang Firash. Dia tertawa kecil melihat wajah bengis Rasya. Rasya menjeling tajam ke arah Firash. Suka hati dia je tukar-tukar wallpaper.

" Okeylah terima kasih sebab jaga kan telefon saya. Oh ya awak nampak lebih handsome harini. Bye "

Baru saja Rasya ingin mengatur langkah, tangannya ditarik dengan lembut. Apa ni main tarik-tarik.

" Kita akan jumpa lagi kan? " Tanya Firash dengan separuh berbisik di telinga Rasya.

" kalau ada jodoh, tak kemana kan. " kata Rasya dengan niat sekadar mahu mengusik. Kemudian dia memberi senyuman mengejek.

Firash tersenyum senang. Yes ada pelung ni.
" Okeylah sayang. Saya pergi dulu. Bye sayang jaga hati awak untuk saya. Ingat awak saya punya. " Pesan Firash sebelum berlalu pergi. Rasya terdiam seketika.

" Eh awak! saya bukan awak punya lah. " kata Rasya separuh menjerit. Firash menoleh kebelakang lalu dia memberikan flying kiss ke arah Rasya.

Flying kiss itu tidak di sambut. Rasya hanya terkaku sahaja disitu. Dia jadi tak faham dengan Firash. Firash seolah-olah sudah mengenalinya kerana sikap Firash seperti sudah biasa dengan Rasya. Dipanggilnya Rasya sayang lalu di suruh jaga hati untuknya pula. Tak pernah dia berjumpa dengan lelaki seperti Firash ini. Terasa unik pula.

Lama-lama Rasya tersenyum sendiri. Dia memegang jantungnya yang sedang berdegup dengan pantas. Tak pernah dia merasa sebegini .

Senyumannya mati. Rasya menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.
" Ah tak mungkin aku jatuh cinta pada dia. "

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now