bab 20

7.3K 264 13
                                    

Tahun 2029

12 tahun kemudian...

KLCC PLENALARY HALL sesak dipenuhi orang. Pelancaran jenama Rianna's X Ralph Lauren sedang berjalan. Orang kenamaan dan pihak media penuh untuk mengetahui jenama baharu tersebut. Bidaan untuk baju - baju yang pernah dipakai artis luar negara juga diadakan. Malahan mendapat perhatian utama. Koleksi baju peribadi Oprah Winfrey juga dibida dan mendapat bidaan tertinggi iaitu £145 milion. Sut yang pernah dipakai oleh mendiang Steven Job juga mendapat bidaan yang tinggi iaitu £100 milion.

Edlynn gembira melihat majlis yang berjalan dengan lancar. Malahan sudah ada beberapa orang kenamaan yang menempah baju darinya dari koleksi Rianna's X Ralph Lauren.

Edlynn mengambil udara segar di balkoni di hujung aras. Angin malam menampar lembut night dress putih yang disarungnya. Mak abah. Akhirnya penat lelah Ed terbalas. Ed janji Ed akan bela kematian mak dan abah. Menurut maklumat yang dikumpul selama 12 tahun, ayah kandungnya dibunuh oleh rakan kongsinya yang tamak haloba. Nama rakan kongsi tersebut masih menjadi rahsia. Malahan syarikat gergasi milik ayah kandungnya tidak diketahui ibu pejabatnya. Yang diketahui hanyalah Paragon Group. Itu pun maklumat 30 tahun lalu. Mungkin syarikat tersebut sudah diubah nama. Perihal daddy pula, dia masih menyiasat kenyataan tersebut. Namun dia tidak akan melepaskan dalang di sebalik semua ini. Biar undang-undang yang menentukan. Dia takkan mengotorkan tangannya dengan darah.

"Hai, sweetie. "Sapa Faris. Edlynn membuat muka menyampah. Sejak bertemu 5 tahun lepas, Faris tidak sudah mengacaunya. Sudah diberitahu dia tidak bercinta dengan kawan sendiri namun Faris masih berdegil. Ya, Faris pernah confess tentang perasaannya namun Edlynn reject. Dengan alasan, mahu fokus pada kerjaya dan tidak mahu bercinta dengan kawan baiknya. Tapi bagaimana denagn Danial? Erkkk... Itu kes lain. Edlynn akui hidupnya seolah-olah kosong setelah berpisah dengan Danial sejak 12 tahun lepas.

"Sweetie, fikir bee ke? "Soal Faris.
"Yueww, kau jangan nak menggedik dengan aku. Aku rasa jijik pula. " Edlynn mengoyang-goyangkan badannya tanda kegelian.

"Ed... "Sapa Rayyan. Edlynn terus meluru ke arah Rayyan yang berada di bahagian luar balkoni.

"Rayyan, you tengok. Faris kacau I lagi. "Adu Edlynn. Sememangnya Rayyan yang selalu menyelamatkannya apabila dikacau oleh Faris.

Faris yang kegeraman terus melangkah pergi.

"Ishh, makin menyampah aku dengan Faris tu. Carilah orang lain. Dah aku cakap aku tak nak, tak naklah. Pekak ke apa. "Bebel Edlynn. Rayyan mengaduh apabila lengannya dicubit oleh Edlynn.

"Sorry, aku tak perasan. "Kata Edlynn. Serba salah dibuatnya. Diusap lengan Rayyan yang dibalut sut berwarna putih itu. Rayyan tersenyum pahit.

"Dah biasa lengan aku kena cubitan manja kau. "Perli Rayyan.

"Alah. Aku geram sangat dengan Si Faris tu. Macam nak campak dia dari balkoni ni. "Omel Edlynn yang tak habis lagi.

"Eh, Rayyan kau dah uruskan bantuan kita ke Acheh tu? "

"Dah. Tinggal kita ke sana je. Esok tau flight kita. Pukul 5. Kau jangan tertidur pula. Selalu sangat. Kalau tak, aku tinggal kau. "Arah Rayyan.

"Yup, bos. "

                                          ***

"Aku dah agak dia tertidur lagi. Kau dan Maya masuk dulu. Biar aku tunggu Ed. "Arah Rayyan kepada Boy. Boy hanya akur dan melangkah masuk ke badan pesawat terus ke kabin kelas pertama.

Edlynn menyorong luggagenya dengan mengah. Langkahnya terus laju ke balai pelepasan. Lepas sahaja kawalan imegresen, dia terus menapak ke arah Rayyan yang sedang berpeluk tubuh.
Sengihannya ditunjukkan. Acah comel.

"Sorry. "
"Dah biasa. Jom masuk. "

Edlynn dan Rayyan terus menapak masuk ke kabin kelas pertama dan mengambil tempat di hadapan Boy dan Maya.

"Bos, tidur lagi ke? "Soal Boy. Edlynn yang masih lelah mengambil nafas sebanyak mungkin.
"Ngantuk sangat. Penat tadi malam packing baju. Tak tahu baju mana nak bawa. Lagipun lepas ni aku kena pergi London terus. 5 hari je tau aku kat Acheh. Maya ikut aku. Kau dan Rayyan boleh blah. London, girls only. "Jawab Edlynn. Dikeluarkan Macbook Pro turqouise dari beg tangannya yang super besar itu.

"Alah, aku pun nak ikut juga. Aku mana boleh dengan bini aku. "Kata Boy. Maya yang juga isterinya susah menyampah.

"Tak payah Ed. Biar kita je pergi London. Aku boleh je pisah dengan Boy. No hal. Hah, Rayyan. Kau bulilah Boy ni. Suruh dia jadi bangla jual karpet pun aku tak kisah. "Kata Maya. Edlynn sudah ketawa besar. Rayyan pula control ketawanya.

"Bee, you memang tak sayang I kan? "Kata Boy dengan nada paling gedik. Maya menggeleng laju.

"Ed.. "Boy mengacau Edlynn yang sedang ralit bermain game Candy Empire di laptopnya dikacau. Kecoh tempat duduk tersebut dengan bunyi pemainan Candy Empire tersebut. Sweet!! Tasty!! Yummy!! bermain di tempat duduk tersebut.

"Apa? Kau tengah kacau aku main game tau tak? "Kata Edlynn. Rayyan yang sedang membaca surat khabar hanya tertawa kecil.

"Bila kau nak kahwin ah? Aku teringin nak tengok kau atas pelamin. "Tanya Boy.

"Busybody. Esoklah aku kahwin eh. Nanti aku amik mana-mana indon, aku kahwin dengan dia eh. Nak sangat kan? "Balas Edlynn geram. Soalan sering kali terbit di bibir Boy. Semuanya dijawab main-main.

"Aku dengar ramai askar hensem kat tempat bencana tu. Bolehlah kau usya satu. Mana tahu sangkut ke? "Usik Boy.

"Askar? Askar kita ke? "Soal Edlynn penuh minat. Candy Empire sudah dibiarkan tepi.
"Ya. Diaorang tolong cari mangsa kat sana. "Balas Boy.

"Ee, tak sabarnya. Aku nak bagitau pilot suruh bawa laju sikitlah. "Edlynn sudah berura-ura untuk bangun. Pantas Boy menahan.

"Tak payah nak excited sangat. Chillah. Kenapa kau craving sangat dengan askar? "Soal Boy.

"Biarlah aku nak craving dengan siapa pun. Ok apa fesyen designer kahwin dengan askar. Rare kan? "Baals Edlynn.

"Yelah tu"

Dalam hati Edlynn, dia berharap sangat dapat berjumpa dengan Danial. Buat pertama kalinya. Selepas 12 tahun. Hatinya masih sakit dengan rahsia yang terbongkar namun entah mengapa hatinya juga merasa rindu dengan Danial. Dan juga mummy dan daddy. Yang pernah membelanya setelah kematian ibu bapa angkatnya.

'Kau sebenarnya nak cari Danialkan, Edlynn. 'Getus hati Rayyan.

--------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang