LIMA - ' Rasya setuju '

62.9K 2.4K 28
                                    

Suasana di meja makan menjadi senyap seketika. Masing-masing fokus pada makanan saja. Cuma sesekali Rasya akan mengalihkan tumpuan pada telefonnya.

" Rasya masih takde jawapan lagi ke? " Soal Tan Sri Hamid memecah hening.

Rasya tersedak. Air sirap diteguk dengan rakus. Dia hampir terlupa hal itu. Dia memandang wajah Tan Sri Hamid dan pandangannya beralih pada Puan Sri Mariam. Masing-masing sedang menanti jawapan darinya.

Rasya menarik nafas panjang dan membaca bismillah di dalam hati lalu dia menganguk kecil.

" Rasya setuju. Rasya akan kahwin dalam masa terdekat tapi Asya hanya akan kahwin dengan pilihan Asya. " Jawab Rasya. Walaupun hatinya menangis dengan jawapan yang dia berikan pada daddy namun dia terpaksa akur. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnyaa. Rasya... kau cari masalahhh 😭

" Jadi Rasya setuju lah untuk kahwin dalam masa terdekat? " Soal Puan Sri Mariam inginkan kepastian. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar tadi.

Rasya membalas dengan anggukan lemah. Lalu dia memandang daddynya. Terlihat Tan Sri Hamid sedang tersenyum gembira.

"Alhamdulillah. Daddy tahu Asya memang takkan kecewakan daddy. Bila nak bawa bakal menantu daddy jumpa daddy? " Soal Tan Sri Hamid dalam nada gembira. Sungguh kegembiraan Tan Sri Hamid langsung tidak boleh di gambarkan. Sudah lama mereka tidak melihat Tan Sri Hamid gembira seperti ini.

" Kalau tak jumpa tak boleh ke daddy? " Terasa bodoh dengan soalan sendiri

" Mana boleh Asya. Kami mahu tahu juga macam mana lelaki tu. Kalau boleh suruh lelaki tu masuk meminang terus. Lagi cepat lagi bagus. " Balas Tan Sri Hamid.

" Ohh haa yelaa. Nanti Rasya cakap dengan BAKAL MENANTU daddy tu ye. " Saja di tekankan perkataan ' bakal menantu ' itu kepada Tan Sri Hamid.

" Jangan lambat sangat. Daddy takut tak sempat. "

" Tak sempat? Daddy dengan mama ada plan nak pergi mana-mana ke? "

Tan Sri Hamid membalas dengan gelengan. Lalu soalan Rasya tidak dijawab. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran Rasya namun di diamkan saja.

Telefon Rasya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ' Kesayangan saya. ' di skrin telefonnya. Ini pasti kerja Firash. Rasya hanya membiarkan saja panggilan itu. Langsung tidak ada mood mahu melayan.

" Kenapa tak jawab panggilan tu? Mana tahu penting kan? " Soal Puan Sri Mariam.

" Asya malas. Lagipun ni kan tengah makan. Takde yang penting pun. " Balas Rasya mendatar.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Masih panggilan dari Firash.

' Dah orang tak jawab tu dahlah. Call banyak kali buat apa. ' Omel Rasya dalam hati. Geram betul dia dengan Firash. Telefonnya di senyap kan.

" Jawablah. Bising lah telefon Asya tu. Daddy nak makan pun tak senang. " Ujar Tan Sri Hamid. Rasya akur. Rasya terus mencapai telefonnya dan meminta izin untuk naik kebilik. Tan Sri Hamid dan Puan Sri Mariam hanya mengangguk kecil.

                             ----------

" Awak nak apa? " Soal Rasya selepas menjawab panggilan dari Firash.

" Saya nak awak. " Balas Firash.

" Serious sikit boleh tak Firash Mikhail. Sekali lagi saya tanya, awak nak apa ? " soal Rasya, tegas.

" Saya tengah serius lah ni. Rasya, will you marry me? "

Rasya mencebik. Tak habis mahu bergurau. Langsung tak kena masa.
" Cepat lah cakap awak nak apa. Saya nak tidur ni dah mengantok. "

Firash tergelak kecil.
" Sorry sayang. Saya kalau nak melamar awak bukan dalam telefon. Tak sweet langsung kalau dalam telefon. Sebenarnya saya nak jumpa awak esok. Boleh? " tanya Firash.

" Ohh dekat mana? Pukul berapa? Ada siapa je? "

" Amboi awak ni. Tanya soalan macam PI dah. "

" Jawab jelaaa Ash. "

" Ok sayang. Jangan lah marah-marah. Nanti cepat tua. "

Rasya membuat muka menyampah. Lantaklaa nak tua ke muda.

" Jumpa saya dekat tempat kali pertama kita jumpa. Lunch time dan hanya kita berdua saja. " Sambung Firash lagi.

" Hm okbye. " Baru saja Rasya mahu mematikan panggilan terus dihalang oleh Firash.

" Rasya kejap! " Jerit Firash sedikit kuat.

" Apelagi? " Balas Rasya, Malas.

" Awak okey ? ada apa-apa nak kongsi dengan saya ? " soal Firash dalam nada sedikit risau.

" Saya okey. Cuma penat nak tidur. "

" Okey. night babe. I love you. " Kemudian panggilan di matikan.

Rasya terpaku seketika. Sudah lama tidak mendengar seorang lelaki mengucapkan i love you padanya. Satu perasaan mula hadir di hatinya tetapi cepat-cepat di tepis rasa itu. Dia tidak mahu tersuka pada Firash. Takut hatinya dipermainkan sekali lagi. Cukup lah hanya sekali dia dipermainkan.

Kemudian Rasya merebahkan tubuhnya di atas katil. Kedengaran dia mengeluh panjang.

" Macam mana nak bawa bakal menantu untuk daddy? " Dia menekup mukanya dengan bantal. Macam-macam yang jadi harini. Dengan daddy, dengan Ash. Stress di buatnya. Lama-lama boleh gila. Tak lama selepas itu Rasya tertidur dalam kekusutan.

Mimpi indah Rasya 💕

•••

Update. Update. Update. Minggu ni lebih sikit lah nampaknya bunga update. Tak sanggup nak tolak permintaan orang 😂

hashtag bunga busy 😌👌🏻
bye 💕

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now