BAB 6

8.4K 308 1
                                    

Ahli F4 berkumpul di perpustakaan mini rumah agam Danial. Edlynn berpura -pura baru masuk ke dalam rumah agam ini. Dia tidak mahu pelajar lain tahu dia tunggal serumah dengan Danial. Takut kena pancung dengan Minah -minah gedik yang wujud kat sekolah tu.. Begitu juga dengan F4.

"Kau nak tahu pasal apa? "Soal Danial kepada Faiz. Telah Faiz yang ditugaskan untuk menulis kertas kerja nanti.

"Aku nak biodata full pasal diri kau. "Jawab Faiz.

"Nah. Aku dah listkan. Lain? "
"Aku nak tahu kejayaan syarikat kau. Lepas tu macam mana kau harungi masalah yang akan berlaku kat syarikat kau nanti. Erm.... sejarah syarikat kau sekali. Tu je kot. Aku rasa ini pun dah cukup tebal assignment kita. Bak sini kau punya biodata. " Danial menghulurkan biodatanya yang telah dilistkan. Buat dia buat pun. Edlynn yang buatkan. Denda calit hingus kat pipi. Plus kutuk dia kat sekolah.

Biodata Tengku Danial Hafiz Park

Nama: korang pun dah tau kan so tak payah
Umur: pun sama
Lahir:Korea Selatan
Asal:Malaysia
Tarikh Lahir : 4 Ogos 2000
Makanan fav: western and korean food
Minuman fav:pineapple pen apple pen. Ceh, just joke. Apple juice.
Hobi:buat setakat ini usya awek. Takkan nak tengok aku cakap baca novel kan.
Barang fav:semua milik aku tapi paling fav ialah Audi R9 putih aku. So jangan nak kacau bini aku tu.

"Macam tak percaya ini kau Ian. Tulisan pun lain. Kau suruh siapa pula ni? "Soal Faiz. Ragu-ragu dia melihat tulisan yang sangat cantik itu. Macam tulisan perempuan.

"Alah kau ni banyak cekadak pula. Buat je lah. Sejarah tu semua ada kat rak buku tu. Ed kau pergi amik. "Arah Danial. Macam komander. Edlynn mencebik namun langkahnya tetap menuju ke arah rak buku yang tersusun itu.

Daun pintu terkuak. Mummy muncul sambil menatang dulang minuman dan sepiring donut karamel.

"Jemputlah minum. Kuih donut ini ada anak jiran sebelah buat. Dia bagi mummy. " pelawa mummy. Hakikatnya Edlynn lah telah dikerah oleh Komander Danial untuk mengadun donut karamel. Kesukaan Danial. Kata mummylah. Dia yang suka aku yang kena buat.

Umar mencapai sekeping donut.
"Erm.. Sedaplah mummy. Anak jiran mummy tu perempuan eh? Lawa tak? Umar nak usya dia boleh? "Ujar Umar lalu mengenyit mata kepada mummy sambil mengigit sedikit donut karamel itu.

Bukk

Semua melihat Edlynn. Beberapa buah buku dari rak paling atas terjatuh. Edlynn hanya tersengih sumbing. Dia pun terjatuh juga. Beberapa buku menghempapnya.

"Siapa ni Ian? "Soal mummy. Pandai mummy berlakon. Mummy sudah melangkah ke arah Edlynn yang sudah bangun dari terjatuh tadi.

"Kenalkan ni Edlynn. Kawan Ian. Baru seminggu masuk sekolah. "Danial pula melangkah ke arah Edlynn. Lengannya diletakkan pada bahu Edlynn.

"Manis orangnya. Boleh jadi menantu mummy ni. " Erk... Krik... Krik.. Krik..
Amboi,mummy! Lebih -lebih pulak. Matanya tajam mencerlung mummy. Gurauan manja gitu. Danial pula tersenyum kambing menampakkan baris giginya yang putih itu. Cungkil gigi tu kang. Putih bersinar sangat. Pakai Colgate Fresh Mint ke Darlie White?

"Ok... Mummy keluar dulu lah. Nanti semua makan tengah hari kat sini dulu tau. Mummy nak masak special untuk kamu semua. "Ujar mummy teruja. Kenapa teruja sangat ni? Entahlah. Siapa tahu selain mummy.

Edlynn lantas buku yang bertaburan di atas lantai. Saat ingin meletakkan buku tersebut pada tempatnya iaitu di rak paling atas, sudah ada tangan yang tolong meletakkannya. Dah lah rapat. Haruman maskulinnya menusuk ke dalam rongga hidung Edlynn. Dia kenal bau itu. Danial.

"Kalau tak sampai, cakap je lah. Kau ni dah lah terbantut. Mana buku yang aku suruh kau cari tu? "Bisik Danial di telinga Edlynn. Hampir sekali. Muka Edlynn memerah menahan malu. Jari telunjuknay dihalakan pada sebuah buku tebal yang kelihatan sudah berusia. Maklumlah buku tersebut dikarang oleh moyang Danial. Tengku Abdullah Franz. Pengasas Paradigma Group. Kira-kira 120 tahun yang dahulu. Bertapak di Port Dickson pada satu ketika dahulu. Hanyalah sebuah perkhidmatan kecil yang menawarkan perkhidmatan mengangkut barang dari pelabuhan ke rumah tumpangan untuk para saudagar sementara menunggu peralihan angin monsun.

Danial mencapai buku tersebut dengan mudah. Berbanding Edlynn yang terkial-kial dari tadi. Maklumlah bak kata Danial, Edlynn ni terbantut. Ketinggian Edlynn hanyalah 160cm separas bahu Danial yang berketinggian 180 cm.

Habuk menyelaputi kulit buku itu di tepuk oleh Danial. Dia membuka muka surat pertama buku tersebut. Tandatangan moyangnya.

"Ian! Dah jumpa buku tu? Bak sini aku nak tengok. Rayyan nanti kau baca lepas tu ringkas kan eh?" ujar Umar.

"Tak apa. Sejarah ini biar aku uruskan. Ed! Kau tolong aku. Kau dan Rayyan cari pasal kejayaan syarikat aku. Carilah kat Internet ke pergi syarikat aku ke cari fail pasal kejayaan syarikat aku kat budak office, eh?" Bicara Danial kedengaran serius dan mengundang kehairanan F4. Sejak bila dia serius?

Ahli F4 hanya menuruti. Masing-masing membuat kerja yang telah diagihkan. Faiz sibuk menaip semula biodata Danial dan kertas kerja. Rayyan dan Umar pula gigih men'google' kejayaan Paradigma Group. Lain pula dengan Danial. Dari tadi hanya melayan telefonnya. 'Tahulah aku tak ada telefon, tapi tak kan lah nak suruh aku seorang je baca buku tebal ni. 'Getus hati Edlynn. Danial masih ralit dengan telefonnya.

Pap

Semua yang masih ralit dengan kerja masing-masing memandang Edlynn.

"Aku laparlah. Datin kata ada masak. Jom makan. Dah lunch pun. "Usul Edlynn.

"Oklah, kalau tak ada apa-apa, esok kita bincang lagi.Jom turun. Tengok mummy masak apa. " ujar Danial. Ahli F4 hanya menuruti. Lagipun perut mereka pun sudah berkeroncong minta diisi. Dari tadi pun hanya makan donut karamel sahaja.

Mereka berlima mengemas meja di perpustakaan mini rumah agam Danial. Bersiap untuk balik setelah lunch.

Langkah diatur menuju ke dapur yang super duper besar plus canggih itu.

"Ha, turun pun. Mummy baru nak suruh Mak Bibah panggil kamu tadi. Duduklah dulu. Mummy nak hidang dulu.""Biar saya tolong Datin."ujar Edlynn menyoroti langkah mummy.

Sekelip mata ikan siakap masak stim, salad mangga, ayam masak merah, tomyam campur dan sayur kangkung tumis terhidang dia atas meja. Tidak dilupakan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Oreo Cheese Cake juga terhidang. Buatan Edlynn tadi malam.

"Wah, banyaknya lauk. Padahal enam orang je makan. "Ujar Umar. Tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggannya namun ada seorang bibik sudah melakukannya. Untung jadi orang kaya. Senduk nasi pun bibik buatkan.

Usai doa makan dibaca oleh Danial, mereka berselera menikmati hidangan tersebut. Oreo Cheese Cake pun mendapat sambutan yang hangat. Sampai Umar dan Faiz ingin membawa pulang kek tersebut. Sedap sangat katanya. Nak jumpa pembuatnya,kata Umar. Mummy hanya memberitahu pembuatnya sama dengan pembuat donut karamel tadi.

"Mummy buatkan Umar nak pikat dia lah. Pandai masak, mesti orangnya cantik kan? "Puji Umar. Edlynn dah kembang setaman apabila dipuji sebegitu.

"Tak payah berangan. Anak jiran aku tu dah lah tak lawa, gemuk, pendek, nerd lepas tu pengotor. Aku dengar cerita dia pernah tak mandi selama seminggu. Ee, jijik. Makanan ni, entah -entah beli je. "Kutuk Danial selamba. Lantas Edlynn menyepak kaki Danial yang berada di hadapannya.

"Auwww... "Raung Rayyan. Alamak, salah kaki.

"Kenapa babe? "Soal Danial acah prihatin. Walhal dia tahu siapa yang melakukannya. Konon hati terbakar lah tu.

"Kaki siapa tah sepak kaki aku. "Jawab Rayyan sambil mengusap betisnya.

Danial tertawa kecil. Siap kau nanti, lembik. Edlynn memikirkan cara untuk membalas dendam pada Danial yang selamba mengutuknya.

--------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now