bab 42

6.2K 222 3
                                    

Edlynn melepaskan lelah di tepi gunung. Huih, penatnya daki gunung ni. Sumpah tak nak ajak Danial pergi sini lagi. Danial sudah jauh meninggalkannya. Kurang ajar punya suami. Baik! Hwaiting, Edlynn!!!

Edlynn menyambung pengajiannya. Taklah mencabar sangat gunung ni. Cuma stamina tak kuat. Aktiviti pendakian ni pun tak dirancang. Spontan dari Danial. Tak mahu mengalah, Edlynn menurut. Ingat aku lembik ke?

Batang kayu yang dijadikan tongkat sudah hampir patah rasanya. Mujur perjalanan dah tak jauh. Dari jauh, Edlynn sudah nampak Danial. Sedang meminum secangkir kopi panas. Sambil membelek telefon. Santai sahaja gayanya. Macam dah biasa daki gunung. Opss, lupa. Latihan tentera lebih teruk dari ni.

"Heh! "Lepas Edlynn. Kopi yang berada di atas meja dihirup.

"Hah!! "Laung Edlynn. Lega tekaknya dapat minum air panas. Dari tadi minum air kosong je. Bagpack yang dibawa diletakkan di bawah meja.

"Penat? "Soal Danial. Laju Edlynn mencerlung melihat Danial.

"Tak. Suka gila ni hah. "Sarkastik. Danial tertawa.

"Tulah. Nak juga daki gunung. Dah tahu le... Auuu.. "Danial menggosok lengan yang dicubit oleh Edlynn. Merah, woo.

"Ok. Aku senyap. "

Senyap. Sepi.

"Adrianna... "Edlynn berpaling. Danial tersenyum.

"Geli siak dengar ko panggil aku Adrianna. Ed sudahlah. "Ujar Edlynn. Tubuhnya meremang apabila Danial memanggilnya Adrianna. Macam ada aura. Cas negatif.

"Sedaplah Adrianna tu. Perempuan sikit. "Kata Danial. Edlynn mencebik. Apa selama ni aku tak cukup perempuan ke?

"Dahlah. Kita nak stay sini ke turun terus? "Soal Edlynn. Kalau boleh sebenarnya, dia tak mahu turun sekarang. Lelah tadi masih terasa. Haraplah Danial mahu bermalam di sini. Boleh lihat matahari terbenam kejap lagi. Mesti lawa.

"Tanya lagi? Turunlah. Malam kat sini mahal kut. 150 yuan semalam kut. "Edlynn menarik muncung. Malasnya.

"Kau penat ke? "Edlynn mengangguk. Danial pasrah.

"Aku bukan tak nak stay tapi lusa aku kerja. Jadi, aku tempah tiket paling awal esok pagi. So, nak tak nak kenalah balik cepat. "Terang Danial.

"Tapi kau janji seminggu kat sini. "Rungut Edlynn. Muncung itiknya sudah keluar.

"Nak buat macam mana? Aku kena pergi Berlin. Ada kursus kat sana. Tentera ni macam doktor juga. Ada kursus sana-sini. Kena tinggalkan keluarga. Bukan setakat pergi selamatkan orang je. Kau fahamkan skop kerja aku? "

Edlynn mengangguk. Hela nafas diambil panjang. Kena turun pula. Tak panas punggung lagi.

"Kau nak tengok sunsetkan? Kita tunggu kejap. "Putus Danial.

"Eh, tak payah. Nanti lambat pula sampai airport. Nan... "

Cup

Danial melepaskan ciuman di bibir Edlynn. Merah padam muka Edlynn. Apa ni cium kat public. Alah, kau sebenarnya suka kan? Mana ada. Ye. Aku tahu. Andwaeeee!!! (Tidak)

"Adrianna.. "Panggil Danial. Tersentak Edlynn. Apa aku fikir ni?

"Aa.. "

"Sunset.. "Jerit Danial. Hih, laki siapa ni? Tak kenal aku.

Danial berlari ke arah tebing gunung. Tak ke tepi sangat. Just nice untuk lihat matahari terbenam dengan cantik. Edlynn melangkah mendapatkan Danial.

Edlynn mengeluarkan iPhone 0.5s Prime Plus miliknya. Dirakam indah foto matahari terbenam. Danial memerhati Edlynn yang berasa sangat gembira dapat lihat matahari terbenam. Terukir senyuman di bibir.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now