LAPAN BELAS - Asya&Mika

54K 2K 23
                                    

15 Tahun yang lalu.......

Mika dan Asya adalah sahabat baik. Umur mereka hanyalah jarak 3 tahun. Mika dijaga oleh neneknya iaitu nenek Senah. Tan Sri Hamid terlalu sukakan Mika jadi dia membuat keputusan untuk mengambil Mika menjadi anak angkatnya.

                             -----------

" Mika, jom kita main masak-masak. " Ajak Asya. Tangan Mika ditarik supaya mengikutnya ke pondok.

" Mika lelaki lah, Mika nak main dengan diorang. " Ujar Mika sambil menujuk kearah sekumpulan budak lelaki sedang bermain konda kondi.

" Ish Mika kena main dengan Asya. Kalau tak Asya merajok taknak kawan dengan Mika lagi. " Ugut Asya sambil membuat muka. Mika memandang Asya dan dia tersenyum.

" Okey jom kita main masak-masak. Asya nak masak apa? Mika tolong Asya. " Kata Mika dengan ceria. Tak kisahlah tak dapat main konda kondi pun asalkan Asya tidak merajok. Tak sanggup nak hilang Asya..

" Yayyy. Mika pergi cari daun, bunga-bunga lepastu hm tak kisahlah apa-apa pun dan Asya pula nak pergi hidupkan api. " Ujar Asya. Ditangannya ada sekotak mancis. Terbelik biji mata Mika bila terlihat Asya mempunyai kotak mancis. Cepat-cepat dia merampas kotak mancis itu dari tangan Asya.

" Jangan main api lah Asya. Mana Asya dapat benda ni ha?! " soal Mika dengan nada marah.

" Asya amik dekat rumah. Tak terbakar punya sebab Asya pandai lah hidupkan api. " ujar Asya bersahaja. Dia mengambil kotak mancis itu dari tangan Mika semula. Mika hanya membiarkan saja. Mika keluar dari pondok mainan itu dan pergi mencari bahan-bahan yang diminta oleh Asya. Ceyh macam nak masak betul-betul je.

    
                            ---------

" Apiii!!!! Apiii!!!!! Terbakarr!! " Jerit seorang budak lelaki dan berlari untuk mendapatkan air. Mika berasa pelik, kenapa ada api? Siapa main api? Ligat otaknya memikirkan dan dia baru teringat tentang Asya. Cepat-cepat dia berlari ke arah pondok yang dibina oleh Tan Sri Hamid. Betul sangkaannya. Pondok mereka yang terbakar.

" Asya !! Asya !! Asya dekat mana?!! " soal Mika separuh jerit dari luar pondok. Wajahnya kelihatan sangat cemas.

" Mika tolong Asya!!! Asya takut!! " Jerit Asya dari dalam. Terdengar suara Asya, Mika terus masuk ke dalam pondok itu. Walaupun di halang oleh beberapa orang di situ, Mika masih berdegil. Dalam fikiran Mika yang dia tahu, dia perlu selamatkan Asya. Dia sanggup redah api daripada kehilangan Asya.

Terilhat Asya sedang duduk memeluk lutut dan menangis kerana ketakutkan. Api semakin marak. Mika membuka bajunya dan dililitkan ke kaki Asya yang melecur akibat terkena api. Dia membantu Asya untuk berdiri. Belum sempat dia membawa Asya keluar, kepala Asya terkena kayu dan disebabkan itu Asya pengsan di dalam pelukan Mika. Mika semakin cemas, dia cuba mendukung Asya namun dia gagal. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang untuk menyelamatkan mereka. Yes abang bomba!

" Adik, Adik okey? " soal abang bomba itu.

" Abang janganlah tanya sekarang. Tolong bawak Asya keluar. Cepat! " Pintanya, cemas. Api semakin merebak di seluruh pondok itu. Asya didukung oleh Abang bomba itu dan dibawa keluar. Alhamdulillah Asya selamat...

Mika mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya pula. Matanya melilau mencari sesuatu. Dia terlihat ada ruang kecil dibelakang pondok itu. Dia cuba mengelak dari api dan akhirnya dia berjaya keluar dari situ. Selepas Mika berjaya keluar dari pondok itu, dia terus menyorok di belakang pohon besar. Dia takut, takut neneknya akan memukul dirinya kerana tidak menjaga Asya dengan betul.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now