bab 13

7K 256 4
                                    

Lee Jong Suk As Faris Haniff

***************************************
Rooftop bangunan empat segi itu dipanjatnya. Esakannya memecah keheningan tempat itu. Memang tempat itu jarang dipanjat orang. Hampir setengah tahun Edlynn bersekolah di situ, belum lagi dia terserempak dengan pelajar lain.
"Kau memang tak guna Faris. Kenapa kau muncul selepas 10 tahun? Asal tak pikat minah korea itu? Diorang kan lagi cantik? Kenapa balik Malaysia? Biarlah kau mari mereput kat sana!!! Ahhhhhh!!!! "Edlynn melepaskan segalanya di situ. Bukan ada orang pun.

Tangisannya dihentikan. Usai meluahkan perasaan, Edlynn turun dari rooftop.
"Best kan jerit kuat-kuat... "Sinis sekali. Lelaki itu berjalan mendekati Edlynn yang semakin ke belakang. Dinding di belakang menghalang.
"Rayyan..... Bukan tadi kau kat.... "
"Tadi... Sekarang aku dekat depan mata kau. "Ujarnya. Tubuhnya didekatkan serapat mungkin dengan Edlynn.
"Dah agak kau yang kat sini. Memang kalau nak jerit kat sini ke tempatnya? Semalam pun jerit pasal Faris kat sini. "Sebelah keningnya diangkat. Dadanya menekan dada Edlynn.
"Kau.... Dengar.... "Kata Edlynn dengan gagap. Tak sangka ada orang lain yang mendengar luahan hatinya semalam. Selepas bertemu Mrs. Julia, Edlynn melepak di rooftop sambil mencurahkan luahan hatinya di situ.
"Dengar dengan jelas. "Tangan Rayyan mengepung Edlynn menyebabkan Edlynn tidak dapat lari.
"Nak lari? Ke mana? Mrs. Julia tengah cari kau. Ian, Faris bergaduh sebab kau. Bawah tu kecoh. Baliklah sana. "Arah Rayyan.
"Tapi, bawah.. " Belum habis Edlynn berbicara, Rayyan sudah menyarungkan hoodie hitam ke tubuh Edlynn.
"Sembunyikan diri kau"
Edlynn mengangguk akur. Mereka menuruni tangga.
"Kau bawa siapa tu Rayyan? "Soal Suzy. Dia berasa hairan melihat Rayyan yang sedang berusaha menyembunyikan Edlynn.
"Mind your own business" Rayyan meluru ke BMW i10 putih miliknya. Pintu penumpang dibuka. Edlynn ditelan masuk ke dalam perut kereta. Mujur cermin tinted. Pantas kereta meluncur laju ke taman.

"Kenapa bawa ke taman? Kata nak hantar balik? "Soal Edlynn. Matanya melilau melihat ke luar. Ramai orang yang menghabiskan cuti hujung minggu di taman. Ada yang berjogging, ada yang melihat pemandangan dan ada yang berdating.

"Tenangkan hati kau dulu. Tak kan kau nak balik sekarang. Nanti mummy tanya"
Edlynn mengangguk lemah.

"Thanks sebab selamatkan aku tadi. Kecoh juga lah tadi. Apa jadi lepas aku blah? " Dia menggosok pipinya yang sejuk memandangkan luar kereta hujan renyai-renyai. Orang ramai mula beransur surut.
"Small matter. Acara tu habis macam tu je. Tapi Mrs. Julia kata akan shipkan mana-mana perempuan yang paling hampir sesuai dengan ciri-ciri wanita idaman kitorang. Masa Zuk tanya sapa interest nak masuk, kitorang kena senaraikan ciri-ciri wanita idaman. " Terang Rayyan.
"Owh, aku pula confirm kena denda dengan cikgu. Haishhh, spoil betul Faris tu, kalau tak aku pilih... "
"Ian sebagai pasangan kau, kan? "Tebak Rayyan. Edlynn menggeleng laju. Hoodie yang tersarung dibetulkan. Sejuk.
"Tak lah. Aku nak pilih kau. "
"Kenapa aku? "Soal Rayyan kehairanan.
"Sebab kau ni comel sangat!! " ujar Edlynn seraya mencubit pipi Rayyan.
"Kau cakap aku comel? Aku sado lah. Tak nampak ni otot aku. Berkat pergi gym setiap hari tau. " balas Rayyan sambil menunjukkan otot bisepsnya. Edlynn tertawa. Kuat. Ikhlas. Pertama kali melihat Rayyan dari sisi yang lain.

                                      ***
"Mana kau pergi? Senja baru balik. Siapa hantar kau tadi? " Meluncur soalan keluar dari Danial sebaik sahaja Edlynn menutup pintu rumah. Edlynn hanya memandang seketika Danial sebelum memanjat tangga ke biliknya. Penat dengan drama swasta yang berlaku tadi. Mujur Rayyan berjaya menenangkan hatinya.
"Asal aku rasa lain je bila dengan Rayyan? Tak pernah pula aku rasa kalau dengan mana-mana lelaki. Apa ni? "Edlynn mengelpa rambutnya yang basah setelah usai mandi.

Kling

Satu notification Whatsapp masuk. Rayyan
Rayyan
Dah ok? Ian tanya apa-apa tak?

Edlynn
Aku ok. Thanks. Ada tapi aku malas nak layan. Penat.

Rayyan
Get enough rest. Kalau kau tak ada sesiapa nak share story, kau boleh share kat aku

Edlynn
Ok. Tapi kau jangan bagitau sesiapa pasal Faris tu. Aku tak nak ungkit kisah lama.

Rayyan
Ok. Dah pergi tidur sana. Aku pun penat layan kerenah kau ni.

Edlynn
Ok. See you later

Edlynn menghidupkan flight mode. Telefon diletakkan dalam mode silent. Sebelum  kelopak matanya memberat. Penat segala organnya menghadapi cabaran besar pada hari ini. Pelayaran indah menguasai diri.

                                     ***

"Seperti yang saya dah cakap, kalau awak tak dapat... " Belum Mrs. Julia habis berbicara, Edlynn sudah memotong.
"Apa denda cikgu? "
"Saya nak awak bersihkan stor di blok belakang. Saya tahu esok dah bersih. "
"What?!!! "What the hell, man!!!  Blok belakang tu seram kut.
"Ok. Sekarang juga saya kemas. "Ujar Edlynn. Seraya itu, dia membawa langkah ke blok belakang.
Suram. Gelap. Ngeri. Seram. Hantu. Semua perasaan bercampur baur. Stor yang sudah lama tidak dikunjungi orang  dibuka.

Hacum!!!  Hacum!!

Terbersin Edlynn sebaik melangkah. Uishh berapa kurun tak kemas ni. Debu setebal foundation Iffah Raziah. Edlynn mengasingkan kerusi meja yang rosak daripada yang masih elok. Fail-fail lama yang sudah tiada dokumen diasingkan juga. Kan boleh guna lagi fail ini. Inilah orang kaya. Selepas itu, dia menyapu sampah di dalam stor itu. Euwww, bangkai tikus ada. Lipas ada. Ahhhh, cicak pon ada. Zoo negara ke apa stor ni. Segala bangkai yang ada dibuang . Baunya sangat 'harum'.
Yerkkk. Memang patut pun blok ni tak ada sesiapa nak datang. Edlynn membuang segala khazanah yang tersimpan dalam stor tersebut. Clean & clear. Edlynn melihat kawasan sekeliling stor. Bagus. Edlynn menepuk tangannya. Beres.

Pap

Pintu tertutup. Edlynn lantas memulas tombol pintu. Siapa khianat ni?  Terkunci dari luar. Tidak!!!!

---------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now