EMPAT PUlUH SATU - Benci

45K 1.4K 57
                                    

" Sayang, sudah sudah lah tu menangis. " kata Firash sambil dia menghela nafas. Penat dari tadi dia menyuruh isterinya berhenti menangis tetapi isterinya tetap tidak mahu berhenti. Risau dengan keadaan isterinya yang sedang mengandung. Kandungan itu baru saja takut memberi kesan yang buruk pada kandungan.

" Awak tak sedih ke? " soal Rasya dalam esakan.

" Tak sedih langsung. Semua tu lakonan je kot bukan betul. " Balas Firash sambil tergelak kecil. Rasya menjeling suaminya .

" Awak tahu tak orang tengok Train to busan mesti menangis part yang belakang tu. Tapi awak tak. Awak takde perasan ke ?! " Marah Rasya pada suaminya. Firash semakin galak tertawa.

" Sayang, abang tak menangis bukan bermaksud abang tak ada perasan cuma bagi abang dia belum cukup sedih. " Jelas Firash dalam tawa yang masih bersisa.

" Haah mananya nak sedih kalau dah nak habis abang pun selamat dibuai mimpi kan? Asya suruh tengok dia tidur. Ish benci! " Terus Rasya bangkit dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik di hempas kuat.

Firash menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Orang mengandung memang macam tu ke? tanya hati kecil Firash.

Firash perlahan-lahan membuka pintu bilik. Terlihat Rasya yang terlena di atas katil. Firash datang dekat pada isterinya lalu dia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Dahi Rasya dikucup kejap.

" Sorry buat awak marah. I love you sayang. " ucap Firash sambil tangannya mengusap perut isterinya yang sudah mula membuncit. Sedang Firash leka menatap wajah isterinya, terasa ada tangan yang sedang menggenggam tangannya dengan erat.

" Sorry juga sebab marah abang tak tentu pasal. " Ucap Rasya sambil mata tertutup. Firash tersenyum kecil. Rupanya isterinya tidak tidur.

Rasya membuka matanya lalu dia menatap wajah suaminya kejap. Kemudian dia memberi Firash ruang untuk baring di sebelahnya.

Firash mengambil tempat di sebelah isterinya. Tubuh isterinya didakap erat.
" Arwah Daniel ada tinggalkan surat untuk kita berdua.. " beritahu Firash.

" Oh ya? surat apa? harta ke bang? " suara Rasya sedikit teruja. Firash tertawa kecil.

" Sekejap abang pergi ambil surat tu. " Firash terus bangkit dari pembaringannya dan almari di sisinya di buka untuk mengambil surat yang Umairah beri padanya semalam lalu surat itu di hulurkan pada isterinya.

" Sayang baca lah... " arah Firash. Rasya menggeleng tanda tidak mahu.

" Abang bacakan kuat-kuat. Asya malas. " kata Rasya selamba. Firash mengeluarkan surat itu dari sampul surat.

Lama Firash memandang surat itu kemudian dia memandang isterinya sekilas. Firash berdehem kecil.

Assalamualaikum Rasya. I buat surat ni cuma nak beritahu yang segala hutang i pada you, i dah langsaikan. Semua duit tu i dah transfer kan pada bank you. I harap you maafkan segala kesilapan yang pernah i buat pada you. I pernah merayu pada you untuk kembali pada i, i pernah kacau rumah tangga you, i pernah curi curi jumpa you masa suami you kerja . Semua tu tak patut i lakukan. I betul-betul minta maaf pada you. Maafkan i ya? Doakan untuk i . Halalkan semuanya....

Suami Sementara © ✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin