bab 23

6.7K 263 1
                                    

"Aku pergi dulu. Kau duduk kat Malaysia tu senyap-senyap. Aku dah suruh Nat jaga kau. Kau keluar dari rumah tanpa pengetahuan Iman,siap kau! "Pesan Rayyan. Dia, Boy dan Maya akan berangkat ke London esok. Oleh itu, hari ini dia harus pulang ke Jakarta. Memandangkan kapal terbang hanya selamat terbang dari Jakarta.

"Ya. Aku akan pastikan  Nat tidur sebelah aku. Dah pergi sana. "Halau Edlynn.

"Ed, nak usya askar tu lagi ke? "Canda Boy.
"Kau nak kena makan penumbuk aku ke? Danial tu kawan lama. Kawan Rayyan juga. Faiz, Umar dan Nat juga. Ada faham. Nak terang berapa banyak kali. "Omel Edlynn. Dari Boy mengetahui kewujudan Danial, dia asyik mengusik Edlynn dengan Danial.

"Eleh, kawan konon. Kau jangan kahwin tak jemput aku. Memang aku kerat jari cantik kau tu. "Kata Boy. Dia menayang muka ganas. Alah, orang secomel Boy nak tayang muka ganas. Macam mak nyah aku tengok. Boy ni dia seiras dengan Shaheizy Sam cuma Boy ni terlebih hormon gedik.

"Maya. Bawa balik laki kau ni. Oh ya, handle press conference aku tu elok-elok. "Pesan Edlynn. Maya hanya mengangguk. Antara Maya dan Boy, memang Maya jauh lebih matang berbanding Boy atau nama sebenarnya Ahmad Khuzairi. Jip yang membawa mereka ke Jakarta sudah tiba. Natalia de la Valiante pula keluar dari jip itu. Memang main gilir-gilir sebenarnya. Rayyan, Boy dan Maya pun berangkat ke Jakarta meninggalkan Natalia yang baru tiba dan Edlynn.

"Ed. Kau memang kena ikat dengan aku nanti. Risau tau Rayyan cakap kau patah kaki. Esok kan kau baru balik dari sini? "Soal Natalia. Mulut becok dia tak pernah berubah sejak 12 tahun yang lalu. Dah kahwin pun macam ni. Opss.... Hehe . Natalia dah kahwin tau. Dengan Umar. Tapi dia tak ikut Umar pergi Korea Selatan. Nak jaga Edlynn yang tak tahu jaga diri katanya. Lagipun bulan depan Umar nak balik pun. Dan Natalia dah masuk islam cuma tak tukar nama. Banyak betul perubahan sepanjang 12 tahun ni.

"Ya, mak. Dah, aku tunjukkan kat kau someone yang dah lama ghaib. "Edlynn menapak ke khemah kawalan dengan tongkatnya yang tak boleh lepas.

Kelihatan dua orang askar sedang berjaga di luar khemah.

"Danial Hafiz ada? "Soal Edlynn. Natalia sudah melopong.
"Kau jumpa dia kat sini? "Soal Natalia. Edlynn mengangguk laju.

"Maaf. Siapa Danial Hafiz? Adakah maksud cik Me... "Tanya askar itu.

"Kau nak apa cari aku Ed? "Soal Danial yang muncul keluar dari khemah. Dia menggeleng kepada askar itu. Askar itu pula membalas dengan mengangguk.

"Ni Natalia. Natalia, ni Danial. Askar paling poyo kat sini. "Perli Edlynn.

"Woahhh, kau dah jadi askarlah Ian. Salute sama lu lah. "Natalia memberi tabik kepada Danial. Danial hanya tertawa.

"Kecohlah korang. Jom... "

"Tuan.. "Panggil Nadia. Dia membawa sedulang minuman ke khemah kawalan.

"Nadia. Kenalkan ni bakal isteri saya, Edlynn dan ni Natalia, kawan Edlynn. "Nadia menunduk hormat. Mengantikan salam kerana tangannya penuh dengan dulang minuman. Edlynn menyiku perut Danial.
Danial mengecilkan matanya. Meraih simpati.
'Buat muka simpati pula'. Edlynn hanya tersenyum manis melihat Nadia.

"Tuan, ini air untuk Tuan. Bagus untuk menyembuhkan luka Tuan. "Kata Nadia.
"Tuan? Kau buat lawak ke? Dia ni askar biasa je kut. Tak payah Tuan sangat. "Sindir Edlynn. Natalia berasa pelik. Takkan askar biasa dipanggil Tuan.

"Nadia. Kan aku dah cakap jangan panggil aku Tuan lagi. Ed, dia ni memang. Suka perli aku. "Danial bermain dengan rambut Edlynn yng diikat satu.

"Tapi... "
"Letak air tu kat dalam. Kejap lagi saya minum. Saya nak bawa mereka jalan-jalan sekejap. "Tanpa isyarat, Danial sedang mengangkat Edlynn dengan keadaan kepalanya menghadap tanah. Seperti angkat beras tu. Diletakkan di bahu. Tongkatnya yang jatuh dikutip Nat.

"Woi.. Aku tahulah aku gayat. Jangan buli aku. Aku boleh jalanlah. "Teriak Edlynn. Danial tidak mengendahkannya malahan berlari laju. Natalia pula yang berasa penat . Yelah baru lepas flight, lepastu naik kereta 5 jam then kena lari laju.

"Tengku Danial Hafiz Park!!!!! "Jerit Edlynn yang gayat itu. Akhirnya Danial berhenti dan mendudukkan Edlynn. Natalia baru tiba dengan tercungap-cungap.

"Kau buat lagi macam tu, aku sepak kau. "Ugut Edlynn. Danial hanya ketawa.

"Sepaklah. "Provoknya.
Edlynn pantas menyepak betis Danial dengan kakinya yang tidak berbalut.
"Sakitlah!!! "Raung Danial.
"LEMBIK!! "

                                      ***

Edlynn yang kepenatan sudah lena diulit mimpi. Natalia memandang Danial dam mengajaknya keluar.

"Kau bukan askar biasa kan? "Soal Natalia sambil berjalan. Danial terkedu. Macam mana tahu?

"Rilek. Ed tak tahu. Kau ni apa sebenarnya? " Danial menghembus nafas yang panjang.
"Mejar Jeneral. Jawatan ketiga tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. "
"Habis tu kenapa kau tak bagitau Ed? "Tanya Natalia lagi. Hairan dia dengan Danial ni.
"Biar dia kuat. Dia kuat kalau aku lemah. Aku nak dia jaga diri sendiri. "Kata Danial.
"Perasaan kau kat dia masih sama? "
"Aku masih cintakan dia lagi. Tapi aku tak nak risikokan diri dia sendiri. Maybe kalau dia kahwin dengan aku, tittle janda tu senang nak dapat. "

"Hello. Kau merepek apa? Dah suka tu kahwin jelah. Tak faham aku dengan korang ni. Edlynn tu 12 tahun sedih je tau. Bila dengan kau, baru nampak muka dia yang happy tau. Betul-betul happy. "

"Rayyan?"

"Rayyan tu? Rayyan cuma tolong Ed je. Kembangkan bisnes Ed. Kau nak tahu satu rahsia? "Bisik Natalia. Matanya melilau memastikan tiada yang mendengar.

"Edlynn Adrianna.... Suka...... Tengku Danial Hafiz Park!!! " Natalia berbisik di telinga Danial.

"What?? "

-----------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora