bab 34

5.8K 218 0
                                    

Fashion week Paris, France.

Edlynn sibuk menguruskan pentas untuk fashion week malam ini. Dia cuma ada 5 jam untuk menyiapkan pentas. Fashion week pada kali ini berlainan dengan fashion week yang biasa dilakukannya. Untuk kali ini, Rianna's X Ralph Lauren akan diperagakan buat julung kalinya di pentas yang besar. Edlynn sedikit berdebar. Jika fashion show kali ini berjaya, berkemungkinan syarikat pakaian lain seperti Dolce & Gabbana,  Giorgio Armani dan Prada akan bekerjasama dengan jenama ini pula. Dan Rianna's mampu berdiri kukuh di dunia fesyen.

Untuk slot pertama, pakaian kasual. Seterusnya, pakaian untuk winter season. Dan akhir sekali, pakaian pengantin dari koleksi Rianna's.

"Hey, the lighting! Not really siutable for this slot. I want more soft. Use soft and pastel colour. When the models walk in, spot on them. "Arah Edlynn. Kru produksi yang menguruskan bahagian pencahayaan mengangguk. Edlynn berpuas hati untuk bahagian lighting. Sound system juga diperiksa untuk memastikan mikrofon berfungsi dengan baik dan tiada gangguan teknikal. Berpuas hati, Edlynn beralih pula kepada bahagian belakang pentas. Para model sedang berlatih untuk berjalan mengikut formasi yang telah dirancang. Untuk slot pertama iaitu pakaian kasual, seramai 100 orang model akan memperagakan pakaian serentak mengikut laluan tang telah ditetapkan.
Slot winter season pula, seramai 40 pasangan model akan memperagakan pakaian secara bergilir dan berterusan.
Dan pakaian pengantin pula, 50 pasangan model akan memperagakan pakaian secara bergilir. Mereka akan berdiri lebih lama di atas pentas  untuk memperagakan pakaian sebelum bergilir dengan pasangan seterusnya. Pasangan terakhir pula akan keluar bersama Edlynn sebelum semua model akan beratur panjang di atas pentas.

"Edlynn, kau berangan ke? "Tegur Boy. Tersentak Edlynn.
"Tak adalah. Aku nervouslah. First time kut jenama ni ada kat pentas besar. Selama ni Rianna's je. Aku takut kalau Mrs. Miller tak puas hati. "Edlynn mengenggam erat kedua-dua tangannya. Boy mengusap belakang Edlynn. Menenangkan Edlynn.

"No biggielah. Kau kan dah biasa. Everything gonna be alright. Just confident. "Edlynn mengangguk perlahan.

"Edlynn, kenapa tak tukar baju lagi? Kejap lagi je majlis nak mula. Nak mekap lagi. Ishh, aku yang tak sabar tengok kau. "Tegur Maya yang dari tadi ke hulur hilir menguruskan majlis.

"Alah. Aku tukar sekejap je. Danial ada call? "Tanya Edlynn kepada Danial. Memandangkan telefonnya dioegang oleh Maya.

"Ada. Dia cakap dia tak dapat datang. Dia kena pergi Rusia. Ada kerja. Baru tadi bertolak. Tak tahu sampai bila. Yang aku risau sampai majlis nanti tak balik. "Pantas Boy menepuk lengan Maya. Maya menggosok perlahan lengannya.

"Orang tengah nervous tu. Awak jangan tambah nervous plus risau dia. Pengsan nanti. Kau ok, Ed? "Tanya Boy. Edlynn mengangguk. Risau pula dia dengan Danial. Dah cuti pun kena panggil kerja. Nak buat macam mana, negara nombor satu.

"Aku nak tukar baju dululah. Nanti 30 minit sebelum majlis, aku turun. "Edlynn pantas melangkah ke biliknya di bahagian atas. Fashion week ini diadakan di Hotel Grand Dorsett di tengah bandar cinta, Paris. Jadi, senanglah dia untuk menguruskan fashion show ini.

Badan dihempaskan ke katil empuk. President Room menjadi pilihan. Senang untuknya menguruskan majlis. Apatah lagi bilik ini menghadap Eiffel Tower. Pemandangan yang sangat indah. Dapatlah dia mencuci mata. Walaupun bukan dengan tercinta, sebab yang tercinta kena pergi kerja. Haha. Jiwang gila.

Edlynn membersihkan diri. Dress labuh A cut berwarna hitam menjadi pilihan. Wajah dimekap ala kadar. Clutch berwarna emas dicapai. Dimasukkan gincu, bedak kompak dan telefon ke dalamnya. Masih awal lagi untuk turun. Dibuka aplikasi Instagram. Dimuat naik gambarnya yang sudah bersiap untuk fashion show. Sekejap sahaja sudah beratus like. Dia menaip. @_hafizpark. Ada gambar baru. Gambarnya sedang berpakaian kasual. Sweatshirt berwarna kelabu dan skinny jeans hitam. Caption:cuti pun kena kerja juga. Hahaha.. Tulah, jadi askar lagi. Kena berkorbanlah sikit Danial oi. Beratus komen memenuhi post itu.

Riazzz_kenapa hensem sangat
Maria__im melting.
_Laila jom kahwin.
Maria__ @_Laila mana boleh? Hafiz park nak kahwinlah.
_Laila @Maria__ dengan siapa
Maria__@_Laila dengan akulah. Hahahaha.
_Laila @Maria__ mana boleh. Hafiz dengan akulah.
Maria__@_Laila akulah. Hafiz sayang aku.
Dah gaduh pula budak dua orang ni. Sesapa je. Macam kenal Danial je. Aku ni ha nak kahwin dengan Danial. Dua minggu je lagi. Tapi tak serupa nak kahwin pun. Seorang fashion week, seorang lagi misi. Baguslah. Urusan perkahwinan pula nasib baik diuruskan dengan baik oleh Clara. Kalau tak, tak tahu lah nak suruh siapa.
Masing-masing anak yatim piatu.

Tuk. Tuk.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Edlynn semula. Dibuka daun pintu berkenaan. Maya.

"Edlynn, jom turun. Para model perlukan kau. Orang bawah pun sibuk nak uruskan model. Tetamu mulai datang. Aku ada nampak Kate Middleton dengan Prince William. Prince Harry pun ada. Oh, gosh. Melting aku. "Ajak Maya. Sejak bila Maya segedik ni? Sebab dia kahwin dengan Boy ke?
Edlynn mencapai high heels setinggi 5 inci berwarna merah sebelum menutup pintu semula. Bersiap untuk fashion show. Rambut perang aslinya dibiarkan lepas melepasi paras pinggang.

Dihela nafas panjang sebelum berlalu masuk ke dewan. Ballroom hotel yang sangat indah. Para tetamu kehormat sudah duduk di kerusi VVIP. Edlynn tersenyum melihat mereka. Membalas senyuman mereka.

-----------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now