bab 17

6.8K 269 9
                                    

Perjalanan hampir 6 jam akhirnya berakhir. Penat juga duduk dalam bas lama-lama. Kebas punggung.

"Para pelajar. Perkenalkan ini Tuan Bakar. Renjer hutan simpan ini. Dia yang akan bersama kita sepanjang kem ini. Selepas ini, kita akan berkenalan dengan sekolah lain. Ada 6 buah sekolah yang mengikuti perkhemahan ini. "Terang Mr. Eric. Kami dibawa ke sebuah dewan yang sangat besar. Mungkin mampu memuatkan 2000 orang dalam satu masa.

Ralph Ellison School, Verdon High School, House of Art, Taylors School dan Musical Jahsoeydang School turut menyertai perkhemahan ini. Kebanyakan peserta daripada kalangan anak-anak orang kaya, so masing-masing teruja dengan suasana hijau di sini. Termasuk Edlynn
Walaupun dia bukan anak orang kaya.

Aktiviti diteruskan dengan acara ice breaking. Setiap sekolah perlu berpisah untuk membentuk 10 kumpulan yang berlainan bangsa, agama dan sekolah.
Edlynn dipelawa oleh seorang pelajar cina dari House of Art. Mereka bersama membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 120 orang. Ya. Sangat besar. Mujurlah dewan tersebut muat. Edlynn sempat berkenalan dengan beberapa orang peserta dan mengingati nama mereka dengan baik kerana terlalu ramai peserta. Sebuah sekolah menghantar 200 orang peserta.
"Nana, Joey, Hannah, David, Vir... Virlay, Smith... Haih, payah betul nak ingat nama. "Bebel Edlynn di dalam hati. Mujur Natalia satu grup dengannya. Bolehlah buat teman jikalau kesunyian. Ceh, memang selama ni kau dengan dia kan?
Aktiviti hari itu sangat bosan. Belum masuk ke  dalam hutan lagi. Khemah pun dipasang hanya di pinggir hutan.
Perempuan dikerah untuk memasak manakala sebahagian sebahagian lelaki mencari kayu api dan sebahagian lagi memasang khemah.

Usai makan malam, ada acara unggun api namun Edlynn tidak mengikutinya. Sebaliknya melepak bersama Natalia di tepi hutan. Jauh sedikit dari tempat unggun api.
"Ed, aku cakap ni kau jangan kecam aku eh? " kata Natalia.
"Apa? Cakap je? "
"Aku rasa kan aku ada perasaan cinta lah kat Umar tu. Yelah. Diakan hensem, kaya, sweetalker dan paling penting dia gila-gila. "Luah Natalia. Pantas tawa Edlynn meletus.
"Kalau kau suka kat si Umar tu, confess jelah kat dia. "Cadang Edlynn.
"Malulah. Lagipun kan, Umar tu macam ada perasaan je kat kau. "
"Yewww. Kalau si Umar tu nak aku pun, aku tak nak lah kat dia. Kau ambillah. "
"Yelah. Kau kan dah bahagia dengan Ian. "Sakat Natalia.
"Ishh, tak ada lah. Aku tak ada apa-apa perasaan pun kat f4 semua tu. Tapi, aku akui aku lebih selesa dengan Ian. Lepas tu Rayyan. "
"What, Rayyan!! Patutlah dalam bas duduk dengan dia. Kau suka dia eh? "
"Adalah sikit. Dia tu caring sangat. Macam Faris. "Suara Edlynn kian kendur. Natalia menepuk perlahan bahu Edlynn. Comfort Edlynn.

Danial yang dari tadi mendengar beaaa kecewa. "Kenapa bukan aku yang kau nampak dulu? "

                                             ***
Yey, mandi air terjun. Itukah aktiviti terakhir kami di Hutan Simpan Bukit Kayu Hitam. Setelah tiga hari tiga malam asyik menghadap tutor yang memberikan beberapa tips untuk menjawab soalan O-level. Walaupun tidak menyeluruh kerana mengikut subjek yang diambil namun kebanyakan peserta adalah pelajar aliran science stream dan ditambah dengan subjek tambahan. Hampir beku otak menghadap buku. Nmun apakan daya, demi cita-cita. Walaupun Edlynn ingin menjadi seorang fashion designer .

Splushhh

Danial sedang menyimbah air kepada Edlynn yang sedang termenung jauh di atas batu sungai yang sangat besar.

"Apa ni main simbah-simbah? "Marah Edlynn. Habis segala angan-angan mat jeninnya tadi.

"Tak nak mandi ke? "Soal Danial. Dia hanya memakai seluar pendek atas lutut. Maka, terdedahlah six packnya yang sngat cantik itu. Yang mampu menggoda mana-mana gadis kecuali Edlynn. Setiap hari dia tayang body dia kat rumah. Dah imune dah.

"Malas. Bukan aku pandai berenang pun. "
Bohong Edlynn. Padahal hampir setiap hujung minggu dia berenang di kolam renang.
"Tak ada. Teman aku berenang. " perintah Danial.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now