bab 26

6.7K 251 5
                                    

Teejay Murray As Emir Aqasha
----------------------------------

Hampir 2 minggu Danial tidak sedarkan diri akhirnya dia berjaya bangun dari lena yang panjang. Mujur tiada kecederaan dalaman. Siap menggedik minta Edlynn masakkan bubur untuknya.

"Nah. Aku dah buatkan bubur untuk kau. "Edlynn menghulurkan tupperware yang berisi bubur nasi. Danial mengerutkan dahinya.

"Alah, suapkan untuk akulah. Tangan aku masih sakit ni. Kebas. "Adu Danial. Edlynn memutarkan bola matanya 360° tanda menyampah.

Diambil sudu dan disuapkan bubur ke mulut Danial yang sedia menganga luas.

"Ganasnya. Macam manalah kau nak suapkan anak kau nanti? "Rungut Danial. Edlynn mencebikkan bibirnya.

"Anak aku bukan anak kau. Pandailah nak uruskan. Lagipun lama lagi aku nak kahwin. "Balas Edlynn. Danial mengangkat bahunya sedikit. Tanda tidak mahu ambil port.

"Danial. Memang kau bagi aku klu untuk cari ayah kandung aku eh? "Soal Edlynn. Sudah lama dia ingin bertanya tetapi selalu terlupa.

"Aku memang dah tahu. Lepas kau keluar dari rumah, aku paksa daddy cerita. Tapi, aku nak kau cari sendiri. Biar kau percaya dengan mata kepala kau. Pasal pembunuhan ayah kau tu, kau cari sendiri. Usaha itu mulia. Jangan harap aku je. "Kat Danial. Pantas Edlynn menumbuk lengan Danial. Mengerang kesakitan si Danial kerana tempat berkenaan ialah tempat di mana peluru tertanam.

"Opss. Sorry. Sengaja. "Kata Edlynn. Tersengih kecil dia.

"Edlynn. "Tegur Nadia. Edlynn menoleh.
"Saya nak buat medical check up pada Danial. "Edlynn memberikan ruang kepada Nadia. Tupperware berisi bubur diletakkan di atas meja.

"Tuan. "Sapa Nadia. Danial hanya mengangguk. Danial membuka baju pesakit. Gosh, nampak six packnya yang sangat cantik. Well trained. Terdapat balutan di bahu kiri, lengan kanan dan perutnya. Nadia membelek balutan tersebut.  Dibuka sedikit balutan itu. Tetiba Edlynn berasa cemburu. Erkk.. Jealous??

"Esok dah boleh buka balutan ini. Luka luaran pun hampir sembuh. Nanti saya suruh nurse tukar balutan awak. "Kata Nadia.

"Eh, tak payah. Biar Edlynn yang buat. Lagipun, dia kan bakal isteri saya. "Tegah Danial sambil mengukir senyuman paling manis kepada Nadia. Edlynn yang berada di belakang Nadia menjengilkan matanya kepada Danial.

"Baiklah, Tuan. Saya keluar dulu. Nanti nurse masuk bagi peralatan mencuci luka. "Nadia terus mengorak langkah keluar wad.

"Siapa nak tolong kau hah? Buatlah sendiri . Cakap aku ni bakal wife kau lah. Mengada-ngada. "Edlynn memeluk tubuhnya.

Seorang nurse masuk memberi peralatan mencuci luka kepada Edlynn. Diberikan senyuman palsu kepada nurse tersebut oleh Edlynn.

"Hah. Buat sendiri. "Edlynn meletakkan mangkuk besi berisi peralatan mencuci kepada Danial.

"Tak baik tau aniaya insan yang lemah macam aku ni. Tolonglah. Edlynn Adrianna kan manusia paling baik Danial Hafiz pernah jumpa. "Danial memuji Edlynn dengan sangat tinggi. Edlynn yang berasa kasihan menolong mencuci luka Danial.

Dibuka balutan lama. Kemudian, dia membersihkan luka dengan air. Setelah diletak ubat sakit dan dibalut semula. Tiga kali dia ulang buat benda yang sama.

"Dah, siap. Aku nak balik dululah. Dah pukul 12 tengah hari. Nak lawat butik lagi. "Kata Edlynn. Dia mengambil beg tangannya di atas meja. Tupperware dibiarkan.

"Bubur tu habiskan. Kalau tak habis, aku siat kulit kau hidup-hidup. Esok, aku datang lagi. "Edlynn melangkah keluar dari wad. Meninggalkan Danial yang sedang menyarung kembali pakaian pesakit.

"Bye, sayang, "Laung Danial tatkala Edlynn membuka pintu wad. Beberapa orang nurse yang berada di luar turut mendengar. Tersenyum kecil melihat Edlynn. Edlynn membalas senyuman itu. Tahan malu. Tergesa-gesa dia keluar dari hospital itu.

Bukk

Edlynn terlanggar seseorang. Seorang askar juga.

"Sorry. Tak nampak awak tadi. "Kata lelaki itu sambil tersenyum. Edlynn hanya tersenyum kecil.

"Emir. "
"Hah"
"Nama saya Emir Aqasha. But, you can call me mine."sakat Emir. Muka Edlynn mulai memerah. Blushing.
"Oh, Edlynn. Edlynn Adrianna. "Edlynn memperkenalkan dirinya. Emir mengeluarkan dompetnya. Dihulurkan kad nama kepada Edlynn.
Call lah saya kalau free. I'm always free for you. "Emir menjual minyak lagi.

"Sure. I have to go now. Bye. "Edlynn melambai tangan ke arah Emir.

"Jumpa lagi. Bye. "Jawab Emir sebelum melangkah ke Hospital Tentera. Edlynn melajukan langkah ke keretanya. Degup jantungnya makin laju. Huh, selepas blushing dengan Danial, Edlynn berasap malu pula dengan Emir. Ditatap kad nama itu.

Kolonel Emir Aqasha Bin Jeneral Tan Sri Dr. Haji Abdul Razak.
Angkatan Tentera Malaysia.
CFO Bumisakti Enterprise.

Wow! Not bad! Patutlah badan sado. Edlynn memuji Emir. Terukir senyuman manis di bibirnya.

                                      ***
"Lepas ni kau stay mana? "Soal Edlynn sambil mengemas pakaian Danial.
"Rumah daddylah. Mana lagi? "Danial bermain dengan IPhone 9.0s Nucleus Pro berwarna gold miliknya.
"Alamat masih sama ke? "
"Erm"gumam Danial yang masih ralit bermain game.
"Rayyan mana? "Soal Danial.
"Oh, diorang semua tak dapat datang hari ini. Rayyan ada kerja kat studio. Umar dan Nat honeymoon kat Maldives and Faiz kat Dubai lagi. So aku jelah yang lawat kau. Kira ok apa aku yang visit kau. Baik jugak kan. "Kata Edlynn. Dia menzip beg pakaian Danial.

Pintu dikuak. Emir melangkah masuk.

"Eh, Edlynn. Lawat Tuan Danial ke? "Soal Emir. Edlynn menunjukkan muka hairan.
"Ehem. "Danial berdehem.
"Oh, maksud saya Danial. Hah, Danial. "Kata Emir.
"Haah. Kenalah lawat. Nanti dia merajuk, susah nak handle. "Perli Edlynn. Danial mencebikkan bibirnya.
"Hahaha. What a surprise Danial merajuk! "Bahagia Emir mentertawakan Danial. Danial berasa panas hati.
"Eh, Danial. Kau dah boleh keluar wad, kan? "Soal Emir selepas berhenti ketawa. Danial mengangguk.
"Jom, aku belanja makan. Kau nak makan apa? No worries. My treat. Mind to join us, Miss Edlynn? "Ajak Emir. Edlynn mengangguk sahaja.
"Dah jom. Edlynn bawa kereta kan? Tak apa. Follow je saya. Danial, kau naik aku. Kita pergi restoran favourite kau. "

Mereka bertiga terus keluar dari Hospital Tentera. Lamborghini Aventador Pro dan Audi TT9 meluncur laju membelah jalan raya .

-------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now