BAB 4

9.1K 323 5
                                    

"Ini bilik kau. Depan ni bilik aku. Sebelah hujung tu bilik mummy dan daddy. Nanti aku bawa kau keliling rumah ni. Kau rehat dulu. "Terang Danial. Bagasi dan beberapa kotak tersusun elok di sebelah katil. Berisi pakaian dan buku-buku.

Edlynn merebahkan tubuhnya di tilam yang empuk itu. Serentak itu air-conditioner terpasang sendiri. Lampu bilik juga terpasang. Edlynn kagum dengan kecanggihan rumah agam Danial. Selisih 44 daripada rumahnya. Kipas angin pun sudah rosak dan menunggu masa untuk dibuang sahaja. Edlynn berasa tidak selesa apabila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang tiba-tiba mengambil berat akan dirinya. Dah buang tebiat agaknya. Aah, nak mandilah. Dah berlengas ni. Edlynn mencium bau badannya yang mashem itu. Yerkk, busuk. Dia mencapai tuala.

Wah, ada jakuzi. Bolehlah berendam lama-lama. Lilin aromatik juga tersedia. Jakuzi dipenuhkan dengan air. Sabun dipcit dan menghasilkan buih yang banyak. Pakaiannya dilucutkan dan Edlynn menenggelamkan dirinya ke dalam jakuzi itu. Hanya kepalanya dan sebahagian bahunya terdedah.

Klik.

Danial melangkah masuk ke dalam kamar tidur Edlynn. 'Tak adapun. Mana Minah ni. Dalam bilik air ke.' Tebak Danial. Kakinya melangkah ke kamar mandi. Tak berkunci. Matanya hampir hendak terjonol apabila melihat Edlynn tidak sedarkan diri di dalam jakuzi itu.

"Ed!! Bangun. "Raung Danial. Tangannya spontan menampar lembut pipi Edlynn. Edlynn yang baru hendak terlelap terjaga dek suara nyaring Danial. Matanya terbeliak melihat Danial di hadapannya dalam keadaannya yang tidak sempurna.

"Apa kau buat kat sini? "Soal Edlynn. Bahunya yang terdedah ditenggelamkan. Mujur buih cukup banyak untuk menyembunyikan tubuhnya yang tidak berbaju. Danial menarik nafas lega. Ingatkan Edlynn mati kelemasan. Ee, choy. Mulut.

"Aku ingatkan kau lemas ke apa. Kau pun satu. Kat tandas juga kau nak tidur. " Danial membela dirinya yang tidak bersalah. Edlynn merengus kegeraman. Matanya mencerlung melihat mata keranjang Danial menjamah tubuhnya.

"Apa kau tengok tu? Dah gi keluar sana. " arah Edlynn yang membahang malu. Danial tergelak kecil sebelum berdiri semula. "Hari ini dah dua kali kau nak goda aku. Haih, nasib aku ni kuat tau. Oklah, aku keluar dulu. Aku bagi masa 10 minit je untuk kau bersiap. Aku tunggu kat sofa depan bilik mummy. Jangan lambat. " arah Danial sebelum berlalu pergi. Edlynn menarik nafas lega melihat Danial sudah keluar. Tubuhnya dibilas dengan ait pancuran dan segera menyarung baju lengan pendek dan seluar trek.

Danial menunggu dengan penuh sabar sambil bermain dengan kuku gelas miliknya yang terletak elok di jarinya.

"Ehem. Aku dah siap. Cepatlah. "Edlynn mengejutkan Danial yang masih ralit bermain kukunya. Pantas Danial berdiri.

"Kita mula dari tingkat bawah. Hari ini kita buat house tour. "Ceria sahaja Danial memberitahu. Berlainan dengan perangainya di sekolah. Amboi, tahulah orang terlebih kaya. Perlu ke rumah besar-besar sampai terbelit-belit jalan. Ni belum tentu aku ingat jalan balik ke bilik aku. Edlynn hanya mengekori Danial yang memberitahu segala maklumat mengenai rumah agamnya. Setinggi empat tingkat ,rumah dihuni oleh 3 orang. Termasuk 2 tukang masak, 2 tukang kemas rumah dan 2 tukang kebun. Manakala Danial sendiri memiliki pembantu seramai 5 orang. Mummy nak hire pembantu untuk aku tapi aku cakap aku tak perlu. Aku dah biasa hidup berdikari. Sekali-sekala mummy akan turun dapur apabila dia tidak sibuk dengan spa kecantikannya. Di tengah laman rumah agam ini, terdapat sebuah bulatan yang terletak air pancuran. Selain terdapat juga maze yang dijaga baik seta taman bunga yang sangat indah. Perabot yang terdapat di rumah agam ini pula diimport khas dari luar negara berdasarkan ketelusan pembuatan perabot berkenaan.

Hampir 2 jam diperlukan untuk memperkenalkan aku dengan rumah agam ini.

"Danial. Aku nak masak hari ini. "Pinta Edlynn. Danial yang mendengar sudah ketawa terbahak-bahak. Apa, fikir lawaklah.
"Pandai ke kau masak. Jangan rentung lauk tu dah lah. Kan dengan kau sekali hangus."Tawa Danial masih bersisa walaupun Edlynn menayangkan wajah seriusnya.

"Aku serius. Dah lah aku nak pergi dapur. " Edlynn meninggalkan Danial yang ketawa terbahak-bahak di ruang tamu utama.

Edlynn memulakan langkah dengan menyediakan bahan untuk memasak tomyam putih, sayur tumis dan sambal belacan. Ini semua resepi keluarganya. Masakan kampung sahaja yang dikuasai Edlynn.

"Erm.. Sedapnya bau. Sayang mummy dan daddy tak balik lagi. Sendukkan aku nasi. "Pinta Danial yang sudah mengambil tempat di kepala meja. Edlynn menyendukkan nasi putih ke dalam pinggan Danial. Segera Danial menyenduk tomyam putih ke dalam pinggannya. Usai membaca doa makan, Danial lantas menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya terpejam menikmati masakan Edlynn.

"Sedap tak?" Edlynn menunggu reaksi Danial yang seperti asyik menikmati keenakan masakan Edlynn. "Bolehlah kalau nak buat makan. Tak sakit perut. " ujar Danial yang masih selamba menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bahkan menambah sehingga dua piring.

"Lain kali buat lagi eh. "Pinta Danial yang sudah kekenyangan. Punggungnya dihenyakkan pada sofa lembut buatan Jerman lalu televisyen dihidupkan. Siaran HBO menjadi pilihan. Cerita The Hobbit. Tak layan. Edlynn melangkah untuk naik. Rancang nak study. Ya lah exam dah nak dekat. Danial yang menyedari lantas bertanya, " Kau nak pergi mana? "
Langkah Edlynn terhenti di anak tangga yang pertama. "Nak study. "Jawab Edlynn tanpa berpaling sebelum menyambung langkahnya. Danial meneruskan tontonannya.

Klik.

Bunyi tombol dipulas. Muncul mummy dan daddy yang baru pulang dari tempat kerja. Danial pantas mencium tangan kedua-dua ibu bapanya.

"Dah makan? "Soal mummy. Daddy sudah mengambil tempat di sofa tunggal. Mummy menghidangkan jus oren yang sudah tersedia di dalam peti untuk daddy sebelum melabuhkan punggung di sebelah Danial.

"Dah. Ed masak. Mummy nak rasa?"
"Ed masak? Tak apalah. Mummy dan daddy baru balik dinner. Kami baik dulu lah. Jangan tidur lambat sangat. Esok sekolah. "Pesan mummy sebelum mengorak langkah untuk naik ke atas.

Danial mencapai telefon bimbitnya. Siaran televisyen sudah tidak dihiraukan. Lincah jarinya mencari contact number Rayyan. Talian bersambung.

"Hello.. "
"Dude, aku rasa aku dah jumpa soulmate akulah. "
".........."
"Adalah. Kau kenal lah. "
"........"

Perbualan tersebut berlanjutan sehingga pukul 1 pagi sebelum masing-masing menguap dan meminta diri untuk tidur. Danial naik ke atas. Namun langkahnya terhenti apabila melihat pintu balkoni terbuka. Susuk tubuh Edlynn terlihat sambil merenung ke langit. Langkahnya diatur ke arah Edlynn.

"Kenapa kau sorang je kat sini? Buat apa? "Soal Danial yang meletakkan tangannya di penghadang balkoni bersebelah dengan Edlynn. Edlynn yng sudah termenung jauh kembali semula ke dunia realiti.
"Tak ada apa-apa"Air mata yang mulai bergenang di tubir mata disapu dengan belakang tapak tangan.

-------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now