bab 40

6.6K 215 5
                                    

Kota Terlarang, Beijing, China.
---------------------------------

"Edlynn, bangun. Kita dah sampai ni. "Kejut Danial. Edlynn yang dari tadi tidur menggeliat panjang. Lenguh badannya tidur dalam keadaan tidak selesa. Walaupun kerusi di ruang kabin kelas pertama boleh dilaraskan, namun Edlynn lebih gemar tidur di atas katil. Lebih empuk. Lebih selesa. Tidur pun lena. Sebelum ini pun Edlynn jarang tidur dalam perjalanan menggunakan pengangkutan udara apatah lagi kapal terbang. Mungkin biologi tubuhnya terlalu penat sehingga memaksa otak untuk menafsir agar Edlynn tidur.

Dengan keadaan mamai, Edlynn keluar dari kapal terbang. "Macam pelik je airport ni? Tak macam KLIA pun. "Mata Edlynn melilau melihat keadaan sekeliling. Rata-rata pengunjung ialah bermata sepet dan bercakap dialek Mandarin. Tulisan juga banyak di dalam tulisan cina. Edlynn yang mahir sedikit Bahasa Mandarin menafsir tulisan itu.

Beijing Shoudou Guoji Jichang
(Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing)

Melonjak kegembiraan Edlynn membaca tulisan itu. Tak sangka dia dapat menjejakkan kaki ke tanah besar China. Bersama suami tercinta, Tengku Danial Hafiz Park Bin Tengku Badli Shah. Sudah sekian lama dia berhajat untuk melancong ke sini, namun kesuntukan masa membuatkan Edlynn terpaksa melupakan hasratnya. Apatah lagi Rianna's X Ralph Lauren baru sahaja hendak berputik sebelum berkembang dalam dunia fesyen.

"Danial. Tampar aku. Betul ke kita kat Beijing? "Soal Edlynn. Terus berubah toya wajah Danial. Susah dapat isteri yang selalu berimaginasi sampai realiti pun jadi ilusi.

Pantas Edlynn mengaduh apabila tangan Danial hinggap di lengannya. Kuat doh tamparan dia. Tamparan seorang tentera. Edlynn menggosok-gosok lengannya yang kesakitan itu.

"Jom, ambil beg. Hari ni kita bagpacking traveller. Kuen tien!!Kita ada seminggu je untuk teroka China. "Laung Danial meninggalkan Edlynn di belakang. 2 bag sandang jenama Mountain Camel diambil. Satu disandang manakala satu lagi dihulur kepada Edlynn. Langkah diatur untuk mencari teksi.

"Apa destinasi pertama kita? "Soal Edlynn sebaik sahaja memasuki perut teksi. Danial membelek telefon bimbitnya.

"Kita pergi makan dulu. Aku laparlah. Kau tak lapar ke? "Tanya Danial. Edlynn mengangguk laju. Dari tadi perutnya berkeroncong sebaik sahaja kaki menjejak tanah.

"Dasar perut buaya. Kita try makanan Cina halal. "Teksi berhenti di sebuah kedai makanan cina halal yang terletak di pusat bandar. Senang sahaja untuk mencari makanan halal di China memandangkan ramai rakyat Malaysia datang untuk belajar selain melancong. Hubungan demokratik dua hala antara Malaysia -China telah memudahkan rakyat Malaysia dan China sendiri.

Danial memesan mee hokkien dan teh o panas manakala Edlynn mencuba sup ikan yu dan dim sum. Air limau suam menjadi pilihan untuk menghilangkan dahaga. Sungguh sedap makanan di sini. Sesuai untuk semua peringkat usia. Pedas pun tak pedas sangat. Just nice gitu.

Seusai itu, mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Beijing. Lagipun Beijing merupakan ibu negara China yang mempunyai sejarah tersendiri. Hampir 3000 tahun, sejarah tersebut tersimpan di kota ini.

"Danial. Jom masuk sini. "Ajak Edlynn. Museum National China. Danial mengeluh melihat papan tanda yang bertulis tulisan cina itu. Perlu ke Edlynn Adrianna yang sudah menginjak usia 30 tahun mengajak Tengku Danial Hafiz ke dalam muzium yang selayaknya untuk budak-budak?

"Perlu ke? Kita bukan bawa budak kecil pun? "Soal Danial. Hatinya berasa ragu-ragu untuk melangkah masuk ke dalam muzium. Such a childish. Edlynn merengek manja meminta untuk mengunjungi muzium itu. Sebab sayang aku turutkan.

Edlynn berasa teruja membaca catatan sejarah yang terukir pada artifak tersebut. Pasu seramik dari zaman Dinasti Qing pun ada. Sangat halus ukiran tersebut. Hanya pakar sahaja yang dapat mengukirnya. Pasti Umar pandai untuk mengukirnya. Maklumlah pembuat pasu terkenal apatah lagi keturunan Umar memiliki tangan yang cantik untuk membuat pasu. Anak Lisa dan Umar juga pasti begitu. Bilalah mereka nak timang cahaya mata? Tak sabar nak jadi mak cik. Aik, bukan patut aku pun kena mengandung ke? Timang zuriat sendiri. Erk... Kelu lidahnya bermain dengan persoalan hatinya.

"Ed. Kau menung apa? Jomlah pergi tempat lain. Muzium ni besar tau. " Seterusnya, mereka melangkah ke bahagian susur galur keturunan maharaja China. Dikhabarkan dahulu, tiada siapa pun yang dibenarkan melihat wajah maharaja China dek kerana kekuasaannya yang terlalu agung. Nescaya akan timbul ketumbit di matanya apabila rakyat marhaen melihat wajah maharaja mereka. Sultan Melaka pun tidak pernah bertentang mata dengan maharaja China. Manakala kisah Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Melaka pula adalah suatu platform untuk mendekatkan jarak dan hubungan demokratik antara Melaka-China pada masa itu dan akhirnya hubungan itu semakin bertambah erat dengan kemasukan dua ekor panda ke Malaysia.

Puas meronda seluruh muzium, Danial mengajak Edlynn ke Kota Terlarang. Kota Terlarang ialah tapak istana sejak Zaman Dinasti Qing dan Ming. Istana tersebut masih kukuh berdiri di Beijing. Dengan berskala 720,000 meter persegi dan keluasan 150,000 meter persegi dengan perumahan sekitar 980 meter persegi, Kota Terlarang  telah dinobatkan sebagai istana kuno terlarang dan terlengkap di dunia.
Istana ini dibina pada tahun 1406 dan siap dibina pada 1420 dan didominasi oleh warna merah dan emas menghiasi keseluruhan istana. Dek kerana ketakjuban Edlynn yang melampau, Danial dipaksa untuk menjadi fotografi tak bergaji Edlynn. Hampir setiap ceruk kawasan istana menjadi latarbelakang fotonya.

Lagu Grenade nyanyian Bruno Mars bergetar di poket seluar Danial. Pantas Danial mencampak iPhone 0.5s Metallic Edlynn kepada tuannya. Mujur Edlynn pantas menyambut. Jikalau calarlah iPhone yang baru dibeli bulan lepas. Memang di sekeh kepala Danial.

"Ya, Tuan.... "
"............"
"Saya di China, Tuan. "
"................"
"Baik, Tuan. "
Danial menamatkan panggilan. Edlynn hairan. Wajah Danial jelas tegang.

"Kenapa, Danial? "Tanya Edlynn menurut langkah Danial keluar dari Kota Larangan.
"Tak ada apa-apa. Cuma panggilan biasa. "Jawab Danial. Edlynn mengangkat bahunya. Tanda tidak tahu apa-apa.

                                ***
"Kesan musuh kita. Saya akan sertai misi dua hari lagi. Pastikan target tidak lari. Saya tidak mahu peluang ini disia-siakan. "

Beberapa pemuda di situ mengangguk laju. Individu yang bersuara tadi tu mengangguk faham. Langkah diatur keluar.

-------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now