bab 16

6.7K 273 1
                                    

Luggage bersaiz sederhana ditolak ke dalam badan bas. Sebanyak 2 buah bas diperuntukkan untuk membawa calon O-level ke Perlis. Perasaan teruja menguasai Edlynn. Maklumlah, pertama kali pergi ke Perlis. Selama ini, dia tidak pernah keluar dari Kuala Lumpur. Edlynn naik ke bas. Mencari Danial. Namun, Tiara sudah duduk di sebelahnya. Tak apalah. Rayyan mengamitnya. Pelawanya untuk duduk di sebelahnya yang masih kosong. Edlynn memebawa langkah ke tempat Rayyan yang berada di belakang Danial.
"Thanks. "Edlynn meletakkan beg sandangnya di bawah kerusi. Bukan ada apa-apa pun. Cuma ada snek yang dibawa dari rumah. Maklumlah, Edlynn ni cepat lapar. Tu bawa stok makanan sebanyak mungkin. Baru nak masuk plaza tol, namun Edlynn sudah lapar. Dikeluarkan nasi goreng kampung yang dimasak oleh mummy dari beg sandangnya. Khas untuk Edlynn dan Danial yang akan lama tidak menjamah masakan mummy. Baunya sungguh semerbak. Rayyan yang sedang ralit membelek telefonnya pun memandang aku.
"Sedapnya bau. Masakan mummy ke? "Soal Rayyan. Edlynn mengangguk. Dia mencapai sudu. Dimasukkan sesudu penuh ke dalam mulut Rayyan.
"Nah. "Rayyan mengunyah nasi goreng tersebut dengan penuh selera.
"Sedap. Macam biasa. Suaplah aku lagi. "Pinta Rayyan lagi.
"Ish, tak tahu malu. Nak mintak lah Ian. Dia pun ada. " Lantas Edlynn menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Eeee... Bau busuk apa ni? "Jerit Tiara tiba-tiba . Dia berdiri. Tubuhnya dipusingkan ke belakang.
"Patutlah busuk. Makanan kampung rupanya tersesat kat sini. Ed, you kalau nak makan please lah jauh sikit dari I. Makanan you tu busuk tau. "

Panggg

Semua yang di dalam bas terkejut. Mujur bas kami tiada guru pengiring. Pemandu bas hanya meneruskan pemanduannya.
Danial menampar lembut pipi Tiara.
"Kau jangan nak hina masakan mak aku. Nasi goreng kampung ni adalah masakan mak aku. Kau tak ada hak nak kutuk makanan tu. Kenapa? Bau busuk kan? Pergi jauh-jauh dari aku. Sebab aku pun nak makan nasi goreng kampung juga. Sama macam Ed makan. " kata Danial dengan geram. Ikutkan hati mahu sahaja dilempar keluar perempuan gedik tu dari bas.
"Sayang, you sanggup lempang I sebab makanan ni? You tipu I kan? Mana mungkin mummy you pandai masak lauk kampung ni? Mummy you kan Korean. "Nafi Tiara.
"Kenapa? Korean dah tak boleh masak makanan malaysian? Mak aku tak lupa asal -usul. Tak macama kau. Islam tapi tak mengaku islam. Mana maruah kau sebagai perempuan islam? Lebih baik kau berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi" Ayat sinis Danial terkeluar lagi. Tiara pantas mengambil begnya dan mengambil tempat di sebelah Rose yang diletakkan beg. Suasana dingin seketika. Namun, Edlynn yang masih lapar menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Rayyan, nak rasa lagi tak? "Pelawa Edlynn. Dia menyuakan makanan ke pada Rayyan. Pantas Rayyan mengunyah makanan tersebut.
"Orang sebelah ni tak nak suapkan ke? "Soal Umar. Aikk, tadi macam tengah main CoC.
"Yelah. Nah. "Edlynn menyuakan sesudu penuh nasi ke dalam mulut Umar yang sudah sedia dinganga. Faiz juga disuap.

Bep. Bep.

Ada noti masuk. Edlynn membuka noti tersebut . Danial.

Danial
Suapkan aku sekali.

Edlynn menyimpan telefonnya semula. Malas nak ambil tahu.

Danial
Better kau ikut cakap aku. Kalau tak aku kantoikan kau tinggal serumah dengan aku.

Edlynn melangkah ke sebelah Danial yang kosong. Dia menyuapkan makanan ke dalam mulut Danial dengan kasar.
"Kasarnya. Patutnya kau suap aku dengan penuh kasih sayang." Edlynn membuat ingin muntah. Baldi please.
"Bersyukurlah aku dah suapkan. Macam tak ada nasi sendiri. Asal tak makan nasi kau? "
"Kau tu? Asal makan lagi? Tadi kan dah makan kat rumah. " kata Danial.
"Lapar. Dah. Aku nak balik tempat duduk aku. Jangan kacau aku lagi. "Tegas Edlynn.
Danial mengangkat bahunya. Headphone dipasang. Dia sudah hanyut di dalam dunia sendiri.

Edlynn kembali ke tempat duduknya di sebelah Rayyan. Nasi goreng sudah dihabiskan. Bekas plastik dibuang ke dalam plastik sampah yang disediakan di setiap  barisan kerusi.

"Rayyan, jom main game. "Ajak Edlynn. Rayyan hanya mengangguk tanda setuju.
"True or dare. " cadang Rayyan. Ok. Jawab Edlynn.
"Aku dulu. True or dare? "Soal Edlynn. "Dare"
"Peluk Umar. "
"What!! Kau fikir aku gay ke? " ujar Umar.
"Dare kan? "
"Yelah. " Rayyan membisikkan sesuatu kepada Umar. Sejurus itu, Rayyan terus memeluk Umar. Sekejap cuma. Kerana pelajar di belakang kami, pandang seriau kepada Rayyan. Selepas itu, Umar dan Faiz pula menyibuk nak join game. Danial tidak mahu join kerana sibuk mencipta lirik. Untuk not muziknya yang terbaru. Yang mampu membuatkan Edlynn mengalirkan airmata.

"Aku nak kau pickup line Ian sampai dia ketawa. " Itulah dare untuk Edlynn dari Faiz. Kurang ajar punya kawan. Edlynn melangkah ke Danial. Mukanya serius.

Ehem. Danial menoleh. Kening sebelah kiri diangkat ke arah Edlynn yang tersengih macam kerang busuk.

"Awak sibuk tak? " Pelik Danial melihat Edlynn. Awak?
"Awak ni kamera ke? Kenapa setiap kali tengok awak, saya tersenyum? "Soal Edlynn.
"Sebab kau gila. Senyum sorang-sorang." Muka Danial masih serius.
"Alah. Kau ni. Supportlah aku. Diorang dare aku tu. Kau ketawa fake pun tak apa? "Bisik Edlynn ke telinga Danial.
Hah. Childishnya korang. Tak ada dare lain ke? Dare ini juga. "Balas Danial.
"Tolong aku please..."Edlynn mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Cepat. Buat pick up line lain. "Arah Danial.
"Awak ni matahari ke? Sebab saya cair bila dengan awak. Hahaha.. "Fake betul tawa Edlynn. Memang tak ada gen humor betul.
Muka Danial makin ketat.

"Setiap kali saya tengok awak, awak terlihat masa depan saya dengan awak. Wink. 😘" Hah, kau. Baik punya pick up line.
"Jadi gf aku. "
"What? " Cuak Edlynn.
"Hahahahahaa... Takut pun kau. Joke. Lol. Dah, pergi sana. Jangan kacau aku lagi. "Danial menghalau Edlynn. Dia kembali ke belakang dengan wajah bangga. Rayyan, Umar dan Faiz berasa tidak percaya apabila Danial mampu ketawa di saat mencipta lirik baru. Memang satu kepantangannya sekiranya waktu Danial sedang mencipta lirik dikacau.

"Terror lah kau. Macam mana kau buat? " soal Faiz. Dia ingin mengorek rahsia daripada Edlynn. "Tengok kakilah. "Jawab Edlynn sambil menunjukkan kakinya yang dibaluti skinny jeans warna hitam sebelum ketawa terbahak-bahak. Rayyan mengangkat bahu. Umar buat wajah nak muntah. Faiz sudah seperti sotong. Menggoyang-goyangkan badannya.
Faris yang dari tadi mendengar perbualan mereka berasa geram. Kenapa kau abaikan aku?10 tahun dah perkara tu berlalu.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now