bab 15

7.3K 255 6
                                    

Hari Isnin. Monday blues. Perasaan mengantuk masih menguasai Edlynn. Perhimpunan rasmi tidak diendahkan. Ucapan pengetua diabaikan. Berapa lama lagi kena tahan mata? Omel Edlynn.

"Pengumuman. Perkhemahan bestari buat calon O-level akan diadakan pada minggu ini. Tarikh perkhemahan tersebut ialah 12 Oktober-15 Oktober 2017. Rabu ini sehingga Sabtu. Bertempat di Hutan Simpan Bukit Kayu Hitam, Perlis. Semua calon diwajibkan sertai perkhemahan ini. Calon dari sekolah lain juga ada. Sebarang masalah, sila rujuk Mrs. Jennifer. Pelajar dibenarkan pulang ke kelas. "Umum pengacara majlis. Semua pelajar bersurai dari dewan perhimpunan yang sangat besar itu.

Haish, camping pulak. Letih aku dengan permainan dunia ni. Siapa pula yang hanatr aku surat ugutan itu?  Siapa aku sebenarnya? Pelbagai persoalan bermain-main di benak fikirannya.

"Ed, asal kau senyap je sejak dua menjak ni? Kau ok tak? Kat rumah pun jarang makan saing. Kau kenapa? Mind to share your problem ?"soal Danial. Subjek sekarang ialah seni namun Mrs. Fina belum muncul. Maka ramailah yang membuat seni juga. Bising.

Edlynn menggeleng. Dia tidak mahu Danial tahu akan masalahnya. Biarlah dia yang tanggung seorang diri.

"Memang kita tak ada apa-apa hubungan pun tapi aku sedih kalau kau sedih"ujar Danial. Edlynn tertawa kecil.
"Ayat kau playboy sangat. Terharu kejap. Tisu please. "Danial mencebikkan bibirnya. "Siallah kau. Untung aku caring. Susah tau nak buat aku kisah pasal orang lain. "Keluar sudah carutan Danial.
"Balik teman aku beli barang pergi camping. No excuse. "Arah Danial. Eleh, pergi camping pun nak beli barang baru. Inilah orang kaya.

                                     ***

Dah puas Edlynn merungut supaya mereka berhenti rehat dahulu namun Danial tegah. Katanya banyak lagi barang belum beli. Banyak barang belum beli? Berkoyan-koyan beg kat tangan dia tu apa? Toiletries, seluar track, sportshoes, bajulah whatever dia beli. Borong terus satu mall ni. Edlynn melepaskan lelah di bangku kerusi di hadapan sebuah kedai perhiasan. Danial masih ralit memilih sportshoes kat kedai kasut.

"Akak, ada orang bagi. " Seorang budak perempuan datang menyapa Edlynn. Dia menghulurkan sebuah kotak yang dibalut cantik.
"Terima kasih. " Budak itu pun berlalu. Selepas memberikan Edlynn kotak tersebut. Edlynn membuka kotak tersebut. Bau itu!!!
Sebotol balang yang mengandungi bangkai tikus dan dilumuri darah. Di dalam kotak cantik tersebut. Sticky note yang dilekat di luar balang diambil.

Luaran yang indah tapi dalaman yang busuk. Seperti Tan Sri Kamal Edri. 😉

Siapa kau sebenarnya? Mata Edlynn melilau mencari bayangan yang mencurigakan. Semua seperti normal. Kotak tersebut dibuang ke dalam tong sampah berhampiran. Langkah dibawa menuju ke Danial.

'Tolak hadiah aku? Tak apa kita tunggu.'

                                       ***
"Kenapa dia selalu bagi aku bangkai tikus? Ada kaitan ke? Itu ke klu untuk diri aku. Mak. Abah. Kenapa biarkan Ed macam ni? " Edlynn merebahkan dirinya ke atas katil queen miliknya.

Daun pintu terkuak. Danial. Bersama gitar.
"Dengarkan lagu baru aku ini. Aku baru buat note,belum ada lirik. Dengar eh" Sesuka hati dia je suruh aku dengar. Bukan first time tapi dah bertime-time. Muak aku dengar. Dah lah tak ada mood. Hati kata lain, mulut kata lain. Edlynn mengganguk.

Danial membetulkan kedudukannya. Not gitar dicari. Ok, cun. Danial memetik gitar akustiknya. Perasaan Edlynn melayang sebaik mendengar not lagu tersebut. Sedapnya. Macam lagu sedih.

Memorinya bersama ibu bapanya terbayang . Dari saat dia dipertemukan dengan ibu bapa angkatnya. Ya. Mak dan abah hanya ibu bapa angkatnya. Yang sanggup membelanya. Dari sekecil tapak tangan sehingga dah besar kini. Sampai Edlynn mampu menguruskan diri sendiri. Jasa mereka sangat besar. Abah walaupun tegas, namun tidak pernah menaikkan tangannya. Sabar menasihati Edlynn. Mak. Kuat membebel. Namun, dalam bebelannya, ada kebenaran. Tubir mata sudah digenangi air mata.

Diberikan oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui siapa, Edlynn dipertemukan dengan mak dan abahnya. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Walaupun sering mengikat perut dek kemiskinan yang melanda namun keluarga mereka kaya dengan kasih sayang. Mak. Abah. Ed akan balas jasa mak dan abah.

"Ed. Kau nangis? "Tegur Danial. Dia sudah berhenti memetik gitar. Edlynn menyeka air matanya yang laju mengalir di pipinya.
"Aku ok. Sedap. Kau ciptalah lirik untuk lagu itu. Mesti hit. Bolehlah kau jadi penyanyi terkenal. "Sakat Edlynn. Tawanya kedengaran palsu.
"Aku tak nak jadi penyanyi. Aku nak jadi askar." jawab Danial. Kerutan  terukir di atas dahi Edlynn.
"Kenapa kau nak jadi askar? Typical anak lelaki kaya kan akan pilih untuk teruskan legasi keluarga or jadi someone yang terkenal. " soal Edlynn.
"Tapi jiwa aku tak ke situ. Aku lebih rela korbankan nyawa aku untuk pertahankan negara dan umat islam. That's my priority. Kau? "
"Aku? "Soal Edlynn pelik.
"Yelah kau nak jadi apa? "
Edlynn berfikir sebentar.
"Aku nak jadi fashion designer. Aku nak semua kagum dengan hasil kerja aku. Design aku. " Edlynn menjawab dengan bersungguh-sungguh. Impiannya untuk melihat butik yang sedang diusahakan barjaya dan menempa nama sebaris dengan jenama terkenal lain.
"Aku bukan apa. Tapi aku takut. Aku takut kau punca kemaksiatan berlaku. " kata Danial. Riak terkejut muncul di wajah Edlynn.
"Kenapa kau cakap macam tu? "
"Sekarang, semua orang nak kerja yang glamor, boleh banyak buat duit. Tapi diorang tak pernah fikir apa sumbangan beliau kepada agama mereka. Islam. Misalnya, kes rasuah bermaharajalela dalam kalangan peniaga. Tak kiralah besar mahupun kecil. Semuanya kerana bertuhankan duit. Padahal mereka boleh menjadikan perniagaan mereka satu ibadah. Ibadah yang boleh memberatkan timbangan mereka di padang mahsyar kelak. Kalau fashion designer, misalnya. Kau boleh menjadikan kerjaya sebagai satu platform untuk berdakwah. Kau buat satu pakaian yang menepati syariat islam. Menutup aurat. Kalau kau buat pakaian yang tak menutup aurat, dosa si pemakai akan terpalit pada kau juga. Aku tak suruh kau berubah secara mendadak. Berpurdah, berjubah. Aku cuma harap kau tak mendedahkan aurat kau kepada bukan muhrim kau. "Ulas Danial. Orang putih cakap, don't judge book by its cover. Siapa sangka seorang playboy mempunyai pandangan yang sangat luas tentang masa hadapan islam. Tersentap Edlynn. Dia mengakui walaupun solatnya penuh namun dia tidak menjaga auratnya dengan baik. Mulai esok, aku akan pakai baju yang lebih sopan. Walaupun tak pakai tudung lagi.
Wajah Danial dipandang. Terima kasih, sahabat. Sahabat yang baik akan menegur sahabatnya apabila mereka dalam kejahilan.

-----------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now