Bab 48

7.5K 209 0
                                    

Lapangan Terbang Kem Askar Maota Barat.
20 April 2030

"Mejar. Kelengkapan sudah disiapkan. Tinggal tunggu arahan dari Mejar. "Lapor askar itu.

"Arahkan pesawat Beta bergerak dahulu. Awak naik dahulu. Saya nak buat panggilan sebentar. "Askar itu mengangguk faham.

Danial mendail nombor Rayyan.

"Rayyan. Kau dah sampai? "
"Dah. Aku kat airport lagi dengan Umar dan Faiz. "
"Ok, kau terus ke Lapangan Terbang Askar Goa. Aku akan menyusul. Tunggu aku datang tau. "
"Baik. Danial? "
"Ya?!"
"Aku tahu kau bimbang Ed. Tapi, kau kena seimbangkan antara tugas kepada negara dengan isteri. Aku harap kau tabah. "
"Thanks, bro. Dah, aku nak fly nih. Kita jumpa nanti. "

                                      ***

Goa, India.

"Eh, perempuan. Bangun!!"Jerit seorang lelaki yang menjaga Ed. Tersentak Ed yang sedang nyenyak tidur.

"Bangun!! "Lelaki itu membuka pasung kaki Ed dan menyuruh Ed bangun. Dia membawa Ed ke suatu tempat baru. Didudukkan Ed di atas sebuah kerusi.

"Helpp!!!... Tolong kami encik. "Rayu seorang lelaki yang semakin lemah di dalam kurungan besi. Didalam kurungan besi itu, terdapat ratusan manusia lagi. Semuanya sudah lemah disuntik dadah. Tidak diberi makan atau minum. Ditambah dengan kesempitan kurungan itu.

"Diam!! "Lelaki itu menendang pintu kurungan itu kuat. Mengejutkan Edlynn.

"Kalau kau tak nak macam diorang, baik kau senyap. "Ugut lelaki itu menunjuk kepada beberapa orang yang telah dicampakkan ke dalam sangkar buaya. Terus senyap. Tiada suara.

"Hei, perempuan. Kau tunggu sini. Kejap lagi laki kau datang nak selamatkan kau. "
Arah lelaki itu lalu menunjal kepala Edlynn.

Pasung dikaki dipasang kembali malah dirantai pada kaki kerusi itu.

"Edlyyn Adrianna. " Panggil Alisya.

"Bodohnya suami kau. Dah masuk perangkap aku. Tak sangka cinta korang sangat kuat. Takpa. Aku tak pernah percaya dengan cinta. Sebab tu mama aku tinggalkan daddy. Daddy pula sekarang dah masuk Hospital Tanjung Rambutan. Ada ke cakap daddy gila? Diorang tu yang gila. Kau pun gila. Raycarl dah tinggalkan aku. Suami kau yang bunuh adik aku. Suami kau kejam. Dia tu pembunuh. Dia yang kejam. Bukan aku. " Alisya menjambak rambut perangnya. Stress.

"Bos. Rehat dulu. Makan ubat nih. "Lelaki itu menghulurkan sebiji pil kepada Alisya. Alisya menyumbat pil itu sebelum meneguk air mineral yang dihulurkan oleh lelaki itu.

"Feel better? " Tanya lelaki itu.

"Ok. Arahkan orang-orang kau ketatkan kawalan. Si durjana dah nak sampai.  Alisya membelek jam tangannya. Cepat, Danial. Aku dah tak sabar.

                                       ***

Bilik operasi Kem Askar Goa.

"Ingat pesan saya! Sentiasa peka dengan sekeliling. Buka mata dan telinga. Fokus pada misi ini. Jangan percayakan orang lain. Even kawan baik kau masa dalam misi ini. Senjata adalah kawan terbaik kau. Just ikut naluri hati kau. Saya harap kami semua mampu ikut arahan saya dengan jelas. Ok, dismissed and get ready. "Semua askar terus keluar dari bilik operasi itu. Pantas Danial menuju ke ruangan tetamu. Tempat Faiz, Umar dan Rayyan menunggu.
"Jom. "
"Ke mana? "Tanya Umar. Aduh, time nilah kau blur.
"Selamatkan Malaysia. "

                                         ***

Bangunan terbiar, Hutan Rareforest.

Alpha sedang menyisip masuk ke bangunan terbiar itu  dari  arah barat, timur, barat daya dan utara. Kawalan ketat hanya diberi perhatian di bahagian atas bangunan walhal pasukan Alpha menyisip masuk dari kawasan bawah tanah melalui kumbahan air.

Pasukan Beta pula menyusup masuk dari bahagian depan. Sengaja nak kelirukan pihak musuh.

Seorang pengawal yang terperasan mereka segera memberi maklumat untuk bersedia. Rangkaian maklumat diterima. Grenade dilepaskan. Letupan disana-sini. Asap kabus menyukarkan pandangan pasukan Beta. Ledakan peluru Stoner SR-25 membedil askar-askar pasukan Beta. Mujurlah mereka memakai jaket kalis peluru yang paling berkualiti. Paling sakit pun cuma lebam-lebam. Colt M4A1 SOPMOD yang menjadi kebanggaan Tentera Diraja Malaysia berjaya menumbangkan puluhan askar yang berkawal di bahagian luar.

"Shit!! "

Alisya berlari ke arah Edlynn. Bom jangka dipasang pada tubuh Edlynn. Masa  10 minit ditetapkan. Masa yang cukup untuk Hafiz melihat Adrianna mampus depan mata.

Sempat Alisya melihat kurungan besi yang menempatkan ratusan penumpang Boeing 375. Puas hatinya melihat penderitaan orang semata melunaskan dendamnya.

"Haih. Dah macam mayat hidup aku tengok. Untung aku cabut nyawa kau perlahan-lahan. Cuma ada yang degil sangat, aku campak terus ke sangkar buaya kesayangan aku. Kenyang diorang sepanjang masa. Mana hero kita nih? "Soalnya sambil melihat cctv di iPad miliknya.

Pasukan Alpha diketuai Danial berhati-hati dengan sekeliling. Biarpun dimaklumkan kawasan luar sudah bersih, namun mereka khuatir masih ada pengawal di dalam bangunan.

Baru sahaja sampai di penghujung kumbahan membawa mereka ke sebuah bilik. Bilik bekas Edlynn diseksa dan dikurung.

Bam...

Satu tewas. Sepuluh lagi datang. Ledakan Heckler &Koch HK G28 membedil pengawal di situ. Rebah semuanya.

Danial memberi isyarat untuk maju. Matanya masih melilau mencari kelibat Alisya.

"Hai, sepupu. "Sapa Alisya. Ditangannya terdapat Beretta Px4 Storm yang diacukan pada kepala Edlynn yang ditutup mulut dan mata. Kaki dan tangan dipasung serta dirantai pada kaki kerusi. Di sebelah Alisya, terdapat orang kanan Alisya, Shahril sedang mencengkam kuat bahu Edlynn.

"Alisya! "
"Lambatnya kau selamatkan bini kau. Ingatkan dah tak ingat bini. Tahu jaga bini rupanya. "Sinis perlian Alisya.
"Kenapa kau libatkan Ed?  Dia tak ada kaitan. "
"Tak ada kaitan? Selagi dia bergelar isteri kau, selagi itu urusan kau akan libatkan dia. "
"Dia tak tahu apa-apa.Memanglah. Macam kau. Kau tak tahu perasaan aku bila tahu Raycarl mati sebab tembakan kau. Bapak aku gila sebab kau. Kau penyebab keluarga aku musnah. "

Alisya berlegar sekitar Edlynn. Tetiba, kepalanya pening. Sekeliling sekaan berpusing. Gempa bumi ke? Kenapa aku rasa Danial ada lima?

"Kau memang bodoh, Danial. Semua yang aku rancang ni untuk tarik kau. Tak sangka idea Shahril suruh aku culik bini kau berjaya. Tikus dah masuk perangkap. 1-0. Hahahaha"

Alisya mencepatkan masa bom jangka kepada seminit. Lagi cepat Ed mati lagi bagus. Picu pistol ditarik dan dihalakan kepada Ed.

Kedengaran picu pistol ditarik dari belakangnya. Shahril????!!!

---------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-


ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now