TUJUH - ' Cuma sementara '

61.3K 2.3K 25
                                    

Semenjak kejadian minggu lepas, hubungan Firash dan Rasya semakin hari semakin rapat. Mereka sering keluar bersama dan jika ada apa-apa masalah pasti mereka cuba menyelesaikan masalah itu bersama-sama.

Rasya mula merasa selesa dengan Firash. Bagi Rasya, Firash adalah lelaki baik seperti daddynya. Sikap Firash yang bertanggung jawab, jujur dan baik itu betul-betul menyakinkan Rasya yang Firash layak menjadi suami buatnya. Tetapi hanyalah suami sementara.

Rasya bernekad dia harus melamar Firash untuk menjadi suami sementara buatnya secepat mungkin. Tak kisahlah dipanggil perigi cari timba, janji masalah dia selesai dengan segera. Rasya jatuh cinta pada Firash? Tidak... Dia masih menganggap Firash adalah kawan lelaki yang terbaik yang dia ada. Kenapa suami sementara? Kerana bagi Rasya perkahwinan tak selamanya kekal. Pasti ada penghujungnyaa...

                          ------------

Rasya dan Firash bersantai di taman. Memandangkan hari ini hari minggu, jadi mereka mahu menghabiskan masa bersama.

" Ash, awak pernah terfikir untuk berkahwin? " Soal Rasya dengan tiba-tiba.

Firash memandang Rasya sekilas.
" Saya pernah terfikir, tapi memandangkan takde calon jadi saya dah tak fikir dah. Serahkan semuanya pada Allah. " Jawab Firash sambil tertawa kecil.

Rasya bangun dari tempat duduknya dan berdiri di hadapan Firash. Rasya merenung anak mata Firash sedalam-dalamnya. Boleh tertembus dah. Firash sedikit pelik. Dahinya dikerutkan.

" Awak kenapa berdiri depan saya macam ni ? " soal Firash dengan pelik.

" Firash, Jom kahwin dengan saya. " Ajak Rasya, serius.

Firash terkejut seketika. Lalu dia tergelak kuat.

" Awak ni nak bergurau pun agaklah. " katanya dengan gelak yang masih bersisa.

Rasya melutut di hadapan Firash.
" saya serius Ash. Please jadi suami sementara buat saya. Cuma sementara. "

Ketawa Firash mati serta-merta. Biar betul Rasya ajak aku kahwin? bisik hatinya.

" Rasya bangun... Malu orang tengok. " Firash cuba menarik Rasya supaya bangun namun Rasya berdegil tidak mahu. Badannya sengaja di keraskan.

" Saya takkan bangun selagi awak tak kata 'yes' " kata Rasya.

Firash menarik Rasya semakin kuat. Rasya hampir terjatuh ke tanah. Terus dia berdiri tegak. Mukanya di masamkan.

" Orang pandang Rasya. Awak gila ke melamar saya dekat tempat awam? Tak malu? " Ujar Firash separuh berbisik tapi masih mampu di dengari oleh Rasya. Firash tidak mahu perkara ini tersebar. Takut Rasya yang menanggung malu. Dia sebagai lelaki haruslah menjaga maruah perempuan.

" Biarlah yang gilanya saya bukan awak. Yang dapat malu pun saya bukan awak. " Balas Rasya dengan selamba. Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka namun dibiarkan saja. langsung tidak ambil peduli.

Muka Firash merah menahan amarah.
" Awak dah lah melamar saya lepastu sebagai suami sementara. Dalam perkahwinan langsung tak wujud tentang suami sementara ini semua. Bila dah nikah, kita sama-sama kena mempertahankan rumah tangga kita bukan menentukan tarikh perpisahan kita ! " Marah Firash. Suaranya mula meninggi.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now