ENAM - ' Awak bukan kawan saya '

60.7K 2.5K 38
                                    

Penat menguruskan hal pejabat, Rasya melentokkan kepalanya di meja. Baru saja matanya mahu terlelap tiba-tiba dia baru teringat yang dia ada temu janji bersama Firash. Dia melihat jam di tangannya sudah pukul 1 tengahari. Dia memukul dahinya dengan perlahan. Sibuk dengan hal pejabat, semua benda boleh terlupa. Rasya mencapai beg tangannya dan bergegas keluar dari bilik.

" Zahirah, Saya nak keluar. Kalau Encik Hafiz tanya saya pergi mana cakap saya jumpa client. " Pesan Rasya pada Zahirah, PA nya.

" Client yang mana Cik Rasya? " Soal Zahirah.

" Tak kisah lah yang mana-mana. Saya nak cepat ni. Byee. " Rasya membuka langkah seribu. Dia ingin cepat. Pasti Firash akan marah padanya.

Kesiann Firash....

 
                             ----------

Sampai saja di KFC, Rasya terus mencari kelibat Firash. Dia terlihat Firash sedang duduk bersendirian. Mujur Firash masih sanggup menunggunya. Di atas mejanya kelihatan kosong, langsung tiada makanan. Rasya merasa serba-salah. Mesti Firash dah lama tunggu aku. bisik hati Rasya.

Dia mengatur langkah ke arah Firash dan mengambil tempat bersebelahan Firash. Firash tidak perasan atas kehadirannya. Firash sedang asyik termenung sambil memandang pasangan kekasih ataupun pasangan suami isteri Rasya sendiri kurang pasti.

" Firash... " Sapa Rasya dengan lembut. Macam wanita melayu terakhir gayanya. Firash tersentak. Lamunanya terhenti apabila tersedar namanya dipanggil. Firash menoleh ke kanan dan memberi senyuman kelat buat Rasya.

" Lama awak tunggu saya ? " Soal Rasya. Firash sekadar membalas dengan gelengan. Antara ' tidak atau tak apa ' Rasya pun kurang pasti.

" Awak dah makan? " Soal Rasya lagi. Firash masih membalas dengan gelengan. Aik dah bisu ke Firash ni?

' Marah sangat ke sampai nak bercakap pun taknak? ' Gumam Rasya dalam hati.

" saya pergi order makanan kejap. Awak tunggu sini. " kata Rasya. Baru saja Rasya ingin bangun, tangannya ditarik lembut oleh Firash.

" Saya tak lapar. Tak payah susah-susah order kan untuk saya. " balas Firash dengan suara sedikit perlahan. Terdengar suara Firash seperti orang sedang menahan diri dari menangis.

Rasya duduk semula. Wajah Firash dipandang .
" Awak marah kan saya ke sebab datang lambat ? "

" Saya tak marahkan awak... " jawab Firash. kemudian suasana menjadi sunyi seketika.

Mata Firash kembali memandang pasangan tadi dengan pandangan sayu. Rasya menoleh ke belakang untuk melihat apa yang Firash lihat . Dua pasangan berpangkat makcik pakcik yang sedang duduk berdua-duaan sambil menjamu selera. Sesekali terdengar gelak tawa mereka berdua.

" Kenapa dengan diorang? " soal Rasya ingin tahu.

" Diorang ? siapa ? " soal Firash kembali

" Kenapa dengan pakcik makcik tu ? awak tengok diorang dari tadi sampai saya dekat depan pun awak tak perasan. Siapa diorang ? " soal Rasya sekali lagi. Firash terdiam seketika.

" Dia ibu saya. Mungkin sebelah ibu tu teman lelaki ibu . " jawab Firash, teragak-agak.

" teman lelaki ? dia bukan ayah awak ? " soal Rasya dengan muka yang agak terkejut.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now