DUA PULUH ENAM - Kejam

53.8K 1.8K 76
                                    

Daniel mendengus geram. Dia mengambil telefon bimbitnya di poket seluar. Nombor Umairah di dail.

" Jumpa aku dekat rumah aku sekarang. " ujar Daniel selepas panggilan disambungkan.

" I sib- " Belum sempat Umairah menghabiskan ayat, Daniel sudah potong.

" Aku tunggu kau dekat rumah aku. Kalau kau tak datang, kau tahu lah apa nasib kau nanti. " Daniel terus mematikan panggilan itu. Dia mencampak telefonnya di sofa.

Dipegang pipinya yang bengkak teruk itu. Daniel bangun pergi ke dapur untuk mengambil ais.

Selepas itu dia merebahkan punggungnya di sofa. Pipi yang bengkak itu dituam dengan ais. Sakit masih terasa. Buat pertama kalinya orang menumbuk dan menampar mukanya yang kacak ini. Habis hilang kekacakannya. Makan masa juga kalau nak baik.

                          ----------

" You nak apa? Hubungan kita dah berakhir lah Dani. I penat dengan you tau! " Marah Umairah. Dia menghempas punggungnya di sofa. Mukanya cukup bengis.

" Aku nak kau tolong aku. " balas Daniel.

" Tolong apa? " soal Umairah, malas.

" Tolong aku runtuh kan rumah tangga Rasya dan Firash... " Katanya sambil tersenyum jahat.

Umairah memandang Daniel dengan wajah tidak berpuas hati. Dia terus berdiri berhadapan dengan Daniel. Rumah tangga sendiri dah runtuh bukan reti nak pulihkan balik. Ni sibuk nak runtuh kan rumah tangga orang lain pulak. Gila apa?

" I tak kan tolong you. You ni macam lelaki tak berotak i tengok. Suka tengok orang lain menderita. Memang you ni takde perasaan ke? Hilang dah sifat belas kasihan you dekat manusia? " Soal Umairah dengan geram. Walaupun Rasya pernah merampas Daniel darinya tetapi dia tidak pernah menyimpan dendam pada Rasya. Dia tahu Rasya ditipu hidup-hidup oleh Daniel.

Umairah tidak mahu Rasya menderita sekali lagi. Dia mahu Rasya hidup bahagia bersama Firash. Dia tahu betapa peritnya bila rumah tangga yang dibina dengan penuh rasa cinta tiba-tiba runtuh begitu saja. Memang sakit rasanya bila orang yang kita sayang menceraikan kita tanpa ada rasa belas kasihan sedikit pun. Semua itu dia sudah lalui. Lalui seorang diri. Tetapi anak-anak lah menjadi kekuatan buat dirinya untuk meneruskan hidup.

" Kau betul taknak tolong aku?! " Suara Daniel sudah mula meninggi.

Umairah memandang anak mata Daniel sedalam-dalamnya
" Yes! I takkan tolong you Dani. You pekak ke tak dengar i kata tadi? Huh! Cukuplah Dani. Daripada you nak roboh kan masjid orang, lebih baik you pulihkan hubungan kita berdua ni. Fikir anak-anak Dani. Diorang perlukan you. Diorang rindukan papa diorang! "

Air mata Umairah hampir menitis bila memikirkan tentang anak-anaknya yang tiap malam menangis mahukan papanya. Tiap-tiap hari mereka menayakan di mana papanya. Terpaksalah Umairah berbohong mengatakan Daniel bekerja di luar negara selama setahun. Bukan Umairah tidak mahu membawa anak-anaknya berjumpa dengan Daniel. Tetapi Daniel sendiri yang tidak mahu berjumpa dengan mereka. Mana perginya sifat kebapaan dalam diri Daniel pun Umairah sudah tidak tahu. Terlalu banyak Daniel berubah. Sekarang ini sibuk pula mengejar isteri orang.

" Hak penjagaan anak-anak, kau yang dapat so buat apa aku nak campur tangan. Kau jaga lah budak-budak tu. Kau kan mama diorang. " Selamba saja Daniel menutur kata. Serupa seperti orang tiada perasaan.

Umairah tersenyum sinis. Tak sangka seorang bapa sanggup membiarkan anak-anaknya menderita kerana rindu.

" Heh! Belajar sampai overseas tapi pasal agama you ke laut. Cakap pun macam orang tak berotak. You jangan cari anak-anak i lagi. Terserah you lah nak buat apa. I langsung taknak masuk campur atau ambik kisah pun pasal you. Hidup you, you uruskan sendiri. Jangan cari i lagi. You boleh pergi mati ! " Sungguh geram Umairah dengan sikap Daniel. Umairah terus keluar dari rumah Daniel dengan perasaan yang sangat kecewa. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh membasahi pipi. Tiba-tiba hujan lebat mula turun membasahi bumi. Cepat-cepat Umairah masuk ke dalam kereta.

" Tak guna punya perempuan! Sial ! selama ni aku bagi kau duit sampai sanggup tipu Rasya, engkau tak reti bersyukur! Bila minta tolong langsung taknak tolong ! Shit ! " Daniel memaki hamun Umairah sepuas hati. Sudah kelihatan seperti orang yang tidak ada iman.

Dia menghempas punggungnya di sofa. Rambutnya di kuak kebelakang. Sekarang ini di dalam fikirannya dia sedang mencari idea untuk meruntuhkan rumah tangga Rasya dan Firash. Dia tidak mahu Rasya bahagia bersama Firash. Rasya milik Daniel bukan Firash!

Minta maaf pada Rasya sudah selesai. Sekarang ini dia perlu berkawan dengan Rasya. Bila sudah dapat berkawan dengan Rasya, dari situlah dia akan memulakan rancangannya. Daniel tidak perlu pun pertolongan dari Umairah. Dia rasa dirinya mampu membuat semuanya seorang diri. Jika cara ini tidak berkesan, dia akan menggunakan cara lain yang lebih dahsyat.

" Derita sedang menanti korang... " Kata Daniel sambil tergelak jahat.

Daniel bukanlah duda terlajak laris tetapi Daniel ialah duda terlajak kejam 🔫

                                -----------

Naik gila tulis bab ni huhu

bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now