ENAM BELAS - Malaysia

54.9K 2.1K 21
                                    

Akhirnya Rasya dan Firash selamat sampai ke Malaysia tetapi mereka berdua terpaksa balik berasingan kerana flight Firash sudah penuh. Terpaksalah mereka berpisah sekejap. Lagipun Firash kan sedang bekerja, Rasya taknaklah ganggu Firash.

Sejak rahsia Rasya bocor kerana kesilapan dirinya sendiri, Rasya sedaya upaya mahu menjauhkan dirinya dari Firash. Sungguh dia rasa dia sememangnya tidak layak untuk menjadi isteri Firash. Tak mungkin Firash boleh menerimanya semudah itu bila mendapat tahu tentang masa silamnya. Walaupun Firash sudah memaafkannya tetapi tidak berarti segala yang berlaku boleh dilupakan dengan mudah. Easy to forgive but hard to forget .

Tentang lamarannya pada Firash? Ah lupakan sajalah tentang itu. Dia tidak mahu ingat lagi. Baginya semua itu sekadar mimpi.

Rasya mengatur langkah keluar dari KLIA dengan segara tanpa menunggu Firash. Padahal di Australia lagi Firash sudah berpesan kalau sudah sampai tunggu dia dahulu. Katanya nak balik sama-sama tetapi Rasya terlalu degil. Dia tetap mahu pulang sendirian.

" Pakcik, boleh hantar saya dekat Bukit Kiara? " Soal Rasya pada pemandu teksi.

" Boleh nak. Silakan masuk. " Pakcik yang dalam lingkungan 50-an itu mengangkat bagasi Rasya dan masuk ke dalam bonet kereta.

" Rasya! " Jerit Firash dari jauh. Rasya memandang Firash yang semakin dekat dengannya. Lalu dia turun dari teksi dan menyilangkan tangannya didada. Mukanya dimasamkan.

" Asya kan saya dah suruh awak tunggu saya dekat dalam. Kita balik sama-sama. Kenapa degil sangat ni nak balik sorang? " Marah Firash.

" Awak lambat sangat. Saya nak cepat sebab peguam daddy ada dekat rumah sekarang ni. " jawab Rasya, geram.

" Pakcik, maaf ye tak jadi. Isteri saya ni merajuk sampai balik nak naik teksi. Geram saya tengok dia. " Ujar Firash lalu dia menjeling ke arah Rasya. Rasya hanya membuat muka selamba. Pakcik itu mengangguk dan tersenyum ke arah mereka berdua. Biasalah anak-anak muda. Gaduh-gaduh manja gitu.

" Pujuk isteri tu elok-elok. Biaselah perempuan jiwa sensitif sikit. " Ujar Pakcik itu sambil menepuk bahu Firash dengan perlahan. Firash sekadar membalas dengan anggukan kecil.

Bagasi Rasya dikeluarkan semula. Firash menarik tangan Rasya untuk mengikutnya. Sedaya-upaya Rasya berusaha melepaskan pegangan itu namun kekuatannya tidaklah setanding dengan Firash yang tangan berotot. Jadi dia akur dan ikut saja ke mana Firash ingin membawanya.

-----------

" Awak boleh tak bila saya cakap tunggu tu tunggulah saya. Bukan main jalan je. Awak kenapa Asya? Saya tengok awak macam nak jauhkan diri daripada saya je. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf. Tapi bagitahu juga lah apa salah saya. Bukan macam ni cara dia Asya. Macam mana kalau kite dah kahwin nanti? Awak masih nak buat perangai budak-budak awak ni ke Rasya Medina? " soal Firash dengan suara sedikit meninggi. Rasya hanya memandang keluar tingkap. Entah langsung takde mood nak jawab semua pertanyaan Firash. Suka hati Firashlah nak membebel sampai ke tahun depan pun Rasya malas nak ambil kisah.

" Bila saya cakap, awak diam. Ish saya tak faham lah dengan awak ni Asya. "

" Saya tak minta awak faham saya. " Kata Rasya dengan perlahan namun masih boleh didengari oleh Firash. Firash memandang Rasya sekilas. Selepas itu dia kembali fokus memandu. Kalau sekarang ni nak bergaduh bukan masa yang sesuai. Jadi Firash hanya mendiamkan diri saja. Panas hatinya tak habis lagi. Tunggu masa je nak meletop.

------------

Firash memberhentikan keretanya di tasik. Tempat mereka selalu lepak dan menghabiskan masa bersama. Rasya memandang Firash dengan pandangan tidak puas hati.

" Saya nak balik lah. Awak pergi tasik ni buat apa? " soal Rasya dengan geram.

" Saya nak kita berdua selesaikan masalah kita sekarang juga. " Ujar Firash dengan tegas

" Bila masa pulak kita berdua ada masalah ni? " soal Rasya sambil mengerutkan dahinya.

" Saya tak kira, sekarang awak cakap dengan saya kenapa awak larikan diri daripada saya? " soal Firash pula.

" Saya tak lari dari awak pun lah. " Balas Rasya dengan geram.

" Rasya, please jujur dengan saya. Jangan buat saya macam ni. " Rayu Firash sambil memandang Rasya dengan pandangan penuh makna. Dia mahukan kejujuran dari Rasya. Dia tidak mahu Rasya bersikap dingin seperti ini.

Rasya melepaskan keluhan berat.
" Ash, saya nak kita lupakan je tentang lamaran atau apa pun. Kalau boleh saya nak kita buat haluan masing-masing. "

" No! Awak tak boleh buat saya macam ni Rasya Medina. Awak ingat saya patung ke takde perasaan? Saya cintakan awak Asya. Please jangan buat saya macam ni. "

" Saya taknak Ash kahwin dengan awak tanpa cinta. Lagipun bila awak kahwin dengan saya nanti awak cumalah jadi suami sementara saya. Kita tetap akan berpisah juga. Biarlah berpisah sekarang masa saya belum jatuh cinta dekat awak lagi. Saya taknak terseksa di kemudian hari. "

" Apa ni Asya? Saya taknak. Kita berdua tetap akan kahwin. Masa awak melamar saya, awak tak fikir pun tentang cinta kan? Sekarang awak boleh cakap taknak kahwin tanpa cinta pulak. Rasya, cinta boleh dipupuk. Tentang bercerai atau suami sementara tolong jangan sebut sekarang ni. Saya taknak dengar semua tu. " Ujar Firash dengan tegas.

" Tapi.... " Belum sempat Rasya menghabiskan ayatnya, Firash sudah memotong.

" Awak tak perlu cakap apa-apa. Keputusan saya muktamad. Bulan depan kita kahwin. Sekarang ni saya hantar awak balik. " Ujar Firash dengan tegas tanpa memandang wajah Rasya. Wajahnya cukup bengis. Rasya terus mengunci mulutnya. Dia tidak berani untuk bersuara bila melihat wajah bengis Firash. Rasya sendiri keliru dengan perasaan dan keputusan yang dia buat ketika ini.

' Ya'Allah tolonglah aku. Berikanlah aku petunjuk atas semua ini. ' Doa Rasya di dalam hati.

-----------

Sampai saja di hadapan rumah Rasya, terus Rasya turun dari kereta dan mengambil bagasinya tanpa mengucapkan terima kasih pada Firash. Takde adab langsung Rasya ni.

Firash ikut sama turun dari kereta. Dari jauh Firash terlihat Puan Sri Mariam yang sedang menanti kepulangan Rasya. Firash menghampiri Puan Sri Mariam.

" Assalamualaikum mama. " Ucap Firash sambil tersenyum.

" Waalaikumussalam Ash. Masuklah. Sebab peguam daddy ada dekat dalam nak jumpa Ash. " Jemput Puan Sri Mariam. Rasya disebelah berkerut dahi. Peguam daddy nak jumpa Firash?

" Kenapa peguam daddy nak jumpa Ash dan sejak bila dah pandai panggil mama ni? " soal Rasya dalam kebingungan. Firash diberikan jelingan tajam. Menyampah tengok muka Firash.

" Masuklah dulu. Cerita dekat dalam. " Ajak Puan Sri Mariam sambil tersenyum manis.

Firash dan Rasya melangkah masuk ke dalam rumah. Sebenarnya Rasya masih dalam tanda tanya. Kenapa peguam daddy nak jumpa Firash? Padahal daddy bukan pernah jumpa Firash pun. Siapa Firash Mikhail ni? Ish pening kepala. Firash pula buat seolah-olah macam takde apa-apa yang berlaku tadi. Huh!

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now