bab 29

6.9K 240 0
                                    

Jennie As Nadia Nasuha
--------------------------------------

Peguam keluarga Tan Sri Badli Shah, Encik Ramli melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu rumah agam Danial. Dibuka briefcasenya.
"Semua pewarisnya sudah ada? "Soal Encik Ramli. Danial mengangguk. Sebenarnya pewarisnya hanyalah Danial dan Edlynn.

"Menurut wasiat yang dibuat oleh arwah Tan Sri, semua harta dan aset milik beliau dan isteinya diserahkan kepada anak tunggalnya, Tengku Danial Hafiz Park. Manakala sejumlah tanah di Hartamas dan wang tunai sebanyak £100,000 dihadiahkan kepada anak angkat beliau, Edlynn Adrianna. "Encik Ramli membaca wasiat yang dibuat daddy.

"Maaf, encik. Kalau saya tak nak hadiah tersebut, boleh? "Tanya Edlynn. Danial memandang Edlynn.

"Maaf, cik Edlynn. Arwah Tan Sri suruh saya pastikan wasiat ini terlaksana juga. Permintaan terakhir arwah semasa beliau menulis wasiat supaya pewarisnya hidup bahagia dan tidak bermusuhan sesama sendiri. Idea paling baik bagi beliau ialah menyatukan Cik Edlynn dan Tuan Danial. "

"Hah!! "Jerit Edlynn dan Danial serentak.

"Itu hanya idea beliau. Beliau kata, kalau kamu berdua tidak melaksanakannya tidak mengapa, cuma beliau rasa terkilan. "Terang Encik Ramli.

"Baiklah. "Putus Danial. Edlynn membuntangkan matanya.

"Saya akan melaksanakan amanat terakhir daddy. "

"Ian.. "

"Saya pulang dulu. Terpulang kepada cik dan tuan untuk menentukan. Saya hanya melaksanakan amanat arwah Tan Sri. "
Encik Ramli bangun dari sofa sebelum meninggalkan rumah agam tersebut.

"Ian.. "

"Dengar dulu cakap aku. Tengok mata aku. Tenung mata aku. "Arah Danial. Edlynn memandang mata Danial yang sangat cantik. Adil ke lelaki mempunyai bola mata biru sapphire yang sangat cantik?

"Dah lama aku nak cakap perkara ini. Aku suka kau. "Luah Danial. Dia mengenggam erat tangan Edlynn. Edlynn mencari keikhlasan dari mata Danial.

"Danial. "
"Shhhh "Danial meletakkan jari telunjuknya di bibir Edlynn.
"Aku tahu kau pun suka kat aku juga kan. Ngaku je lah. Penat aku nak beromantika de amor ni. "Ujar Danial. Sebelum tawanya meletus. Edlynn pun tertawa kecil.

"Ishh. Tak romantiklah kau ni. Cakap lagi sekali. "Kata Edlynn. Memeluk tubuhnya menyembunyikan senyumannya.

"Edlynn Adrianna. Aku suka kau. I love you. Aishiteru. Wuainni. Jet'aime. Saranghae. Chan rak ter. Nak tak jadi isteri aku? "Soal Danial.

Edlynn menumbuk bahu Danial. Tangisnya cuba disembunyikan.

"Ishh, nasib baik aku dah lama kenal kau. Kalau tak, aku reject kau. "Kata Edlynn.
Danial ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Edlynn.

                                    ***
Rayyan Hadad melangkah masuk ke kedai bakeri itu. Nak belikan cupcake untuk ibunya yang gila cupcake terutama sekali dari dari kedai bakeri ini.

Rayyan mencari cupcake yang comel di ruang cupcake. Yes, ada pun chocolate mint cupcake untuknya. Itupun tinggal satu. Dicapai sebelum ada tangan juga yang ingin mencapainya. Dilihat gerangan itu. Seorang wanita yang manis rupanya. Berpakaian askar. Dia hanya tersenyum melihat wanita itu.

"Awak ambillah. "Kata Rayyan. Dia menghulurkan cupcake tersebut kepada wanita itu.

"Tak apa ke? "Soalnya. Rayyan mengangguk. Dilihat nametag pada seragam itu. Nadia.

"Its ok. Ada banyak lagi cupcake lain. Awak ambillah. Mesti awak craving kan? "Kata Rayyan. Gentle.

Nadia mengangguk.
"Aah. Saya nak rasa chocolate mint cupcake ni sebelum saya berangkat ke Pakistan esok. Terima kasih. "Nadia memberi senyuman manisnya kepada Rayyan sebelum ke kaunter.

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now