DUA BELAS - Jumpa Firash.

53.9K 2.1K 30
                                    

Mood Rasya untuk pergi membeli-belah hilang serta-merta. Dia terus balik ke rumah untuk mengambil baju. Niatnya ingin berjumpa dengan Amirah di johor baharu. Mana tahu boleh hilang kekusutan yang dia alami sekarang ini.

Sampai saja di rumah, Rasya terus bergegas naik ke bilik. Sampai mamanya di ruangtamu pun dia tidak perasan.

Baju-baju dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasinya. Siap mengemas dia terus turun. Cukup berhati-hati dia menurun tangga. Bagasinya sangat berat. Boleh dikatakan semua pakaian dia bawa. Macam nak pergi ke luar negara saja.

" Kamu nak pergi mana bawa beg besar-besar ni? " soal Puan Sri Mariam dari belakang.

" Asya nak pergi johor jumpa Amirah. Dalam seminggu Asya balik. " jawab Rasya.

" Seminggu beg besar macam ni? Kamu tipu mama ya? " Pun Sri Mariam inginkan kepastian. Rasya ni bukan boleh percaya sangat.

" Iyee. Mira ade kat johor dengan nenek dia. Jadi Asya ingat nak jumpa dia. Jangan risau lah Asya boleh jaga diri Asya. "

" Yelah. Baik-baik bawak kereta tuu. Dah sampai Johor tu call mama ye. "

" Baik boss. Kirim salam dekat abang Hafiz tau maa. Assalamualaikum maa. " Ucap Rasya. Dia menyalam dan mencium pipi Puan Sri Mariam sebelum pergi.

   
                           --------------

Pukul 11 malam Rasya sampai ke Johor Baharu. Dia datang ke Johor Baharu tidak diberitahu pada Amirah. Sengaja dia mahu membuat kejutan. Kelihatan rumah nenek Amirah gelap saja. Mahu turun dari kereta Rasya jadi tidak berani. Sudah lewat malam. Lampu jalan pun tidak di buka.

" Takkan takde orang kot. " Ujar Rasya seorang diri.
Rasya mencapai Iphone 6s miliknya. Dia menekan nombor Amirah dan membuat panggilan.

Tuuuttt... Tuuutttt.

" Assalamualaikum Asya! " Ucap Amirah selepas panggilan disambungkan.

" Waalaikumussalam. Weh kau takde dekat rumah nenek kau ke? " soal Rasya.

" Haa aah. Aku sekarang dekat kedah. Nenek aku nak berjalan pergi rumah anak dia sorang lagi. Jadi aku pun layan kan aje. " jawab Amirah.

" What?! Habistu dekat rumah nenek kau takde orang lah ni? "

" Haa aah takdee. kenapa? kau datang kampung aku ke Asya? "

" Hm takdelah aku ingat nak datang tapi kau takde takpelah. Lain kali je. " Tipu Rasya. Padahal dah ade depan rumah pun. Terpaksa menipu kerana tidak mahu Amirah risau.

" Sorry Asya. Minggu depan aku balik KL aku jumpa kau okey? "

" Hmm okbye. " Terus Rasya mematikan panggilannya. Dia meraup wajahnya. Nak buat suprise dekat Amirah sekali dia yang kene suprise. Terpaksa malam ni tidur hotel dan esok kene balik KL semula. Alahh bosannyaa.....

                              ----------

Esoknyaa....

Rasya membelek gambar-gambar di gallery. Penuh dengan gambar Firash dan dia. Dari gambar dia ambil dalam diam sampailah dia selfie sama-sama dengan Firash. Rindunyaa dekat awak. bisiknya dalam hati.

Rasya cuba menelefon Firash. Yes ada bunyi. Firash tak matikan telefon. Mungkin dah sampai Australia.

" Assalamualaikum Ashh. " Ucap Rasya selepas Firash mengangkat panggilannya.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now