DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )

60.8K 2K 32
                                    

Pagi-pagi lagi Rasya sudah bangun untuk membuat sarapan. Kalau beli dekat luar belum tentu Firash akan makan. Yelah Firash bukan suka sangat makan makanan luar. Jadi Rasya sebagai isteri perlulah belajar masak demi suami. Jangan risau, google kan ada. Masalah anda akan selesai dengan mengunakan hujung jari sahaja. Haha

Pak Mat dan isterinya pagi-pagi lagi sudah keluar. Katanya ada hal mahu di selesaikan di bandar. Tak sempat nak buat sarapan. Itu yang Rasya terpaksa berperang di dapur.

" Sayang masak apa tu? Lamanyaa.. dah sepuluh minit abang tunggu dekat meja ni. " Rungut Firash. Dia meletakkan kepalanya di atas meja makan. Tiba-tiba jadi mengantuk balik. Matanya dipejam.

" Kejap-kejap. Dah nak siap dah ni. " ujar Rasya. Tangannya lincah saja memasak. Seperti seorang chef.

Sedang Rasya tekun memasak, tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada satu panggilan masuk. Unknown? Tanpa menunggu lama, Rasya menjawab panggilan itu.

" Hello. " Senyap. Hanya mendengar bunyi angin sahaja.

" Hello siapa ni? " soal Rasya dengan nada kasar.

" Abang rindu sayang.. " kata seorang lelaki dalam nada sayu. Tapi Rasya tidak pasti siapa yang berada di dalam talian ini. Dia melihat Firash, Firash sedang lena tidur di meja makan. Siapa yang menelefonnya? Hanya Firash saja yang memanggilnya sayang.

" Maaf encik salah number. " kata Rasya.

"Tak... Abang tak salah number. Sayang kita rujuk please... " Suaranya separuh merayu.

Rasya terdiam. Bila disebut tentang rujuk, dia tahu itu pasti Daniel. Tiada orang lain lagi. Tapi macam mana Daniel boleh dapat nombor telefonnya?

Rasya bergerak ke ruangtamu. Dia tidak mahu Firash terdengar perbualannya. Takut-takut Firash naik berang pula. Firash dahlah benci pada Daniel.

" Aku takkan rujuk dengan kau! sama sekali takkan! " Suara Rasya sudah mula meninggi. Angin betul bila ada orang menganggunya pagi-pagi ni. Bertambah angin bila dia tahu yang telefonnya itu Daniel. Mamat tak guna!

" Sayang, abang mohon sangat-sangat. Terimalah abang. Abang cintakan sayang, cinta sangat-sangat. " Kali ini Daniel betul-betul ikhlas. Dia memang mahu rujuk semula dengan Rasya.

" Aku benci kau! " Terus Rasya mematikan panggilan itu. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak tahu kenapa Daniel perlu ucapkan kata-kata keramat itu lagi. Bukan ke hidup Daniel cukup bahagia bersama isteri dan anak-anak?

Tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu. Sah masakan dia sudah hangus. Ini semua sebab mamat tak guna tulah.

Cepat-cepat Rasya pergi ke dapur. Terlihat Firash sedang bercekak pinggang. Rasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.

" Cakap dengan siapa tadi? " soal Firash, tegas.

" Erkk ~ Haa Amirah call saya. Dia tanya saya dekat mana. " bohong Rasya .

" Kenapa abang dengar sayang sebut rujuk? Dia ke yang telefon sayang? " soal Firash lagi. Firash terlalu bencikan Daniel sampai nak sebut nama Daniel pun tak sudi.....

" Ash, kita sarapan dekat luar lah. Jom! " Rasya cepat-cepat menukar topik.

" Tak payahlah. Abang boleh masak. Jom tolong abang masak. " kata Firash sambil tersenyum. Rasya merasa lega kerana Firash tidak banyak bertanya.

" Awak pandai masak? Ish kenapa tak cakap awal-awal? Buat penat je saya kotorkan tangan saya ni tau. "

Firash mencubit pipi Rasya dengan kuat. Terjerit Rasya dibuatnya.
" Jadi isteri kena pandai memasak. Lepasni abang nak sayang belajar memasak dengan mama okey? "

" Tengoklah kalau saya rajin. " balas Rasya, malas.

" Rasya Medina.... " Firash memandang tajam ke arah Rasya. Rasya tersengih seperti kerang busuk.

" Baik boss! Saya akan belajar memasak lepasni. " Kata Rasya sambil membuat tabik hormat. Firash tergelak kecil melihat gelagat isterinya itu. Sangat comel!

                           ------------

Selesai bersarapan, Rasya mengajak Firash untuk ke pantai. Pagi-pagi kalau pergi pantai memang best!

Sampai saja dipantai, Rasya berjalan ke tempat batu-batu besar. Firash hanya mengikutnya dari belakang. Mereka duduk dibatu-batu besar itu sambil menikmati keindahan alam.

" Sayang ada cinta pertama? " soal Firash memecah hening. Rasya terkedu mendengar pertanyaan Firash itu. Nak jawab ke tak ni?

" Sayang.... Sayang ada cinta pertama tak? " Firash mengulang soalannya.

Rasya memandang Firash. Dia melentokkan kepalanya di bahu Firash. Saja nak bermanja-manja..
" Cinta pertama tu ada. " Balas Rasya perlahan. Namun masih boleh didengari oleh Firash.

Firash memandang pantai.
" Daniel. Cinta pertama sayang kan? "

Rasya menundukkan kepalanya. Tiba-tiba hatinya menjadi sebak bila disebut nama Daniel.
" Dia datang balik. " kata Rasya dengan jujur. Dia tidak pandai berbohong dengan Firash.

" Abang tahu... Dia minta rujuk kan? "
Firash sengaja menayakan tentang cinta pertama. Kerana dia mahu Rasya jujur dengannya tentang Daniel. Sebenarnya dia terdengar perbualan Rasya bersama Daniel tadi.

Rasya mengangguk kecil. Firash membawa Rasya ke dalam peluknya.
" Sayang masih cintakan dia ? " tanya Firash.

Rasya menggeleng.
" Saya benci sangat-sangat dekat dia. " jawab Rasya.

" Hebat dia kan mampu cairkan hati sayang yang keras ni hanya dalam beberapa bulan je. Abang yang dah kenal sayang selama lima belas tahun pun masih belum berjaya. " kata Firash sambil tersenyum kelat. Bibirnya masih mampu mengukir senyuman walaupun hatinya sudah benar-benar sakit.

Rasya terdengar Firash menghembus nafas panjang. Dia juga tidak tahu kenapa hatinya begitu susah untuk menerima Firash.
" Saya dah usaha untuk jatuh cinta pada awak tapi saya gagal. " Rasya berhenti seketika.

Rasya meleraikan pelukan itu dan menatap wajah Firash. Pipi Firash diusap.
" Tapi dalam solat istikarah saya, awak lah jodoh saya bukan orang lain. Sebab itu juga lah saya batalkan kontrak yang saya buat sebelum ini. " beritahu Rasya . Tangannya masih mengusap pipi Firash lembut. Rasa tenang bila melihat wajah suami.

" Kita hidup macam suami isteri biasa boleh ? " tanya Firash teragak-agak.

Rasya terdiam seketika lalu dia mengangguk.
" Sayang milik abang sepenuhnya. Abang kena ingat, bila sayang beri sepenuh hati sayang pada abang, jangan pula abang sia-sia kan. Kalau abang sia-sia kan, sayang tak mungkin kembali pada abang dan abang tolong, tolong jangan tinggalkan sayang macam mana dia tinggalkan sayang ya? " Cara panggilannya sudah bertukar. Mungkin bila dia hidup seperti pasangan lain, cinta itu lebih mudah untuk datang. Biarlah kebahagiaan sekarang ini akan kekal selamanya.

" Abang bukan macam tu. Sayang jangan risau, kebahagiaan pasti akan jadi milik kita. " Ujar Firash lembut. Dia membelai rambut ikal mayang Rasya.

" Abang suka sayang panggil abang, abang. " Suara Firash ceria. Dahi Rasya dikucup kejap. Rasya tersenyum malu. Air matanya yang jatuh cepat-cepat dikesat. Hatinya terasa bahagia! Bahagia kerana berjumpa dengan seorang lelaki seperti Firash.

Firash juga sangat bahagia kerana Rasya sudah mula boleh menerimanya sebagai seorang suami yang sebenar. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Firash berharap jodohnya bersama Rasya kekal hingga hujung nyawa.

" Terlalu awal untuk bahagia...... "

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now