bab 45

6.7K 238 2
                                    

"Semua dah bersedia untuk bertolak, Mejar. "Lapor seorang prebet kepada Danial. Danial mengangguk. Tetiba rasa rindu pula kat Edlynn. Yelah, semalamkan Edlynn pulang lambat. Masa tu pula Danial dah tidur. Awal pagi pula, semasa Edlynn enak diulit mimpi, Danial bergegas bertolak ke lapangan terbang tentera.

"Semua dah ada dalam kapal? "Soal Danial kepada Emir yang sedang memakai tali pinggang keselamatan.

"Dah. Aku check tadi seramai 31 orang ikut kursus kali ni. "Jawab Emir.

"31? Kau biar betul. Biar aku kira balik. Semalam Jeneral cakap ada 30 orang je. "
Danial berdiri dan mengira semula  bilangan anak kapal. Cukup 30.

"30 lah. Mata kau kena check ni. Mana ada tambah seorang lagi. "Ujar Danial. Dia melabuhkan punggung sebelum memberi isyarat untuk memulakan perjalanan.

Hampir 30 minit di atas udara, Danial mengambil keputusan untuk ke bilik kawalan di bahagian enjin kapal.

Pintu bilik kawalan itu dikuak. Krek. Ish, lama betul tak diminyak pintu ni.

Danial menuju ke sebuah komputer kawalan. Rakaman CCTV perjalanan askar keluar masuk ke dalam kapal diperhati. Ada sesuatu yang mencurigakan. Perasaannya sungguh tak enak. Mindanya menerawang memikirkan Edlynn. Soal keselamatan, rumah tangga mereka dn perhubungan mereka.

Tap.

Danial menghentikan suatu pita rakaman. Ada individu yang tidak dikenali. Berpakaian lengkap tentera tetapi tiada lambang pangkat. Mustahil prebet sapu. Dizoom gambar itu. Alah, pecah pula gambarnya. Tak jelas. Kabur. Macam nak tengok?

Tak apa. Ikan nak bermain dengan kucing. Kucing akan pancing ikan tu dengan bubu bukan tuba.

Danial melangkah keluar dari bilik kawalan. Ada 12 jam je nak cari penyeludup itu. Orak dikerah memikirkan idea paling halus untuk membuat penyeludup menonjolkan diri.

Langkah dituju ke arah Emir.
"Weh, curiosity kills the cat. The fish eaten by cat. "Danial menggunakan kata kunci untuk bercakap dengan Emir. Sebagai seorang perisik di dalam MALAYSIA Special Air Force, kata kunci adalah bahasa paling selamat untuk digunakan.

"I know. Si dara pulang tak bertemu sang kekasih. Bulan mengambang bulan purnama. "Jawab Emir. Danial mengangguk. Hanya menunggu masa yang ditetapkan oleh Emir untuk bertindak.

"Si dara pulang tak bertemu sang kekasih. 3.45? Pagi ke malam? Bulan mengambang bulan purnama? Malam? 3.45 malam. Shit. Apa rancangan diorang? " Dia melihat jam tangannya. Pukul 9 pagi. Lama lagi. Mungkin diorang nak rancang sesuatu. Aku kena cari fail tu.

Individu itu menyelinap masuk ke dalam bilik operasi. Setiap fail dibongkarnya. Tiada satu pun tertinggal. Namun nasih belum jumpa fail itu. Fail Misi ke Berlin. Mesti disimpan ketat. Susah betullah. Kenapalah aku yang kena buat kerja ni? Rungutnya.

Hah. Keluarlah. Cari kat tempat lain.

Individu itu keluar dari bilik operasi. Pakaian seragam tentera diperkemaskan. Langkah dituju ke bahagian enjin kapal. Bilik modus operandi.

"Awak askar baru ke? "Suatu suara garau terbit di belakang individu itu. Terkejut. Tergamam. Shit!!

"Ya, Tuan. "Jawabnya laju. Mukanya ditundukkan sedikit untuk menyembunyikan wajah.

"Oh. Buat apa masuk bilik ni? "Soal Emir lagi.

"Saya nak bersihkan tempat ni Tuan. Saya dapat arahan untuk bersihkan bilik ni, Tuan. "Balasnya. Harap tak kantoi.

"Ok. Bersihkanlah. "Individu itu menarik nafas lega. Dia pun masuk ke dalam bilik itu. Vakuum yang terletak di sudut bilik diambil. Sambil menvakuum, matanya meliar mencari fail itu. Tap. Matanya tertancap pada sekeping fail. Berlin.

Inilah yang aku cari. Lincah tangannya mengambil fail itu. Disorokkan di dalam uniformnya. Seraya itu, dia menghempaskan vacuum itu dan terus berlari keluar. Bagus, tepat pada masanya. Kapal terbang mendarat sebentar untuk mengisi minyak. Para tentera juga dibenarkan keluar untuk melaksanakan hajat. This is the right time. Individu itu terus berlari keluar daripada kapal terbang itu.

Bagus. Fail ni dah ada kat tangan aku. Hahahahahahahhahahahhahahahahaha. Padan muka korang.

                                       ***

"Dah berjaya? "Soal Danial kepada Emir.

"Dah. Tadi, aku tengok kat CCTV dia dah ambil dah fail tu. "

"Bagus. Nanti kita dengar apa dia nak buat dengan fail tu. "Ujar Danial.

Flashback

"Aku dapat rasakan dia nak tahu pasal misi kita ke Berlin. So, aku nak kau perangkap dia. Lengahkan masa dia kejap. Sementara aku tukar fail tu. "Arah Danial. Emir mengangguk faham. Mereka berpisah ke arah yang berlainan. Danial ke bilik kawalan. Mencetak beberapa foto lucu dan cover depan yang sebiji seperti fail asli. Diletakkan didalam fail yang lain dan disimpanke dalam bilik modus operandi. Sasaran seterusnya selepas bilik operasi. Hish, tak sabar nak tengok reaksi kau. Kamera kecil dan mikrofon diselit di dalam fail itu. Supaya Danial boleh mendengar perancangan mereka tentang Misi Ke Berlin ini.

Bergegas Danial masuk ke bilik modus operandi. Mujur Emir sempat menagan individu itu. Diletakkan di tempat yang senang dilihat. Ok, cun. Next stage. Danial terus menyembunyikan diri di bawah meja apabila mendengar pintu dikuak.

Tap.

Klak.

Pintu ditutup. Yes, ikan masuk bubu.

                                       ***

"Ed. Teman aku pergi dinner malam ni? "Ajak Rayyan. Terkejut Edlynn. Apakah? Diajaknya bini orang pergi dinner? Gila kau? Laki aku dahlah askar.

"Jomlah. "Rayu Rayyan.

"Mana kekasih hati kau tu? "Soal Edlynn.  Terus berubah masam muka Rayyan.

"Kan lagi 2 minggu kan kitorang kahwin kan? "tanya Rayyan. Edlynn mengangguk.

"Bapak dia tak bagi aku jumpa dia sepanjang tempoh ni. Tak manis. Hari-hari aku call dia je tau. Sedih aku. " Terang Rayyan.

Edlynn menggelengkan kepalanya. Apa lagi, melaunglah si Rayyan di butik Edlynn.

"Ish, bangunlah. Dah tua bangka pun nak nangis. "Rayyan bingkas bangkit. Dikesat air mata palsunya. Drama king.

"Oklah. Aku ikut tapi aku tak nak duduk dengan kau. I want freedom. "Kata Edlynn. Rayyan mengangguk laju.

"Takpa. Asalkan aku ada kawan. "

"Dinner apa? Apa dress code dia? "Soal Edlynn.

Rayyan berfikir sebentar.

"Dinner untuk majlis amal Rohingya. Aku nak joinlah sekali. Tak apakan tolong orang? "

"Rohingya? Asal tak bagitau aku awal-awal? "

"Kenapa? "

"Aku pun nak. Dahlah. Aku nak nombor telefon yang incharge untuk majlis tu. "Pinta Edlynn. Pantas Rayyan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dicari contact name Anna yang incharge untuk majlis tu sebelum memberikannya kepada Edlynn.

"Ok, set. Malam nanti ambil aku kat rumah. Jangan lambat. "Pesan Edlynn.

"Haip. Haip, Tuan. "Ujar Rayyan sebelum tawa mereka berdua terletus.

----------------------------------------

Dont forget to hit the ☆ below!! Leave your comment and dont mind to share my story to others.

Your lover,
ardellshah

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now