TIGA PULUH DUA - Merayu

44.5K 1.5K 25
                                    

"Abang nak tanya sesuatu ni. " Ujar Firash teragak-agak. Rasya yang sedang menghirup air milo terus berhenti. Wajah Firash dipandang lama.

" Tanyalah.. " Balas Rasya pendek. Dah kenyang rasa malas pulak nak cakap banyak-banyak.

" Sayang mengandung ke? " Tanya Firash. Rasya mengerutkan dahinya lalu dia tertawa.

" Taklah abang. takkan secepat ni sayang mengandung. " jawab Rasya dengan tawa masih bersisa. Firash menggaru-garu kepalanya.

" Habistu sayang mengidam nak makan McD ni semua. Tu yang abang ingatkan sayang mengandung. " Jelas Firash.

" Abang, Asya tak mengandung lagi. Tekak Asya teringin nak makan McD sebab dah sebulan tak makan tau. "

Rasya merenung wajah suaminya yang kelihatan sedikit hampa.
" Janganlah kecewa sangat. Ada rezeki ada lah abang . Eee apalah kan baru lagi. " Hidung Firash dicuit.

Firash tersenyum dan tangan Rasya di genggam.
" Mana ada kecewa lah. Rezeki kita mesti ada nanti. Abang saje je buat muka. Dah siap makan dah ? "

Rasya mengangguk lalu mereka berdua bangun dari kerusi dan meluru keluar dari McD .

" Tapi lepas kahwin ni kan, sayang nampak berisi sikit. " kata Firash sambil berjalan bersama isterinya untuk ke kereta.

Rasya melihat dirinya dari atas hingga ke bawah. Memang kelihatan dia sedikit berisi . Mukanya di masamkan.
" Kalau Asya gemuk, abang tak sayang Asya ke ? " soal Asya dengan suara sedikit mundur.

Pipi gebu Rasya di cuit.
" Abang tetap sayang isteri abang yang cantik, comel ni. " Tangan Rasya di letakkan di dadanya.

" Hanya nama sayang sorang saja yang bertakhta di hati abang. " Terus tubuh Firash di peluk oleh Rasya.

" Nanti abang fly ke istanbul jangan lupa Asya tau. "


" Nama sayang ni selalu ada dalam fikiran abang tau! Tak mungkin abang lupakan sayang. " Katanya lalu pelukan dileraikan.

" Kita nak sweet-sweet balik nanti eh. Ramai orang tengok adegan kita ni " Kata Firash lagi. Pipi Rasya mula merona merah. Rasya memandang kiri kanan. Bahu Firash di pukul manja.

Rasya mencebik.
" Mana ada orang tengok! memandai je. "

" Eee nak tunggu orang tengok juga kan dia ni. Dah dah masuk kereta cepat. " Arah Firash. Rasya mengejek suaminya lalu dia terus masuk ke dalam kereta. Firash menggelengkan kepalanya beberapa kali.

" Pikir comel lah tu ejek-ejek kita... " gumam Firash.

" Cepatlah ! Asya dah ngantok. " Jerit Rasya di dalam kereta. Firash cepat-cepat menaiki kereta dan menghidupkan enjin kereta. Isterinya di pandang sekilas lalu dia terus memandu untuk pulang ke rumah.....

------------

Naik berang juga Umairah dibuatnya. Dari tadi Daniel tak habis-habis menelefonnya. Entah apa dia nak lagi pun Umairah tidak tahu. Dulu masa kita merayu suruh rujuk tak mahu. Sekarang sibuk cari. Hati ini sudah hilang rasa cinta pada Daniel. Sedikit pun sudah tiada sejak kejadian minggu lalu.

Panggilan yang ke tiga puluh kali baru lah Umairah angkat. Tak tahan sebab dari tadi telefonnya asik bergegar saja.

" Tolong aku Umai. Tolong aku dapatkan Rasya. Aku dah tak tahan hidup tanpa dia Umai. " Rayu Daniel dalam esakan. Hati Umairah semakin sakit bila mendengar Daniel menyebut nama Rasya. Ingatkan mahu meminta maaf tetapi rupanya mahu meminta tolong untuk mendapatkan Rasya. Huh buang masa saja mengangkat panggilan dari Daniel ni. Terdetik rasa menyesal di hatinya.

" Heh. Haritu you kata boleh buat sendiri. Eh tiba-tiba harini call I merayu-rayu minta tolong. Kesiannya you ni Dani. Nak pikat hati orang pun nak minta tolong dekat I . " Balas Umairah sinis. Sakitnya hati ni hanya Allah saja yang tahu.

Kata-kata pedas Umairah di buang tepi. Daniel memang memerlukan pertolongan Umairah sekarang ini.

" Please Umai. You sorang je yang I ada untuk I minta tolong. Please I merayu sangat-sangat. I sanggup buat apa pun asalkan you sanggup tolong I . " Bersungguh-sungguh Daniel mahukan pertolongan dari Umairah.

" You merayu sampai melutut pun I TETAP TAKKAN TOLONG YOU! " Terus panggilan di matikan. Telefonnya di campak ke sofa.

Dia menjerit geram.
" Dengan sekelip mata je aku dah hilang orang yang aku sayang dan dengan sekelip mata jugaklah orang yang aku sayang berubah. Ya Allah kuatkan aku. " Rintih Umairah.

Kenapa lah Daniel jadi seteruk ini.

-------------

Daniel menghempas telefonnya ke lantai. Habis berkecai telefonnya itu. Bila marah, barang yang menjadi mangsa.

Susah sangat ke untuk Umairah menolongnya? Cuma sekali ini saja dia meminta tolong. Selepas Rasya menjadi miliknya, dia berjanji dia tidak akan menganggu Umairah lagi. Tetapi Umairah tetap tidak mahu menolongnya. Argh!

Naik separuh gila dia dibuatnya. Lagi-lagi bila melihatkan kemesraan Firash dan Rasya. Ada satu perasaan menyesal bila meninggalkan Rasya dahulu. Kini bila dia datang ingin mendapatkan Rasya semula semuanya sudah terlambat. Rasya sudah pun menjadi milik orang lain.

Berkali-kali dia cuba untuk memusnahkan rumah tangga mereka, berkali-kali juga lah dia gagal. Kuatnya jodoh mereka berdua .

" Bukan sekarang untuk aku mengaku kalah. Aku boleh dan aku sangat yakin yang aku boleh! " Kata Daniel memberi semangat buat dirinya. Bukan mudah untuk duda terlajak kejam ini ingin mengaku kalah :'))

••••••

PROMOTE STORY;

Bacalah story dari

Syeeralitas - PENANGAN CINTA ITU & SUAMIKU LOKAL.

Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now