BAB 3

9.9K 332 1
                                    

Edlynn menilik pakaiannya. Baju long
sleeve warna baby blue,skinny warna hitam dan kasut Converse biru jeans. Ok perfect. Lips balm tidak lupa dioleskan sekali sebelum melangkah ke taman.

Di sana,dia melihat Danial membelek iPhone 8 Plus Gold miliknya sambil bersandar pada Audi R9 warna putih yang diparkir tepi jalan. Gaya Danial pula macam copy paste Edlynn. Baju long sleeve warna dark blue,jeans Levis warna hitam dan Vans warna dark blue. Tidak lupa kaca mata hitam berwarna light brown menghiasi wajah putih mulusnya.

"Ehem..." Edlynn berdehem mengejutkan Danial yang ralit membelek telefonnya. Taulah telefon mahal. Dari aku ni telefon pun tak ada.

"Lambat 15 minit. Kena denda." Danial menyimpan telefonnya ke dalam poket lalu menyilangkan kakinya. Tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar. Bajet cool.

"Kenapa kena denda? Lagipun rumah aku jauh lepastu kena jalan kaki. Lainlah kau. Naik kereta sport lagi." Bebel Edlynn. Kakinya menyepak batu-batu kecil.

"Tak kisahlah. Denda kau kena buatkan homework aku esok. Tak ada simpati." Danial terus melangkah masuk ke perut Audi R9 yang terbuka bumbung.

Mulut Edlynn terkumat -kamit menahan marah. "Kau tunggu apa? Masuklah." Jerit. Danial dari dalam kereta. Terkocoh-kocoh Edlynn masuk ke dalam kereta sebelum Audi R9 laju membelah jalan.

***

"Apa kita buat kat sini?" Mata Edlynn masih terpaku melihat Taman Tema Sollies di hadapannya. Dia tidak pernak menjejakkan kaki ke sini lantaran entrance fee yang sangat mahal iaitu £ 200. Manalah dia mampu untuk masuk.

"Bersuka ria. Aku tak nak tengok muka kau yang monyok tu. Kau kena teruskan hidup. Kalau ibu bapa kau masih hidup pun mesti dia tak nak kau sedih macam ni."

Edlynn terpegun mendengar kata -kata Danial. Betullah cakap Danial. Aku kena teruskan hidup.

"Dah jom." Danial menarik lengan Edlynn supaya mengekorinya. Bayaran masuk semua dibayar oleh Danial. Mulutnya terlopong melihat rekabentuk Taman Tema Sollies tersebut. Yelah rusa masuk bandar.

Permainan pertama yang dipilih Danial adalah The Storming Sollies iaitu roller coaster yang sangat panjang dan berpusing-pusing. Edlynn dah berasa kecut namun dikuatkan. Ini semua celah kuku je.
Kemudian,mereka menelusuri Sungai Sollies dengan menaiki gondola dan diiringi dengan alunan klasik lagu Malaysia. Sungguh mendamaikan. Paling tak mencabar ialah masuk ke rumah hantu. Tak gentar pun Edlynn. Seterusnya mereka mencuba semua permainan yang ada. Hampir kesemua permainan Edlynn mendapat hadiah utama. Jikalau Danial menang pun,hadiah tersebut diberi kepada Edlynn kerana teddy bear sebesar manusia. Oleh itu,Edlynn memperoleh 5 teddy bear bersaiz manusia dewasa,4 teddy bear bersaiz budak kecil dan 6 teddy bear bersaiz bayi. Penuh boot dan kerusi belakang kereta Danial. 'Boleh letak kat kedai untuk promosi'getus hati kecil Edlynn.

Danial berasa simpati melihat Edlynn yang keletihan itu. Nak hantar balik, tak tahu alamat. Bawa balik rumah mummylah.

***

"Aaaaaahhhhhhh....."Edlynn menjerit sekuat hati apabila menyedari dia bukan berada di rumahnya. Danial dan Puan Seri Paduka Jennifer Park Hyo Shin meluru masuk kedalam kamar tamu tersebut.

"Kenapa,Ed?"
"Aku kat mana?Apa kau buat kat sini? Kau nak rogol aku ke?" Soal Edlynn bertalu- talu.
"Eh,gila apa. Kau kat rumah aku. Ada mummy dengan daddy akulah. Don't worry,dear. Kita tak kan kena tangkap basah tapi kalau kau nak apa salahnya?"

Pantas tangan Edlynn mencubit lengan Danial yang duduk di birai katil. Matanya tertancap pada seorang wanita tua tapi masih elegan. Mungkin sebaya arwah ibunya.

"Datin.."
"Tak usah berdatin. Panggil je mummy. Lebih mesra."
Mummy. Macam aku ni menantu dia je? Menantu? Erkk...

"Kamu tertidur dalam kereta Ian semalam. Tu dia bawa ke sini. Tak tau alamat kamu katanya." Jelas Mummy.

"Nah baju untuk kau. Aku pinjam Nat punya. Bersiap then pergi sekolah saing aku." Arah Danial sebelum pergi bersiap.

"Kamu bersiap dulu ye. Mummy nak buat sarapan."

Edlynn melangkah lemah menuju ke bilik air. Mujur ada tuala bersih.

***

Aku dah cakap turunkan aku kat luar. Tak nak. Tengok ramai minah gedik kejar aku. Stor sukan di belakang tempat letak kereta pelajar jadi sasaran Edlynn dan Danial menyorokkan diri dari peminat gila Danial.

"Kau tengok. Semua salah kau. Dahlah panas."Edlynn menyanggul rambutnya menyerlahnya leher jenjangnya. Sebuah buku dikeluarkan untuk mengipas dirinya.
Danial menelefon Rayyan untuk menarik perhatian peminat gila F4 yang masih menggila kat luar.
"Kejap lagi Rayyan datang. Duduk sana dululah." Ujar Danial yang sudah mengambil tempat di atas tilam lompat tinggi. Edlynn masih tidak berganjak.
Mulutnya merungut kepanasan dan kerimasan. Kainnya yang singkat kerana Natalia yang lebih pendek darinya dikibas. Danial dah fikir lain macam.

"Jangan goda aku please." Ujar Danial.
"Siapa goda kau?"
"Kaulah. Kibas skirt tu buat apa? Sengaja cari pasal."
"Kau yang pervert. Pandang tempat lainlah."
"Tak nak. Rezeki depan mata."
Edlynn pantas mencubit lengan sasa Danial sebelum membetulkan kedudukan skirtnya.
"Seksilah kau pakai baju Nat ni. Kau pakai je la hari-hari. "Terkekek Danial menahan ketawa. Edlynn sudah malu.
"Jomlah keluar. Macam dah reda je."
Mereka melangkah laju menuju ke kelas mereka. Bag sebagai penghadang apabila melihat Rayyan,Umar dan Faiz gigih melayan peminat mereka di ruang legar sekolah berkenaan. Danial menelefon Rayyan untuk segera kembali ke kelas.
"Mummy ajak kau tinggal kat rumah. Dia risau keselamatan kau. Yalah, kau kan perempuan. Bahaya tinggal seorang diri. Kat rumah aku, kau ada mummy,daddy dan...aku"ujar Danial.
"Tak naklah. Susahkan mummy je."
"Aku kata kau kena tinggal kat rumah, kau kena tinggal sebelum aku cium kau kat sini."
"

Ee, pervert. Pergi sanalah. Dah lah, aku nak balik kelas. Bye." Edlynn meninggalkan Danial yang masih termangu-mangu di ceruk ruang legar sekolah terbabit.

"Wah, syok dating. Aku juga kena selamatkan kau. Mana awek baru kau tu? " soal Umar. Matanya melilau mencari kelibat perempuan di sekitar ruang legar sekolah berkenaan namun tiada.

"Awek apa ke benda. Si Ed lah. Aku tumpangkan dia je." jawab Danial. Begnya disandang ke bahu kanan dan melangkah ke arah lif. Umar yang tidak berpuas hati segera bertanya. "Sejak bila kau ambil kisah pasal Ed tu? "

"Sejak dia jadi housemate aku." Danial tersenyum sinis sebelum melangkah masuk ke lif. Rayuan dan Faiz yang dari tadi tidak menyampuk hanya mengekori Danial walaupun persoalan penuh berlegar di kepala masing-masing.

----------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now