bab 43

5.8K 215 4
                                    

Dari tadi Edlynn mengitari bilik tidur. Pancuran air  dari bilik air masih kedengaran.  Hujung kukunya digigit sedikit. Beralih dengan mengusap dagunya. Perasaan itu menebal dalam dirinya.

"Apa aku nak buat ni? "Tuala yang tersangkut di bahunya dibetulkan. Pakaian ganti dipegang kemas.

Klak.

Pintu bilik air terkuak. Terpacul Danial. Gosh, dengan rambut basah, matanya yang seksi dan paling utama jawlinenya mengancam Edlynn.

Aish. Apa kau merepek ni, Edlynn Adrianna?

"Mandi cepat sikit. Jangan tidur pula dalam tu. "Ujar Danial. Deodoran berbau maskulin disembur di bawah lengan.

"Mana ada aku tidur? Suka hati je. Lempang kang. "Marah Edlynn. Buat penat je aku risau. Reaksinya sama je. Pintu bilik dihempas kuat. Marah+geram+sebal.

Kira-kira 45 minit bertapa di dalam tab mandi, akhirnya Edlynn mandi dengan sempurna.

Oh, no. Lupa nak bawa baju ganti. Mesti tertinggal kat atas katil. Ni semua salah Tengku Danial Hafiz Park. Alah, macam ni. Takkan keluar berkemban. Gila. Tempah maut. Tak nak aku. Tak apa. Edlynn Adrianna. Kita tunggu sampai Danial pergi kerja.

"Hoi! Kau buat apa lama-lama dalam tu? Belum mati, kan? "Soal Danial dari luar.

Eeee....
Geramnya aku dengan mamat ni. Sibuk je.

Edlynn mendekatkan diri dengan pintu.

"Aku masih hidup lagi. Kau pergilah kerja dulu. Dah lambat kan?"Halau Edlynn.

"Ok. Aku pergi kerja dulu. Dah lambat ni. "Laung Danial dari luar.

'Fuh. Selamat aku. '

Selak pintu dikuak perlahan. Sebelah kaki dikeluarkan sebelum Edlynn menikus ke katil. Nasib Danial dah pergi. Selamat aku. Pakaian ganti yang terletak elok diatas katil diraih.

"Ehem.. "

Pantas Edlynn menoleh ke belakang. Terlepas pakaian gantinya.

'What?!'
Danial tengah tenung Edlynn sambil tersenyum dan bersandar pada dinding. Tangan kekarnya disilangkan. Uniform tentera yang tersarung menambah kesegakkannya. Perlahan-lahan Danial mendekati Edlynn.

Gulp.

"Ke... napa kau...ada kat sini lagi? Kata nak pergi kerja? "Gugup Edlynn. Dengan mata Danial yang tidak lepas dari menatap wajahnya. Seram sejuk Edlynn dibuatnya.

"I'm so curious when you told me to go first. Oh, this the reason. Tak sangka body kau baik juga eh. "Danial mendekatkan wajahnya dengan wajah merah Edlynn yang sedang menahan malu. Perlahan Edlynn menambah jarak antara mereka. Namun, Danial mendekatkan lagi jarak mereka. Jarak relatif antara mereka hanya sekadar 1 inci sebelum pundak hidung saling bertemu. Tangan Danial lembut mengelus pipi Edlynn. Membuatkan Edlynn terbuai sama.

'Wake up, Edlynn Adrianna!!! '

Pantas lengan yang berbalut seragam tentera itu digigit kuat.
Mengerang kesakitan Danial. Langkah diatur menjauhi Edlynn.

"Gilalah. Sakit tau. Gigi vampire ke? Malam-malam asah gigi ke apa? Dahlah malas aku nak layan kau. Aku nak pergi office dulu. "Pamit Danial sebelum langkah diatur keluar dari bilik.

Edlynn menarik nafas lega. Dalam hati, banyak maki hamun dihambur kepada Danial. 'Ingat Edlynn, banyak syaitan tepi kau yang suruh kau kutuk Danial. Alah, siapa suruh dia sakat aku. Aku dah lah cepat latah.

Ok. Kita lupakan apa yang terjadi. Let bygone be bygone. Sekarang aku sendiri dah lambat nak buka butik. Nasiblah pekerja aku merempat kat kaki lima.

Usai menyarung blouse berwarna dusty pink dan skinny jeans berwarna putih, Edlynn memandu Lamborghini Aventador ke butiknya.

                                       ***                                    "Mejar Jeneral, Jeneral panggil tuan di biliknya." Arahan mudah itu mengejutkan Danial yang baru sahaja ingin menyemak fail kes. Fail yang setebal lima inci itu ditutup. Arahan Jeneral lebih penting.

Jeneral Tan Sri Dr. Haji Abdul Razak Bin  Abdullah. Pintu yang tertera nametag itu diketuk.

"Masuk. "Suara garau dari dalam bilik membenarkan Danial melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Duduk. "Mata Jeneral Abdul Taib masih tertumpu pada skrin komputernya.

"Kamu kena mengikuti kursus di Berlin selama tiga bulan. No excuse. "Perintah Jeneral. Danial mengangguk.

"Baik, tuan. Bila saya akan bertolak? "Tanya Danial ingin kepastian.

"Esok. Kamu akan bersama kumpulan kamu berkursus sambil bertugas. Sila pastikan kamu sampai tepat pada masanya. Saya tak nak ada yang terlewat sampai sehingga terlewat tiba di Berlin. "Arah Jeneral tanpa reaksi. Tanpa memandang Danial.

"Baiklah, tuan. "Ucap Danial sambil memberi tabik hormat seraya keluar dari bilik. Langkah diatur ke bilik operasi yang terletak selang beberapa bilik.

Bahu Emir ditepuk dari belakang sebelum Danial mengambil tempat di sebelah Emir. Emir melihat gerangan itu sebelum menarik nafas lega. Ingat hantu tadi.

"Dah jumpa orang yang aku suruh kau jejak tu? "Tanya Danial teruja. Malangnya Emir menggeleng.

"Segala rekod peribadi tentangnya telah dipadam. Malahan tiada carian di hospital sakit mental tentang bapa mereka. Aku syak mereka memang merancang letupan sebelum itu. Berdasarkan maklumat yang aku peroleh melalui pengecaman wajah, Alisya merupakan seorang researcher in nuclear and weapon. Berkemungkinan mereka juga mahir menghasilkan senjata sendiri untuk mengelakkan identiti mereka terdedah. "Terang Emir sambil tangannya laju menaip papan kekunci komputer itu.

"Tahu lokasi akhir mereka? "Soal Danial lagi.

"Berdasarkan rakaman CCTV ni, Alisya dan Raycarl melakukan transit pengeluaran wang berjumlah £5.1 juta di Bank of Cuba sebelum dikesan di lapangan terbang US. Selepas itu, aku hilang jejak dia. Dekat US tu aku kesan dia berada dia sana 3 minggu yang lepas. Biasanya penjenayah takkan tetap di tempat tersebut. So, aku expect dia dah keluar dari US. Cuma location terkini je kita tak tahu. "Terang Emir teliti.

Tekun Danial mendengar penerangan Emir. Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Ke mana mereka menghilang? Buat apa dengan £ 5.1 juta tu? Kenapa Tan Sri Helmi Mokhtar tak ada kat mana-mana hospital sakit mental?

Deringan telefon menyentakkan Danial dari lamunan. Panggilan disambung.

"Hello, Danial. Aku nak inform yang aku balik lambat sikit hari ni. Nanti Boy dan Maya teman aku balik. "Lapor Edlynn  senafas.

"Untung kau telefon. Kalau tak, aku lupa. Esok aku kena pergi Berlin. Tiga bulan kursus. Jangan rindu aku. "Pesan Danial.

"Acah betullah mamat ni. Yelah. Aku faham. Siapa je nak rindu kau? Eh, aku letak dulu. Banyak kerja. Sorry. " Talian terputus. Bertuah betul isteri. Nasib aku sayang.

"Siapa? "Tanya Emir.
"Orang rumah. "
"Wah, makin rapat eh sejak sebulan honeymoon ni. Tapi, kau pula kena pergi kursus. Tiga bulan pulak tu. "Ujar Emir.
"Nak buat macam mana? Nasib badan. "Pasrah Danial.
Terletus tawa Emir di bilik operasi itu.

-------------------------------

Ardell memohon beribu ampun dari hujung tudung hingga hujung stokin kerana buat korang semua tertunggu-tunggu. Yelah. Exam pk1 baru habis. Sebab tu boleh update. Ardell janji Ardell update sebanyak mungkin untuk cuti ni. Topup balik yg lepas.
Kepada korang yg masih letak ADRIANNA HAFIZ kat library or reading list, Ardell ucap tq sangat. 😭😭😭😭😭
Ardell rse serba salah sangat. Mcm nk nangis plk. Yelah result spm sekolah Ardell pun bagus. Ardell pon ikut diorang nangis. Yelah, drama queen kan. Tetiba rasa takut plk nk amik spm. Mak!!!!!!!!!! Tak nak amik spm.

Oklah. Macam biasa. Sila vote, comment and share kalau suka story ni. Muahahahah.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now