bab 35

6.2K 217 3
                                    

Danial memeriksa kawasan pengeboman itu. Masih ada orang awam yang terperangkap di bawah runtuhan itu. Makmal penyelidikan senjata api itu meletup setelah sebuah bom  yang belum habis diuji meletup secara tiba-tiba. Tanpa diketahui puncanya. Orang awam yang selamat dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

"Carl!Carl! "Jerit seorang perempuan. Dia mendekati runtuhan bangunan itu yang telah diletakkan pita kuning polis.

"Carl! Mana adik? Kakak kat sini. "Jerit perempuan itu lagi. Danial yang berkawal menoleh. Orang Malaysia. Dia mendekati perempuan itu.

"Cik.. "Panggil Danial. Perempuan itu menoleh. Memandang Danial.

"Sir, help me. Find my brother. "Rayu perempuan itu. Dia memegang seragam tentera Danial sebelum melutut. Sambil menangis teresak-esak.

"Cik. Saya dari Malaysia. "Perempuan itu terus mengangkat kepalanya. Dai terus berdiri.

"Tolong selamatkan adik saya. Dia terperangkap kat dalam. "Danial mengangguk.

"Ya. Saya akan selamatkan adik cik. Tolong bertenang. Siapa nama adik cik? "Danial memegang bahu perempuan itu yang masih menangis.

"Raycarl. Raycarl Dato' Helmi Mokhtar. Tolong selamatkan dia. Saya cuma ada dia seorang sahaja. Bapa saya dah kena tangkap. Tolong saya. "Terang perempuan itu.

"Siapa nama awak? "
"Alisya. "
"Ok, Cik Alisya. Awak bertenang. Saya masuk dalam. Selamatkan adik awak. "Danial memandang runtuhan bangunan itu. Raycarl? Kakak? Alisya? Apa semua ini?
"Cik Alisya. Awak tunggu sini. "Alisya mengangguk. Danial pantas masuk ke dalam bangunan itu. Mujur dia sudah memakai pakaian khas. Yang kalis peluru. Hanya Ceska Zbrojovka CZ75 (Phantom) di poket seluarnya.

"Tuan. "Panggil Emir. Danial menoleh sebentar.

"Tuan tak ada perlindungan yang cukup. Biar kami je masuk."ujar Emir yang memang lengkap dengan pakaian khas, pelindung, topi dan senjata yang lebih canggih.

"Tak apa. Aku ok. "Danial terus masuk ke dalam runtuhan bangunan. Kesan radiasi masih terasa. Namun tidak membantutkan usahanya. Kalau Raycarl masih hidup, akan diheret Raycarl ke muka pengadilan. Kerana kes makan rasuah, pecah amanah dan menipu wang syarikat. Dato' Helmi pula sedang dibicarakan atas kes rasuah dan membunuh. Edlynn yang menededahkan pembunuhan Tan Sri Kamal Edri, Puan Sri Arianna, Saiful dan Mahani. Ibu bapa kandung dan angkat Edlynn.

"Raycarl! Mana kau? "Laung Danial. Langkahnya masih diteruskan sehingga ke makmal kaji selidik senjata api. Raycarl sedang menggelupur kesakitan di hujung bilik itu. Sisa runtuhan bangunan menghempap kakinya.

"Danial.. "Lemah sahaja suara Raycarl. Namun masih ada nada sinis.

"Raycarl. Selama ni kau sembunyi kat sini. Patutlah pihak polis tak jumpa. "Sindir Danial.

"Hahaha, sampai sini kau cari aku. Kenapa? Nak tanya pasal duit syarikat? Ke pasal kematian bakal bapak mertua kau yang dah lama mampus tu? "Senyuman sinis terukir di bibir Raycarl.

"Kurang ajar. "Danial mendekati Raycarl yang semakin lemah. Penumbuknya digenggam. Kolar baju Raycarl digenggam. Urat sarafnya timbul. Menahan geram, marah, sakit hati.

"Danial. Kenapa kau nak bela Kamal Edri yang dah lama mampus tu? Syarikat tu boleh jadi milik kita. Milik aku. Milik kau. Bukan Kamal yang bodoh tu. Macam bapak kau. Dua-dua sama. Bodoh. "Raycarl meludah ke Danial. Danial cuba bersabar.

"Hahaha. Kau tak mampu nak buat apa-apa kan? Sebab kakak aku yang suruh kau selamatkan aku. "

"Hah"

BANG

Tembakan tepat mengenai kakinya.

"Aah. "Terlepas pegangannya pada Raycarl. Meraung Danial kesakitan.

Alisya melangkah mendekati Danial dan Raycarl. Ditolak sisa runtuhan bangunan yang tidak berat mana ke tepi. Mengenai kaki Danial yang baru ditembak dengan Beretta Px4 Storm. Menjerit kesakitan Danial. Kenapa tak ada tentera yang menyedari Alisya terlepas?

"Haha. Kau mengharap kawan kau tolong? Diorang dah sedap tidur kat luar. Termasuk kawan baik kau. Emir. Nasib aku tak bunuh je diorang tu. Sebab... Aku ank bunuh kau dulu. "Alisya menghalakan picu pistol ke arah Danial yang menggelupur kesakitan.

"Kakak, jangan kejam sangat. Kita buat slow-slow. Biar dia mati terseksa. "Ucap Raycarl. Di tangannya terdapat pisau rambo. Raycarl mendekati Danial.

"Tengku Danial Hafiz Park. Wow, nama bukan main sedap. Hensem pun ye. Sado. Askar. Hahahaha. Apa kata aku buat hasil seni kat muka kau yang hensem tu? "Raycarl menoreh pipi Danial. Bibir Danial pula dikoyakkan. Darah merah mengalir laju. Membasahi uniform tentera Danial. Danial cuba menahan sakit.

"Tak sakit ke. Oklah, kita putuskan telinga kau pula. "Belum sempat Raycarl memutuskan telinga Danial, Danial mencelah. Bertanya. Sengaja melengahkan masa.

"Kenapa kau buat macam ni? Kalau kau nak syarikat tu ambillah. Aku tak kisah. Kenapa kau bahayakan orang awam? "Soal Danial.

Raycarl ketawa terbahak-bahak. Dia berdiri semula. Pisaunya dibuat main.

"Senang. Aku nak kau datang. Biar aku boleh bunuh kau dangan senang. Sebab tu aku letupkan bangunan ni. Kau nak tahu, masa aku letupkan bangunan ni, aku dan kakak aku dah ada kat luar. Aku cuma Baling bom je. Hahaha. Lepas tu aku masuk balik. Berpura-pura sakit. Kakak aku pula cari aku. Dia datang dekat dengan kau supaya kau cari aku. Lepas tu Alisya lepaskan gas tidur. Supaya semua kat luar tu tidur. Alisya boleh masuk. Kau boleh mati. Hahaha. "Alisya menyambut tawa Raycarl. Dia fikir ini Maharaja Lawak Mega ke?

"Oklah. Danial. Kau dah lama sangat hidup. Biar aku bunuh.. Arghhh"Danial menembak tepat ke bahu Raycarl. Mujur dia membawa pistol. Alisya mendapatkan Raycarl.

"Kurang ajar. "Alisya menembak bahu Danial berkali-kali. Namun kebanyakannya tersasar. Dia bukan penembak yang baik. Boleh perbaiki untuk masa hadapan. Danial menolak sisa runtuhan itu sekuat hati. Kakinya yang tercedara dibiarkan. Dia menembak kaki Alisya. Meraung kesakitan si Alisya.

"Sekali kau bergerak, aku hidupkan bom ini. "Ugut Raycarl. Danial berhenti. Otaknya cuba mencari idea.

"Okay, kau bunuhlah aku. Jangan hidupkan bom tu. Bahaya. "Danial menyerah. Raycarl tertawa. Jarinya gatal untuk menekan butang on bom itu.

"Bahaya. Sejak bila kau tahu bahaya? "Raycarl terus memasang pemasa bom itu. Ada satu minit sebelum bangunan ini meletup lagi. Mungkin  kesan radiasi akan lebih teruk dan berbahaya untuk orang awam.

Danial sibuk berfikir. 30 saat.

"Tuan. "Jerit Emir dari jauh. Danial menoleh. Lagi 10 saat. Danial menembak tepat ke dada Raycarl sebelum berlari keluar dari bangunan itu.

Beep.. Beep... Beep... Bommmm

Gegaran susulan daripada bom itu terasa. Ah, bahayanya kesan radiasi ni. Danial mencapai topi keselamatan dari dalam van. Orang awam, pihak tentera dan polis yang tertidur terjaga kembali.

"Emir, bawa diorang ke tempat yang lebih selamat. Biar aku urus sini. "Arah Danial.

"Tapi, Tuan.. "
"Dengar je cakap aku. "Emir akur. Dia dan tentera yang lain membawa orang awam ke tempat yang jauh dari bangunan.

"Cepat, kita tengok kau hidup lagi ke. "Selepas beberapa minit menunggu, kesan radiasi mulai surut. Danial mencapai Baretta ARX-160 sebelum masuk ke dalam semula. Diperiksa bangunan itu. Tiada orang.

What? Raycarl dan Alisya dah tak ada?

----------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-





ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now