Bab 49

8.6K 238 1
                                    

"Shahril.. Kenapa kau nak tembak aku? "Gerun Alisya melihat pistol yang diacu oleh Shahril. Apatah lagi dengan senapang rifle yang diacu oleh Danial di hadapannya. Di sebelah kirinya pula, pasukan Beta yang baru sahaja sampai di tempat itu. Kurungan besi pula di sebelah kanannya.

Mana aku nak lari?  Sial! Shahril khianati aku. Aku tak nak mati awal.

"Don't ever cross in your mind to run away. "Ugut Danial. Tik... Tik... Tik...

Detik waktu terus berjalan. Tinggal 30 saat.

Danial baru sedar ada bom dipasang ditubuh Edlynn. Pantas Danial membuat isyarat untuk menangkap Alisya yang semakin lemah kerana pengaruh ubat tidur yang diberikan oleh Shahril.

Kesempatan itu diambil oleh Alisya untuk meloloskan diri sebelum 'Shahril' berjaya menangkapnya. Tangan digarinya.

"Bodoh kau Danial! Aku sumpah kau sampai mati! Hidup kau takkan pernah aman sama macam kau buat pada Raycarl."carut Alisya sebelum 'Shahril' membawa Alisya keluar dari bangunan itu
Pantas Danial meluru kearah Edlynn yang sedang dipasung. Danial keliru untuk memotong mana satu wayar yang berselirat itu.

"Ermmm.... "Edlynn cuba berbicara.

Danial membuka pita  pelekat yang melekat pada mulut Edlynn.

"Hafiz..."
"Adrianna... "

"Awak ikut kata hati awak. "Pinta Edlynn sebelum dia rebah. Lemah kerana tidak makan selama 3 hari.

"Adrianna!! " Jerit Danial. 10 saat.

Danial tertumpu pada wayar berwarna hitam.

"Cuba awak tengok awan mendung itu. " Edlynn menunjuk pada awan mendung yang sedang berarak itu.

"Kenapa? "Soal Danial. Dia sedang ralit mencicip espresso panas. Sunggur segar.

"Cantik. "

"Cantik?? "Pelik!

"Sayang, mana ada orang pernah cakap awan mendung cantik? " Danial mempertikaikan penyataan Edlynn.

"Lawalah. Dia membawa pergi segala kedukaan para surirumah yang risau jemuran tak kering, para nelayan yang tak dapat turun ke laut malah penunggang motosikal yang risau kebasahan. "

Danial mengalihkan perhatian kepada isterinya. Perbezaan pemikiran isterinya membuatkan hatinya teruja untuk mengetahui kesimpulan yang akan dibuat oleh Edlynn.

"Awan mendung sering di sini disignifikasikan sebagai sesuatu yang membawa malapetaka walhal ada hikmah disebaliknya. Tanggapan negatif masyarakat yang sering menganggap awan mendung adalah musibah perlu ditangkis. Yelah, hujan kan suatu rahmat. Hujan membawa bahagia kepada petani yang inginkan kesuburan tanah, tanah yang kering kontang kini subur dan menjadi kawasan pertanian. Lihat, betapa indah awan mendung yang sarat mengandungi air hujan untuk dilimpahkan kepada bumi yang sentiasa dahagakan air. "

"Danial. "Panggil Edlynn.
"Erm.. "
"Kalau saya diberi peluang untuk menjadi benda lain, saya nak jadi awan mendung yang berwarna hitam. Saya nak jadi punca kepada kebahagiaan para petani. Tapi, saya takut saya akan membawa musibah kepada para nelayan. Oleh itu, saya nak awak menjadi langit biru yang akan sentiasa bersama awan hitam dan sentiasa menyokong awan hitam tatkala ingin memuntahkan air hujan. "Air mata Edlynn mengalir laju membasahi pipinya. Danial menyeka airmata itu dengan ibu jarinya.

"Jangan risau. Aku akan menjadi langit biru untuk awan hitam kesayangan aku ni. Dah jangan nangis. Macam budak kecil. Jom masuk dalam. Dah nak hujan. "Ajak Danial.

Danial tersentak. Pantas dia memotong wayar berwarna merah itu.  Tepat 1 saat sebelum bom itu meletup.

Danial mematahkan pasung di kaki dan tangan isterinya. Rantai yang membelenggu kaki Edlynn dipotong. Tuala hitam yang menutup mata Edlynn dibuka. Dipeluk erat tubuh kenit isterinya.

Pasukan Beta dan Alpha pula sedang memapah keluar mangsa kapal terbang dicuri oleh Alisya itu. Kesemuanya kelihatan sangat lemah. Sangat lemah kerana terlalu banyak dos dadah yang diberi. Mujur kemunculan 'Shahril' dapat mengurangkan dos dengan menyuntik antiserum kepada semua mangsa itu.

"Danial!! " Jerit Emir. Danial menoleh. Seorang tentera membawa Edlynn keluar untuk diberikan rawatan.

"Ikut aku. " Emir mengetuai Danial ke sebuah bilik. Bau busuk menusuk hidung.

Emir menolak daun pintu. Terpampang Raycarl yang telah meninggal dunia disimpan didalam tabung khas untuk memastikan keadaan Raycarl terus segar dan mengelakkan segala bakteria mereputkan mayat Raycarl.

"Raycarl.. "Panggil Danial perlahan. Tubuh Raycarl yang telah putus kaki dan berlumuran darah  kering dibiarkan didalam tabung itu.

Manakala disegenap bilik itu, terdapat banyak gambar Edlynn dan Danial diconteng dengan marker merah. Gambar Dato' Helmi Mokhtar digantung rapi di tengah  dinding bilik itu. Tertulis perkataan, My Lord My God. Manakala buku  kisah hidup Dato' Helmi Mokhtar terdapat di sebelah potret itu.

Danial membelek buku itu. Terdapat tandatangan Dato' Helmi Mokhtar di mukasurat pertama beserta gambarnya.

MY LORD MY GOD, HELMI MOKHTAR.

MAY HELMI LORD BLESS US.

Emir menjeling melihat ayat itu.

"Alisya terlalu mengagungkan bapanya sehingga menyembahnya bapanya sendiri.  Aku tak sangka tahap psiko dia macam ni sekali. "Kata Danial sebelum menutup buku itu. Tak sanggup melihatnya lagi.

"Orang psycopath bolehnya jadi macam tu. Bila minda keliru antara realiti dan fantasi, disitu syaitan menghasut dan menghancurkan fikiran warasnya. " kata Emir sebelum menepuk bahu Danial dan berlalu keluar.

                                        ***

"Nadia, macam mana dengan Ed? "Soal Danial risau. Edlynn sudah dipindahkan ke Hospital Tentera Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lebih rapi. Manakala penumpang pesawat yang diculik telah sedar dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di KPJ Selayang. Edlynn pula sudah seminggu tidak sedarkan diri.

Nadia menggeleng.

"Tubuhnya masih belum bertindakbalas dengan organ baru yang diterimanya. Jantungnya masih terlalu lemah. Dah berpuluh botol Noradrenaline telah diberi namun belum ada lagi ransangan. Aku cuma harap kau banyak bercakap dengan dia. Bagi semangat. Dia masih terperangkap dalam dunia fantasi. "Terang Nadia sebelum keluar dari wad ICU itu.

Wajah Danial sugul. Pakaiannya sudah tidak kemas. Terabai. Kekemasan wajahnya sudah tidak dipedulikan. Jambang halus sudah tumbuh meliar sekitar  pipi dan dagu putihnya. Itu sudah tidak penting. Yang penting sekarang, kesihatan isterinya.

"Adrianna, bila kau nak bangun? Bangunlah. Sejak bila kau suka tidur ni? Aku bencilah kau asyik tidur je. Kau tak kesian kat aku ke? Penat tau aku tunggu kau bangun. Adrianna...... BANGUN! "Jerit Danial.

Pantas Rayyan, Umar, Emir, Faiz, Boy, Maya, Natalia ,Amira dan Nadia meluru masuk. Takut tengok Danial meroyan kerana Edlynn. Belum pernah mereka lihat Danial tidk kuat seperti ini. Sewaktu daddy dan mummy Danial meninggal dunia pun dia tabah dan terima kenyataan itu.

"Danial.. "Panggil Rayyan. Danial menoleh. "Sabarlah. Kitorang pun sayang Ed. Kita sama-sama tunggu Ed bangun, bukan kau je. Apa kita solat dhuha dulu? Tenangkan hati kau tu. Mohon pada Allah, sembuhkan Ed. "Pujuk Rayyan.

Danial mengangguk. Langkah longlai dituju ke surau hospital. Begitu juga semua. Mengharapkan Ed bangun cepat.

'Danial, tolong aku. Aku sesat. '

------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-



ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now