BAB 2

11K 353 9
                                    

Mahal betul makanan kat kafe diorang. Cekik darah betul. Esok memang aku bawa bekal dari rumahlah jawabnya. Makanan semua dahlah western,japanese,chinese and korean. Apa dia fikir aku makanlah benda-benda tu. Kenapalah sekolah ni perlu ada related dengan korea. Tak faham betul aku. Buat aku teringat kat dia je. Macam mana lah dia kat sana. Mesti best kan kat Korea. Dah lah lama tak contact. Mesti dia dah lupa aku.

Edlynn menatang kentang putar dan coslow ke meja yang kosong berhampirang kaunter. Makanan itupun dah £7. Habis duit poket aku seminggu ni.

"Perempuan kampung memang makan ini je ke? Tapi tak loya pulak tekak makan makanan ni." Sekumpulan perempuan gedik datang menghampiri Edlynn. Ketua mereka, Eriqa mengejek Edlynn yang sedang mengunyah coslow. Diana pula sedang mengaul kentang putar dengan penuh jijik.

"Korang jangan kacau dialah. Pergi sebelum aku report kat Headmister." Tengking seorang perempuan yang sedang menatang sepinggan Lasagna Cheese dan 2 gelas jus tembikai. Pantas Eriqa and the gang beredar dari situ sebelum gadis tersebut melabuhkan punggung di sebelah Edlynn.

"Terima kasih tolong saya."ucap Edlynn.
"Small matter. Lagipun Danial yang suruh kawan dengan kau. Aku,Natalia dé la Valianté. Panggil aku Natalia je. Kau Edlynn kan? Nice name." Ujar Natalia lalu menyuap lasagna ke mulutnya. Dia menghulurkan segelas jus tembikai kepada Edlynn. Terlihat muka pelik Edlynn yang tidak surut dari tadi.

"Amik je lah. My treat. Lagipun ko tak beli air tadi. Tak payah berterima kasih sebab aku tahu latar belakang kau. Danial dah bagitau. Kafe sini memang mahal." Terang Natalia.

"Tapi, aku pelik. Apa hubungan ko dengan Danial and kenapa Danial prihatin pulak kat aku?"soal Edlynn sambil menyedut jus tembikai. Dahaga pula.

"Aku dengan Danial tu kawan baik. Kalau ko tengok dia berkepit dengan 3 orang lagi tu,tu kawan baik dia. Memang sahabat gilalah. Lagipun diorang tu hot kat sini.
Tengku Danial Hafiz Park,pewaris tunggal Paradigma Group,syarikat perkapalan ternama kat Malaysia ni dan ada menceburi bidang -bidang.Rayyan Hadad pulak anak kepada Aiden Hadad seorang pemuzik dan Rayyan handal bermain 30 alat muzik moden dan tradisional serta penggubah lagu yang disegani. Umarais Lee Jae Hwan adalah keluarga pembuat tembikar yang terulung di seluruh dunia. Syed Ahmad Faizwan Haikarl pula ialah pewaris tunggal Syarikat Textline iaitu syarikat tekstil yang sangat terkenal di Malaysia. Diorang digelar F4.Kau beruntung tau Danial sendiri suruh aku berkawan dengan kau. Kau ada apa-apa ke dengan Danial?" Terkedu Edlynn. Dia menggeleng laju.

"Tak pernah aku berkenalan dengan si lembik tu." Nafi Edlynn.

"Eh,Edlynn. Aku balik kelas dulu eh. Waktu rehat pun dah nak habis."

"Tunggu. Saing aku lah. Kau kelas mana?" Soal Edlynn.

"5 SA 2. Kelas sebelah kau." Balas Natalia.
Dua sahabat baru beredar meninggalkan kafe yang semakin lengang itu.

***

"Mak,Ed dah balik." Edlynn menjerit memanggil ibunya yang biasanya menyahut kembali sahutannya. Matanya melilau mencari ibu bapanya. Tiba-tiba,telefon rumahnya berdering. Edlynn terlopong apabila dikhabarkan ibu bapanya meninggal dunia dalam perjalanan untuk ke kedai pakaian milik keluarga mereka. Dunianya seakan berhenti berputar. Rasa macam baru pagi tadi dia menyalami tangan sejuk ibu bapanya. Patutlah tadi pagi ibunya seakan ingin meninggalkannya apabila memeluknya dengan erat dan memesan supaya dia menjadi anak yang baik.

Urusan pengebumian ibu bapanya dilakukan secepat mungkin dan diuruskan dengan bantuan pihak hospital. Sesungguhnya dengan pemergian ibu bapanya maka Edlynn hanya sebatang kara di dunia ini.

Dah seminggu Edlynn tidak hadir ke sekolah. Sibuk menguruskan pampasan ibu bapanya dan insurans. Kedai pakaian juga diuruskan seorang diri. Edlynn merancang untuk mengubah kedai tersebut menjadi butik seperti yang diidamkan ibunya sebelum ini menggunakan duit pampasan dan insurans.

***

Dengan azam baru,Edlynn menyarungkan uniform Victoria Private High School yang terdiri daripada kemeja lengan pendek berwarna putih dan vast berwarna coklat terang sebelum dihiasi dengan kot singkat berwarna coklat gelap. Tidak dilupakan skirt coklat terang paras atas lutut dan sepasang kasut Vans berwarna hitam. Edlynn ingin belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian sebagai fashion designer yang terkenal di Malaysia. Dia menempek sedikit bedak kompak dan mengoleskan sedikit lips balm sebelum diakhiri dengan semburan minyak wangi Ralph Lauren. Rambut perangnya pula diikat satu. Siap. Edlynn melangkah penuh yakin menuju ke sekolahnya.

"Edlynn......" teriak Natalia dengan penuh teruja apabila Edlynn melangkah masuk ke kelasnya. F4 melihat Edlynn dengan penuh teruja kecuali Rayyan dan Danial. Terbantut perbualan mereka sebentar tadi. "Hai." Natalia beralih dari tempat duduk Edlynn memberikan ruang kepada Edlynn untuk meletak beg sandangnya.

"Mana kau pergi seminggu ni?" Soal Natalia penuh risau. Dia sudah menarik kerusi di hadapan Edlynn.

"Mak dengan abah aku baru meninggal so aku uruskan diorang dengan renew kedai aku."terang Edlynn. Sebak hatinya mengingat ibu bapanya sudah tiada di sini.


"Sorry. My bad. So,ko tinggal dengan siapa?"tanya Natalia.

"Sorang. Dah biasa dah. Lagipun busy uruskan butik."
"Kau ada butik?"
"Milik keluarga"
"Eh,aku balik dululah. Kejap lagi Miss Jennie masuk. Bye." Natalia berlalu meninggalkan kami.
"Kau sedih lagi ke?"soal Umar.
"Apa punya soalan kau ni? Mestilah dia sedih lagi." Ujar Faiz lalu meluku kepala Umar. Mengaduh si Umar. Edlynn hanya tersenyum hambar lalu memandang ke luar tingkap.
"Petang ni tunggu kat taman. Pukul 4" arah Danial.
"Buat apa?"soal Edlynn.
"Ikut je lah."

-----------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now