DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )

63.4K 1.9K 14
                                    

Alhamdulillah mereka selamat sampai di kampung bukit panjang, Melaka. Firash cuba mengingat kembali di mana terletaknya rumah Nenek Senah. Matanya melilau mencari-cari rumah neneknya. Tiba-tiba Rasya menjerit menyuruhnya berhenti. Terus Firash berhenti secara mengejut.

" Sayang kenapa ni ? " tanya Firash, risau. Tiba-tiba saja di suruh berhenti.

Rasya terus turun dari kereta dan pergi ke rumah kayu yang dicat berwarna biru. Kelihatan seperti sudah lama tidak ada penghuni tetapi masih cantik lagi. Rasya berjalan perlahan-lahan masuk ke pekarangan rumah itu .

Firash sedikit pelik. Dia ikut turun sama dan menuju ke arah isterinya. Bahu isterinya dipegang.
" Kenapa sayang ? " tanyanya lagi.

" Rumah ni. Saya macam pernah pergi tapi saya tak berapa ingat. " Rasya memegang kepalanya. Dia cuba untuk mengingat sesuatu.

" Rumah Nenek Senah..... " kata Rasya, perlahan. Firash sedikit terkejut.

" Sayang ingat rumah Nenek Senah ? " tanya Firash inginkan kepastian.

Rasya masih memegang kepalanya sambil memejamkan matanya.
" Ahh sakit... " Ngadu Rasya. Firash mula kerisauan.

" Sayang, jangan terlalu memaksa. Nanti sayang sakit.... " kata Firash dalam kerisauan. Rasya perlahan-lahan membuka matanya. Dia terlihat dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain masak-masak di pondok. Kanak-kanak lelaki itu kelihatan seperti Firash dan perempuan itu pula kelihatan seperti dirinya. Gembira saja mereka bermain. Tetapi tiba-tiba ada api datang menyerang mereka berdua.

Rasya terkejut lalu dia menutup matanya kembali kerana takut api itu masuk ke dalam matanya. Dia mula membuka matanya semula, kosong tiada apa-apa. Cuma ada Firash yang sedang berdiri di hadapannya.

" Awak okey tak sayang ? " Soal Firash lagi. Rasya kelihatan seperti dalam ketakutan.

Laju Rasya mengangguk.
" Saya okey... " balasnya pendek.

" Kita balik kl boleh? " tanya Rasya pula.

" Kita baru sampai. Saya tengah cari rumah nenek saya. Nenek Senah. " balas Firash.

" Ini lah rumah Nenek Senah. " kata seorang pakcik dari belakang Rasya. Rasya terkejut terus dia memeluk tubuh Firash dengan erat.

" Sayang, ini ketua kampung. Jangan takut. " Pujuk Firash. Belakang badan Rasya diusap. Dia cuba menenagkan isterinya yang dalam ketakutan. Dia tahu, isterinya sudah mula ingat sedikit demi sedikit.

" Kenapa anak cari rumah Nenek Senah ? Anak ni siapa ? " soal ketua kampung. Firash tersenyum . Rasya masih lagi dalam pelukan Firash.

" Saya cucu Nek Senah. Tu yang saya datang sini nak melawat dia tapi saya lupa dekat mana rumahnya. " jawab Firash sambil tersenyum.

" Kamu cucu Senah Firash Mikhail tu ya ? " tanya Pak Mat iaitu ketua kampung bukit panjang . Firash mengangguk laju . Firash kenal lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini.

" Saya lah tu. Pakcik ni pula Pak Mat kan ketua kampung ? " Pak Mat mengangguk .

" Ya ya betul lah tu. Tapi nenek kamu dah lama dah meninggal dunia. " Firash terdiam seketika. Pelukan Rasya di lepaskan. Rasya juga kelihatan seperti sudah mula tenang.

" Kenapa saya tak tahu nenek dah meninggal ? " tanya Firash sedikit kecewa kerana dia tidak sempat berjumpa dengan neneknya. Walaupun dahulu neneknya tidak menjaganya dengan baik, tetapi dia masih nenek Firash. Tetap Firash sayang orang tua itu sepenuh hatinya.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now