bab 21

6.6K 249 1
                                    

Mangsa terkorban akibat gempa bumi terus meningkat. Runtuhan bangunan masih banyak yang belum dijelajah. Pencarian masih diteruskan malahan diluaskan lagi. Ramai pihak berkuasa antarabangsa datang menghulurkan bantuan untuk mencari mangsa.

"Mejar, kami akan meluaskan lagi skop pencarian sehingga ke pantai."lapor seorang prebet askar. Tabik hormat diberikan. Mejar Jeneral tersebut membalas tabik tersebut. Dia masih belum mengesahkan berapa ramai lagi mangsa korban kerana diramalkan gempa bumi susulan akan berlaku dalam tempoh terdekat. Seramai 1,000 dikerahkan untuk mencari mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan.

"Mejar. Mari minum teh ini dahulu. Khuatir saya tengok Mejar yang kerisauan ini."kata Nadia,salah seorang doktor tentera. Dia meletakkan sejag teh panas dan cawan di atas meja khemah kawalan puast bencana itu.

"Terima kasih. Saya rasa saya tak perlukan."ucap Mejar Jeneral itu. Dia mencapai beretnya dan melangkah keluar meninggalkan Nadia. Dituju ke khemah penempatan sementara mangsa.

"Selamat pagi, Tuan. "Ucap Randy, ketua kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

"Selamat pagi. Macam mana dengan mangsa? Semua ok? "Soal Mejar Jeneral dengan prihatin. Dia melihat beberapa kaum wanita sedang menyediakan makanan tengah hari. Beberapa agensi swasta turut hadir menghulurkan bantuan.
"Begini sajalah kehidupan kami. Kelmarin ada bantuan dari Malaysia. Pakaian gitu. Sudah aku agihkan pada penduduk sekalian."lapor Randy.

"Wak, eneng wong arep ketemu sama wak. Neng jobo wong nge. "Kata Linca, anak perempuan Randy. Mejar Jeneral yang memahami perbualan tersebut hanya mengangguk kepada Randy supaya berjumpa dengan orang tersebut .

"Aku pamit dulu, Tuan" Mejar Jeneral menghantar langkah Randy dengan pandangan sahaja. Dia mendekati kaum wanita yang sedang menyediakan juadah tengah hari.

                                    ***
"Aku Randy. Ketua kawasan ini. Aku dengar kalian yang memberi bantuan pakaian kelmarin. "Kata Randy. Memperkenalkan dirinya kepada Edlynn, Rayyan, Boy dan Maya.

"Saya Edlynn. Yang beri pakaian tu. Ini kawan saya, Rayyan, Boy dan Maya. "Edlynn pula memperkenalkan dirinya dan rakan-rakannya.

"Saya nak lihat mangsa bencana boleh? "tanya Edlynn. Randy mengangguk.

"Bisa saja. Ada di dalam kok. Mari, aku tunjukkan. "Randy mendahului mereka untuk menunjukkan penempatan sementara mangsa bencana. Sadis sungguh tempat tersebut. Hanya khemah kecil buat setiap keluarga. Tiada kelengkapan yang cukup. Tandas pun terpaksa berkongsi dengan ratusan mangsa yang lain. Beberapa kaum wanita sedang memasak di luar khemah masakan. Walaupun mereka dalam kesusahan, namun  kesedihan mereka disembunyikan di sebalik wajah mereka yang gembira.

"Mari, aku perkenalkan kamu dengan ketua wanita di sini. Lela, ada tamunya. "Panggil Randy. Kaum wanita yang sedang memasak tadi terus tertoleh memandang Randy. Edlynn memaniskan wajahnya.

"Lela, ini Edlynn sama teman-temannya dari Malaysia. Edlynn, ini Lela, biniku. Ketua wanita di sini juga. "Edlynn dan Maya mencium tangan Lela.

"Manisnya orang Malaysia. Apa khabar? "Sapanya ramah.
"Baik, buk. " balas Edlynn.
"Aduh, Tuan nya baru pulang. Katanya ada panggilan. "Lela menepuk dahinya.
"Tuan? "Soal Edlynn.
"Dia ketua askar di sini. Dari Malaysia juga. Barusan pulang orangnya. Tak apalah. Nanti bila dia datang ke sini lagi, aku kenalin. "Kata Lela.

Ketua askar? Mungkin dah tua kut. Tak kan Danial. Entah-entah Danial tak jadi askar pun.

Edlynn sudah lama tidak mendengar khabar dari Danial. Rayyan pun tak cakap apa-apa. Malulah nak tanya Rayyan. Umar dan Faiz sering juga didengarnya. Umar kini berada di Korea Selatan mengembangkan tembikarnya. Faiz pula berada di Dubai, menguruskan masalah di sana. Rayyan je yang selalu lapang dan berjumpa dengannya. Yelah, dia kan komposer je. Ceh, macam komposer tak sibuk.

"Makanannya sudah siap. Mari kita makan. Lepas ni kamu duduk khemah pelawat sana. Dekat dengan khemah kawalan sana. Ramai juga agensi swasta ada di sana. " kata Randy.

Usai menikmati makan tengah hari, Edlynn mengambil angin di sekitar kawasan berkenaan. Dia memang suka mencari ketenangan berbanding bersesakan di tempat yang sesak dengan manusia.

"Ambil angin? "Sapa Rayyan. Dia menawar secawan kopi panas kepada Edlynn. Edlynn mengambil kopi tersebut. Diteguk sedikit.

"Aku sedih dengan kehidupan diorang kat sini. Dengan keperluan asas yang sangat terhad. Tapi diorang bahagia. Ketawa je. "Edlynn memandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di bawah runtuhan bangunan itu. Kelihatan gembira sahaja mereka bermain.

Tiba-tiba gegaran kecil berlaku. Bangunan yang sudah roboh itu bergegar malahan beberapa runtuhan kecil menimpa kanak-kanak yang sedang bermain di situ. Edlynn terus menyelamatkan seorang kanak -kanak yang masih terperangkap di bawah bangunan. Dia menyuruh rakan-rakannya yang lain meminta bantuan.

"Adik, kamu ok? "Soal Edlynn. Gegaran sudah tiada. Namun laluan untuk keluar dari runtuhan semakin sempit. Hanya muat untuk tubuh kecil budak itu.

"Ed!!! "Panggil Rayyan.
"Rayyan!! Aku kat bawah sini. " Rayyan menjenguk kepalanya ke bawah runtuhan itu. Edlynn sedang memeluk erat kanak-kanak itu.
"Dik, ikut abang tu. "Arah Edlynn.
"Rayyan, ambil budak ni. " kanak-kanak tersebut terus keluar dari celahan runtuhan bangunan dan menerpa ke arah Rayyan.
"Ed, kau macam mana? "Soal Rayyan.
"Kau minta bantuan askar. Aku tak rasa celah itu muat untuk aku. "
"Kejap. Adik lari pergi khemah. Mintak abang askar datang sini eh. "Rayyan mengusap kepala budak kecil itu. Kanak-kanak itu mengangguk laju sebelum berlari ke khemah.
Rayyan membuang runtuhan bangunan yang kecil. Namun masih belum muat.
Dia cuba mengangkat runtuhan yang besar itu. Bergerak sedikit.
"Ed. Hold on. Aku tengah try nak luaskan bukaan. "Kata Rayyan. Urat-uratnya mulai kelihatan. Semua tenaganya dikerah untuk menahan runtuhan itu. Dah besar. Rayyan menahan dengan batu besar di sekelilingnya.
"Ed, cepat. "Edlynn menghulurkan tangannya kepada Rayyan. Rayyan terus menarik Edlynn dari runtuhan itu.

Pap

Kaki Edlynn terhempap pada runtuhan itu. 'Arghhhhhh, sakit. 'Raung Edlynn. Rayyan cuba mengangkat runtuhan tersebut. Bergerak. Dia melihat ada beberapa orang askar sedang menolongnya. Tersenyum dia. Kaki Edlynn sudah berjaya ditarik dari hempapan itu.

"Auchh.. "Raung Edlynn. Kakinya berasa sakit. Berdarah di bahagian buku lali. Patah rasanya.

"Encik. Bawa mangsa ke khemah perubatan. "Arah seorang askar. Rayyan pantas mencempung Edlynn ke khemah rawatan. Diberikan bantuan kecemasan.

"Macam mana doktor? "Soal Rayyan risau.
"Tulang kakinya ada retak sedikit. Perlu dibawa ke hospital kerana kami tidak mempunyai peralatan yang mencukupi. Pihak kami akan forwardkan perkara ini ke pihak askar supaya mereka menghantar ke hospital. "Terang doktor tersebut.

"Baiklah. "
Edlynn tertidur kepenatan. Rayyan pun sudah berpeluh keringat. Ingatnya mahu pulang ke khemahnya.

"Rayyan??"
"Danial?? "

--------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now