bab 37

6.6K 240 3
                                    

Media -busana pengantin Edlynn.

-----------------------------------

Dewan Setiawangsa di Mont Kiara sudah dipenuhi tetamu yang kebanyakannya terdiri orang kenamaan, tentera, rakan artis di dalam bidang fesyen dan pihak media. Sebentar lagi, majlis persandingan Edlynn dan Danial akan berlangsung. Selepas seminggu dari majlis akad nikah yang sangat dramatik. Mujur video tersebut tidak tersebar oleh jurufoto. Hanya menjadi tatapan tetamu yang hadir.
Dewan yang sudah terhias indah dengan tema musim sejuk menanti pasangan mempelai. Edlynn yang anggun berbusana rona tanah ayu menunggang kereta kuda bersama Danial yang segak berpakaian tentera.

Setelah itu, Edlynn dan Danial turun di hadapan pintu gerbang Dewan Setiawangsa. Persembahan pedang dari barisan tentera menyaji pemandangan mereka. Sungguh tajam pergerakan mereka. Sudah sebulan lamanya barisan tentera berlatih untuk majlis persandingan ketua mereka. Tanpa mengharapkan balasan. Cuma berharap perkahwinan mereka dicucuri rahmat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setelah selesai persembahan, pasangan raja sehari diarak masuk ke dalam dewan dengan barisan kadet tentera yang memegang pedang yang memayungi mereka. Sambil puluhan kamera menangkap momen indah itu. Bepuluh ribu pasang mata menyaksikan majlis perkahwinan yang meriah itu. Antara seorang pereka fesyen tempatan yang telah mencipta nama di persada dunia dengan seorang askar yang sangat disegani oleh seluruh kadet tentera Malaysia dek kerana kelincahannya dalam medan perang.

Langkah terus dituju ke atas pelamin yang tersergam indah. Ditata rias oleh Clara dengan sempurna. Sofa empuk berwarna putih salju diduduki pasangan itu. Dilihat wajah tetamu yang hadir.

Rakan-rakan mereka duduk dihadapan sekali. Di meja VVIP. Bersama tetamu kehormat. Sultan Selangor bersama permaisuri juga turut hadir. Perdana Menteri dan isterinya. Timbalan Perdana Menteri serta isteri. Menteri Pertahanan, Jeneral Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga, Leftenan Jeneral serta keluarga. Barisan pegawai tertinggi ATM juga datang untuk memeriahkan majlis. Pengerusi Ralph Lauren turut memenuhi undangan Edlynn. Yang pasti, majlis perkahwinan ini sungguh meriah dengan para jemputan yang memuji pasangan mempelai yang sangat sepadan. Bagai pinang dibelah dua.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh imam besar Masjid Putrajaya. Setelah itu, tayangan video tentang perjalanan percintaan mereka. Dari Edlynn berpindah ke Victoria Private High School, kematian ibu bapa, berpindah ke rumah agam Danial, pemergian Edlynn dari rumah itu, kebakaran rumah pusaka ibu bapa angkat Edlynn, jatuh bangun Rianna's Collection sehingga kini menjadi jenama gergasi dunia fesyen. Setelah itu, perjalanan hidup Danial semasa di dalam ATM yang sering ditengking oleh orang atasan kerana kecuaiannya. Kisah hidupnya semasa menjalankan misi di luar negara sehingga hampir meragut nyawanya. Dan akhirnya mereka dipertemukan di Acheh. Sehingga kini bara cinta masih marak. Memanaskan
kehidupan rumahtangga mereka.

Setelah itu, acara potong kek setinggi 5 tingkat dengan menggunakan pedang yang sangat panjang. Tiada acara suap -menyuap kerana Edlynn yang terlampau malu.

Persembahan istimewa daripada Danial menyusul. Petikan  kunci -kunci piano menghiasi segenap dewan. Alunan merdu piano tersebut menenangkan hati tetamu. Danial mengalunkan lagu Patience dari Shawn Mendes. Salji tiruan turun dari siling dewan saat petikan piano dimainkan. Buih-buih sabun juga turun. Sungguh indah suasana tersebut. Berjalan lancar seperti yang dirancang.

Selepas itu, para tetamu dihiburkan dengan persembahan penuh perasaan dari artis terkenal tempatan sambil menjamu hidangan yang dihidangkan. Pasangan mempelai turut menikmati hidangan makan beradap bersama rakan-rakan mereka. Pihak media masih asyik menangkap foto mereka. Sempat Danial mengusik Edlynn di meja santapan. Wajah Edlynn merah membahang  menahan malu namun dimaniskan wajah.

Akhirnya majlis selesai setelah jam menunjukkan pukul 11 malam. Pihak media juga sudah beredar. Tetamu kehormat sudah pulang sebaik sahaja majlis selesai. Rakan-rakan mereka pula memberi peluang untuk pasangan raja sehari berehat. Setelah menempuh waktu yang mencabar dalam hidup mereka.

Rumah agam Tengku Danial Hafiz Park.
Edlynn menyalin pakaian pengantin kepada baju tidur gambar teddy bear di bilik lamanya. Berhadapan dengan bilik Danial. Seminggu lepas, dia terlepas kerana mereka nikah gantung. Tak manis bersanding dengan berbadan dua. Walaupun sudah halal. Tapi, itu syarat Edlynn. Namun hari ini, majlis persandingan baru sahaja selesai. Tak kan nak elak lagi. Fikir Edlynn. Tak sanggup dia menempuh malam pertama. Tak pernah terfikir pun.

"Ed..."panggil Danial dari muka pintu. Tak sedar bila daun pintu dikuak. Edlynn menoleh ke arah Danial yang sudah bertukar pakaian. Disarung baju tidur bercorak polkadot.

"Ermm. Aku tidur sini, boleh? "Soal Edlynn sedikit ragu-ragu. Kening kanan Danial terangkat sedikit. Edlynn menggaru dahunya yang tidak gatal.

"Kau tak sedia lagi ke? "Soal Danial. Tubuhnya dipeluk sambil bersandar pada pintu bilik Edlynn. Edlynn mengangguk laju. Danial melepaskan keluhan.

"Tak apalah. Aku ok. Good night. Sweet dream. "Danial berlalu ke biliknya dengan nada kecewa.

"Apa kau cakap ni Edlynn Adrianna? Berdosa kau sampai esok pagi tau. "Hati Edlynn masih berbelah bahagi.

"Ini bukan drama akasia kat TV3 pukul 7 petang itu. Ini realiti. "Bisik hati Edlynn. Edlynn berfikir sejenak. Nak masuk ke tak?
Nafas panjang diambil. IPhone nya diambil. Dia menekapkan telinga pada pintu bilik Danial. Tiada bunyi. Senyap je. Dah tidur ke?

Daun pintu dikuak. Tubuh Danial diselubungi selimut. Hanya muka sahaja kelihatan. Lampu utama pula sudah dimatikan.  Hanya lampu tidur sahaja dipasang. Edlynn merapati Danial yang sudah lena diulit mimpi. IPhone diletakkan di meja solek. Sempat dia menilik barangan yang terdapat di atas meja solek Danial. Gel rambut, minyak wangi, sikat, bedak, losyen, tisu basah dan lilin aromaterapi yang sedang menyala. Memang tabiat Danial menyalakan lilin aromaterapi tetapi tak tahu pula dia menyalakan lilin semasa tidur.

Direnung dalam wajah bersih Danial. Kening tebalnya, bulu matanya yang lentik dan panjang, pundak hidungnya yang tinggi dan terletak elok dan bibir mungilnya yang berwarna rosy pink tanda tidak pernah merokok. Parut kecil di sebelah kiri matanya menarik perhatiannya. Parut yang terhasil kerana menyelamatkan mangsa keganasan semasa perang di Syria 2 tahun lepas. Banyak lagi parut yang terdapat di tubuhnya. Semua parut untuk mempertahankan keamanan dunia dari segala perang. Parut yang sedikit pun tidak mengerikan Edlynn malah Edlynn berasa bangga dengan Danial. Walau pun dia berasa sangsi dengan pangkat Danial. Kerana rata-rata tentera yang hadir majlisnya memanggil Danial dengan gelaran Tuan. Mustahil Danial hanya asakr biasa.

Tubuh bergerak sedikit. Dibetulkan selimut yang membaluti tubuhnya. Edlynn menaikkan suhu pendingin hawa. Kesian melihat Danial menahan sejuk. Edlynn ingin kembali semula ke biliknya.

"Adrianna.. "Seru Danial. Lemah. Mungkin masih mamai. Edlynn menoleh. Langkahnya terhenti. Danial membuka sedikit matanya.

"Kau nak pergi mana? "Soalnya. Suaranya serak. Tanda baru bangun tidur.

"Tak. Aku cuma nak pastikan kau dah tidur. Aku pergi dulu la. Sorry, kacau kau tidur. "Ucap Edlynn.

"Nanti. Tidurlah sebelah aku. Aku janji tak buat apa-apa."Danial bangkit dari pembaringannya. Edlynn terkulat-kulat mencari alasan. Pantas Danial menarik tangan Edlynn yang tidak jauh dari katilnya. Terjatuh Edlynn di dalam pangkuan Danial. Tersengih Danial melihat wajah malu Edlynn. Edlynn membetulkan duduknya di atas katil.

"Kata tak buat apa-apa. Dah tidurlah. "Edlynn pantas berbaring membelakangi Danial. Malu. Danial tersenyum kecil melihat perilaku Edlynn yang sangat comel itu. Dipeluk pinggang Edlynn yang membelakanginya.

Good night, sayang.

------------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-








ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now