SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '

56.6K 2.3K 45
                                    

Selepas majlis tahlil selesai, Rasya meminta izin untuk naik ke bilik untuk merehatkan badan. Penat seharian menangis. Mata pun sudah kelihatan sembab. Lagi sikit dah nak serupa panda.

Sampai saja di bilik, Rasya terus merebahkan badannya di atas katil. Teddy bear pemberian daddynya dipeluk erat.
Baru beberapa jam daddy meninggalkannya dia sudah tidak mampu meneruskan hidup. Entah apa yang akan jadi selepas ini dia pun tak pasti. Tiada semangat untuk dia meneruskan hidup. Seolah-olah masa depannya sudah pudar.

Siapa sangka, apa yang selama ini Rasya rasakan memang betul-betul terjadi. Tan Sri Hamid sebenarnya sudah menunjukkan hint untuknya pergi cuma mereka saja yang tidak ambil serius tentang perubahan ketara Tan Sri Hamid.

Baru saja Rasya mahu melelapkan matanya, Iphone 6s nya berbunyi . Rasya melihat Whatsapp dari Amirah. Satu gambar Amirah hantar padanya. Tapi Rasya tak pasti itu gambar apa. Dari tadi loading saja. Macam tak bagi Rasya tengok je.

Zappp...

Rasa macam terkena sambar petir bila Rasya melihat gambar yang Amirah hantaf itu adelah gambarnya sedang berlutut di hadapan Firash. Caption
'Anak perempuan Tan Sri Hamid melamar lelaki pilot terkacak Air Asia di taman.'
Dari mana Amirah boleh dapat gambar ni dan siapa yang ambil gambarnya ketika itu? Caption minta kaki....

-Rasya Medina;
" Mana kau dapat gambar tu ? "

-Amirah Sofea;
" Dah kecoh satu twitter Rasya. Explain sekarang dekat aku. "

-Rasya Medina;
"Hm betullah tu. "

-Amirah Sofea;
" apa yang jadi dalam gambar tu betullah? Pagi tadi kau melamar Firash dekat taman ? "

-Rasya Medina;
" Ya. Aku terdesak dan terpaksa ikut cadangan gila kau tu. " balas Rasya dengan malas.

Satu panggilan masuk. Tertera nama Amirah. Rasya mengangkat panggilan itu dengan malas.

" Rasyaa! " jerit Amirah selepas panggilan di sambungkan. Takde salam takde hello terus menjerit. Gila apa?

" Kau tak payahlah menjerit. Sakit telinga aku. " Marah Rasya.

" Aku tak sangka kau berani melamar Firash dekat taman. Paling bestnya viral duh gambar kau tu. " Ujar Amirah.

" Siapa yang berani viral kan gambar aku ha? Caption takleh gempak lagi ke? " Soal Rasya dengan geram.

" Ada budak ni kata orang yang post tu nama dia 'Mak jemah' . Tapi aku tak tahu siapa mak jemah tu. Dia maybe jenis suka buat gosip murahan. Sekarang nama kau mesti kecoh satu Kuala Lumpur kan."

" Biar jelah. Esok lusa senyaplah tu. Malas aku nak fikir. " Ujar Rasya dengan malas.

Amirah terdiam seketika.
" Asya, Takziah tau. Sorry aku tak dapat datang sebab mama aku ni ha suruh aku berkampung dengan Johor lama-lama. "

" Takpelah kau ingat aku pun aku dah happy dah. Mira, aku nak tidur dulu. Byee Raa.. "

" Bye Syaa. Muah ciked."
Panggilan dimatikan. Malas Rasya mahu bercakap lama-lama di telefon. Badannya sudah terlalu letih.

Rasya menggelengkan kepalanya. Tak sangka ada juga orang mengintai dia dan Firash pagi tadi. Rasya membetulkan pembaringannya. Teddy bear pemberian daddynya dicium.

" Daddy, i miss you. Rasya harap Rasya dapat jumpa daddy dalam mimpi.. " Ujar Rasya seorang diri. Dia tersenyum kecil dan akhirnya dia melelapkan matanya.

                        --------------

Hari ini Firash akan terbang ke Australia selama seminggu. Jadi dia terpaksa meninggalkan Rasya. Kepergiannya ke Australia tidak diberitahu Rasya. Semalam Rasya banyak mendiamkan diri. Firash jadi tidak berani untuk bercakap terlalu banyak dengan Rasya. Harap selepas dia pulang dari Australia semuanya akan jadi seperti biasa.

Setiba di airport, Firash dikejar oleh sekumpulan wartawan. Entah apa yang wartawan tu nak pun Firash tak tahu. Firash hanya memberi satu senyuman pada wartawan itu.

" Encik ni Firash Mikhail ya? " Soal salah seorang wartawan.

" Yes i am. " Jawab Firash sambil mengangguk kecil.

" Boleh saya tahu, betulkah gosip mengatakan encik dilamar oleh anak perempuan Tan Sri Hamid dan Encik juga penyebab Tan Sri Hamid meninggal dunia? " Soal wartawan itu. Kali ini soalannya pedas dan betul-betul membuatkan Firash naik angin.

" Dilamar? Maaf saya tak pernah dilamar oleh siapa-siapa dan tentang kematian Tan Sri Hamid itu adalah ajal. Kenapa saya perlu dipersalahkan dan dikaitkan tentang itu? " Soal Firash kembali. Kali ini riak wajahnya bertukar menjadi bengis.

" Ada orang mengatakan encik dilamar di taman oleh Rasya Medina iaitu anak perempuan Tan Sri Hamid. Jadi disebabkan perbuatan itu, Tan Sri Hamid mengalami kemalangan atas sebab terkejut selepas mendengar khabar berita itu. "

" Macam saya cakap tadi. Ajal dan maut adalah di tangan Allah. Jadi saya tiada kaitan tentang kematian arwah. Tentang dilamar itu adalah tidak benar. Saya ulang sekali lagi. Tidak benar. Ketika saya dan Rasya sedang lepak ditaman, Rasya tergelincir. Mungkin orang sangka Rasya sedang melamar saya. Jadi saya harap hal ini jangan dibesar-besarkan lagi. Jangan ganggu kami. Saya mohon tolong hormati saya dan juga Rasya. Lagi-lagi Rasya baru lepas kehilangan daddynya. " Terang Firash panjang berjela-jela. Wartawan itu hanya mengangguk tanda faham.

" Adakah Encik Firash dan Cik Rasya ada hubungan istimewa? " Soal wartawan wanita bertudung.

" Setakat ini kami berdua masih dalam tahap perkenalan. Hubungan sebagai kawan itu iya. Lebih dari kawan setakat ini masih belum lagi. Doa-doakan lah. " jawab Firash tergelak kecil.

" Adakah Encik Firash berkawan dengan Cik Rasya hanya disebabkan Cik Rasya kaya? " Sekali lagi soalan panas keluar dari wartawan. Firash naik geram. Rasa macam nak belasah sorang-sorang je sekarang ni.

Firash menarik nafas panjang.
" Kalau dicakapkan tentang kaya atau pangkat saya rasa saya juga berduit tapi tidaklah sekaya keluarga dia. Tapi saya masih mampu untuk sara hidup saya. " Jawab Firash dengan tegas. Dia melihat jam ditangannya. Kalau berlama disini memang boleh lambat flight ni.

" Jadi kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu. Assalamualaikum. " Firash terus melangkah pergi. Tak suka berlama disitu. Nanti macam-macam hal dibangkitnya. Ada polis menghalang wartawan itu. Buat kecoh siapa suruh.

Firash menafikan tentang dilamar itu demi mahu menjaga nama baik Rasya dan juga keluarga. Lagipun dia tak mahu Rasya dikutuk atau dicaci hanya disebabkan hal itu.

Dari jauh Harriz hanya menjadi pemerhati. Dia tersenyum kecil. Tak sangka wartawan sanggup cari Firash sampai ke tempat kerjanya. Boleh jadi retis Firash macam ni.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now