EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali

43.5K 1.4K 38
                                    

9 bulan kemudian......

Firash datang dekat pada isterinya yang sedang duduk termenung di taman mini. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya lalu dia memandang langit dan mula mengira-ngira bintang.

Rasya tersenyum kecil.
" Abang takkan berjaya kira bintang dekat langit. " Kata Rasya memecah hening. Firash tertawa kecil.

" Macam tu juga cinta abang pada sayang. Tak terkira banyak dia. " ujar Firash, sambil tersenyum.

Rasya memandang suaminya.
" Abang, mama sihat? " tanya Rasya.

" Mama macam tulah sayang. Kurung diri dalam bilik . " Balas Firash.

" Rasya rindu sangat dekat mama. Tapi Rasya takut nak jumpa mama. " Beritahu Rasya dalam nada perlahan namun masih mampu di dengari oleh Firash.

Firash memeluk bahu Rasya dan kepala Rasya di lentokkan di bahunya.
" Kita jumpa mama jom ? " ajak Firash.

Rasya menggeleng laju.
" Taknak. Mama dah buang Asya. Asya tak berani nak jumpa mama. "

" Abang teman sayang jumpa mama.. " Rasya terdiam. Dia mula terimbau kembali apa yang terjadi sembilan bulan yang lalu.

9 bulan yang lalu.

" Kalau kamu keluar dari rumah ni, kamu bukan anak mama lagi Rasya Medina ! " Teriak Puan Sri Mariam. Rasya berhenti melangkah lalu dia menoleh kebelakang dan menatap wajah mamanya.

Air matanya sekali lagi menitis.
" Sampai macam tu sekali mama benci Asya ? " soalnya. Puan Sri Mariam tidak menjawab.

" Mariam, kamu tak boleh buat Rasya macam tu. Macam mana sekalipun dia tetap anak kamu. Darah daging kamu. " Sampuk Puan Katrina.

" Dia bukan anak saya . " Kata Puan Sri Mariam sambil memandang wajah Puan Katrina sekilas. Puan Katrina hilang kata. Dia tidak tahu tentang Rasya bukan anak Puan Sri Mariam. Dia melangkah kebelakang setapak. Tidak mahu masuk campur.

Air mata Rasya semakin deras mengalir .
" Rasya cuma nak balik rumah, nak tenangkan fikiran. Bukan Rasya minta mama buang Rasya. Rasya cuma rindukan rumah Rasya. Rasya- " Rasya terduduk di lantai sambil menangis. Dia bukan minta di buang. Dia cuma mahu ruang untuk dirinya. Kebelakangan ini terlalu banyak masalah yang dia perlu hadap. Dia tidak mahu kandungannya dalam masalah jika dia terlalu tertekan. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang sekali lagi.

" Mama tolong jangan hukum isteri Firash macam ni sekali. Dia tak berdosa ma. Kenapa mama buat dia macam ni sekali? " tanya Firash dengan suara sedikit meninggi. Dia betul-betul kecewa dengan sikap ibu mertuanya.

" Dalam diam sebenarnya dia pemusnah segalanya. " ujar Puan Sri Mariam seperti manusia tidak mempunyai hati. Sudah hilang rasa sayangnya pada Rasya dengan sekelip mata.

" Mama ! Mama dah melampau ! Pemusnah yang mama katakan ini tak wujud lagi masa daddy curang. Pemusnah ni juga beri kebahagiaan dalam keluarga ni. Mama lupa ? Kenapa cerita lama mama perlu ungkit semula sedangkan mama dah pernah terima segalanya dengan seikhlas hati. Bukan ke mama dah redha? Apa selama ini mama cuma berlakon di hadapan daddy masa daddy hidup ? "

Belum sempat Puan Sri Mariam menjawab, Rasya sudah memotong.

" Tak apa. Asya terima yang mama memang dah benci Asya. Mama memang dah buang Asya dalam hidup mama. Hukumlah Asya agar dendam mama terbalas. Hukumlah tapi Asya mohon jangan salahkan daddy dalam hal ni. Maafkan daddy ya ma? Biar dia tenang di sana. Biar Asya yang tanggung segala kesilapan yang pernah daddy buat pada mama. " Sebak Rasya menutur kata.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now