bab 11

7.5K 249 1
                                    

Minggu Cinta

"Ian. Ni macam mana? Aku tak pandailah. "Soal Edlynn. Di menunjukkan latihan Sains Kemanusiaan. Sir Roy ni. Bagi soalan susah-susah. Jenuh aku nak buat.

"Sinilah. Alah, senang je. Ini ada kaitan dengan medula oblongata. Lepas tu blood pressure ini dikawal oleh.... "Belum sempat Danial menghabiskan penerangannya, Sir Roy sudah menjerit.

"Hey, what are you talking about? If you have questions, just ask me,not your friend. Untill then, you don't know where your weakness. Here. Let me explain to you. " arah Sir Roy. Edlynn akur. Langkah diatur ke hadapan. Danial berasa kesian melihat Edlynn kena marah walhal salah mereka berdua.

"I know you. You always got the lowest in my subject right? Ok what you don't understand? " soal Sir Roy. Lemah lembut.

Tuk. Tuk. Tuk.

Ada pelajar lelaki. Edlynn terlopong. Faris!!!

"Sir, ini ada budak baru masuk. Er... Mrs. Julia nak jumpa Edlynn Adrianna. Boleh ,Sir?" Kata budak perempuan yang mengiringi Faris.
Edlynn melihat reaksi Sir Roy. Sir Roy mengaggukkan kepalanya. Yes, terlepas aku dari Sir!

Dengan langkah berani, Edlynn melangkah keluar. Dia melintas Faris tanpa memandangnya. Faris menuruti langkahnya dengan bola matanya.
'Kau dah berubah'

Langkah tetap diatur ke bilik guru. Mrs. Julia sedang menempek bedak di wajah yang berkulit putih itu.

"Good morning, Mrs. " sapa Edlynn.
"Edlynn. Saya nak minta tolong awak boleh? Sabtu ini, karnival cinta akan diadakan. Untuk kelainan pada tahun ini, kami merancang untuk membuat seperti Perfect Match. Tapi kita ada kelainan iaitu peserta perempuan akan dipilih secara rawak. Manakala lelakinya adalah sukarela. Oleh itu, awak sendiri faham 12 lelaki yang akan dipilih oleh 24 pelajar yang dipilih secara rawak. Pemilihan pelajar pula dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu cantik, menarik dan mempunyai kelebihan yang unik. Pihak sekolah bersetuju untuk meletakkan kamu sebagai salah satu peserta. Tapi saya ingin kamu mencari perempuan yang mempunyai kelebihan yang unik. Misalnya, menari, menyanyi atau beatbox. Di sini ada beberapa senarai pelajar yang telah disenarai pendek memiliki kelebihan unik tersebut. Saya serahkan kepada kamu untuk memilih kerana kamu adalah ketua bagi acara ini. Saya pilih kamu kerana saya yakin awak mampu lakukan. Jadi jangan punahkan harapan saya. Oh ya, pastikan awak mendapat pasangan semasa acara tersebut. Jikalau tidak, markah final exam akan ditolak untuk subjek saya. Saya bukan apa. Saya nak buat yang terbaik. Awak kan jadi perhatian selepas peristiwa awak memeluk Danial. Saya pun ada juga perasaan tau pada Danial. Hehehe... Gurau je. Janganlah ambil serius sangat. Ok awak boleh ambil senarai ini. Kalau boleh, hari jumaat tu awak dah maklumkan sekali pada peserta yang awak pilih. Kalau mereka tak nak, terpaksalah awak cari yang lain. Pastikan cukup 24  peserta termasuk awak." terang Mrs. Julia panjang lebar. Entah masuk semua ke dalam otak Edlynn tak kerana tumpuannya diberikan pada senarai itu.

"Erkk.. Mrs. Bagaimana dengan peserta lelaki? "Soal Edlynn.
"Yang itu, dah ada beberapa orang memberikan nama mereka. Tinggal 7 temaot kosong. Itu awak jangan risau. Saya dah suruh orang lain bantu saya. "Jawab Mrs. Julia. Fuh... Nasib baik.
"Kalau tak ada apa-apa, saya balik kelas dulu. "Pamit Edlynn.

Setibanya di kelas, Sir Roy sudah keluar. Biarlah nak keluar pun. Bukan masalah aku. Edlynn melihat Faris sedang berbual dengan Suzy, deskmatenya. Edlynn hanya membiarkannya. Senarai nama yang diberikan oleh Mrs. Julia direnung.

"Woi, apa tu? "Sergah Danial. Tadi macam tengah buat kerja.
"Aku kena tolong cikgu cari pelajar untuk minggu cinta. " jawab Edlynn lemah.
"Owhh. Aku dengar juga. Ada acara Perfect Match eh?  Tapi kali ini perempuan pula pilih lelaki. Tak nampak macam desperate sangat ke? "Ulas Danial. Betul jugak.

Edlynn melihat senarai nama tersebut . Sah nama dia paling atas. Ada Nat! Wow, Nat pandai rap. Erk.... Tiara!!!??

"Edlynn. Aku nak pergi mall. Jom teman aku. Boringlah. "Ajak Danial. Edlynn yang sedang melihat Love in Moonlight berasa terganggu . Dia tidak mengambil endah akan ajakan Danial. Danial pula tidak berputus asa. Dia bermain dengan rambut Edlynn yang diikat lipan. Ishh.. Edlynn menepis tangan Danial yang mengacau rambutnya.
"Yelah. Aku nak tukar baju dulu. Tunggu kejap. Bye, Park Bo Geum. Ed pergi dulu. Nanti kita jumpa kat dalam mimpi eh. "

Kukk

Danial sudah meluku kepala Edlynn. Reaksinya selamba seperti tidak berbuat salah.
"Tak payah nak drama sangat. Pergi cepat sana. Aku pun nak tukar baju juga. "Kata Danial. Lebih kepada membela diri.
Edlynn lantas mencapai baju yang pertama dijumpainya. Sehelai dress berwarna biru laut bercorak polkadot. Beg silang berwarna hitam juga dicapai. Bedak kompak dtepek nipis. Lips balm berwarna pink lembut juga dioles. Wangian Dolce & Gabbana disembur sedikit. Kasut tumit seinci 3 inci disarung. Ok, siap. Edlynn menunggu di garaj kereta. Ada 6 buah kereta mewah terparkir di situ. BMW 8 Series, Rolls Royce, Audi R9,Porche, Ferrari, Volkswagen dan Mercedes Benz. Alphard putih pula dibawa oleh mummy ke spanya. Pak Salleh pula membawa Vellfire hitam untuk diservis. Kaya betul.
"Cepatnya siap. "Tegur Danial. Dia menekan punat kunci Audi R9 miliknya. Tubuhnya tersarung Tshirt hitam tercetak 'DONALD' dan seluar skinny hitam. Cap diterbalikkan menutup rambutnya yang perang asli.
Wow, so damn hot!! Handsomenya Ian. First time kut aku puji dia. Edlynn melangkah masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. Menuju ke Pavilion!!

"Aku nak tengok cerita ni. "Edlynn menunjuk ke poster Hotel Transylvannia 3.
Pantas Danial menggeleng.
"Tak sesuai untuk aku. Tak macholah aku tengok kartun tu. "Jawab Danial. Bajet cool. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya. Edlynn akur. Hah!! Matanya terbuntang melihat poster berkenaan. Life of Pets 2. Pantas Edlynn menarik lengan Danial ke kaunter tiket.
"Life of Pets 2. 2 seat."kata Edlynn. Terbuntang luas mata Danial. Menyesal dia suruh Edlynn membuat pilihan untuk melihat movie. Ikut je lah.
"Saya nak duduk 2 seat yang kat tengah ni. Berapa? "Aikk.. Dia pulak yang memberi arahan. Getus hati Danial. Aku baru nak seat couple .
"£35,cik. " jawab akak kaunter tiket. Danial menghulurkan wang £50. Dia memasukkan wang baki ke dalam dompetnya yang diletak di belakang seluar.

Langkah diatur ke dalam panggung wayang memandangkan waktu tayangan ialah 10.00 pagi. Lagi 10 minit. Popcorn saiz large juga telah dibeli bersama dua cawan Heaven Tea saiz medium dan large. Large untuk Edlynn yang tekak buaya.

Danial mencari seat mereka. Panggung wayang sudah hampir penuh. Ramai juga nak tengok cerita budak-budak ni. Iklan sedang ditayangkan. Bosan. Dia menyeluk sakunya. iPhone 8 Plus Gold miliknya dikeluarkan. Aplikasi Whatsapp dibuka. Danial mengajak F4 melepak bersamanya namun hanya Umar yang sudi melepak lantaran yang lain sibuk. Tak tahulah apa yang disibukkan. Umar akan datang pukul 12 iaitu setelah selesai tayangan filem itu .
Filem sudah ditayangkan. Tumpuan Edlynn 200% diberikan pada layar skrin sambil mulutnya mengunyah popcorn. Sekali -sekala gelak tawanya menggamatkan panggung wayang. Akhirnya, habis pun filem itu. Danial bukan tengok sangat pun. Sekadar meneman Edlynn.

Mereka menunggu Umar di Starbucks. Edlynn memesan Mocha Latte manakala Danial memesan Green Tea. Umar pula dipesankan Vanilla Chocolate with Cookies. Favouritenya.

Sedang menunggu Umar yang tidak kunjung tiba, Tiara dan Rose pula muncul. Datang menyemak. Tiara mengambil tempat di sebelah Danial. Gedik. Umar yang baru hadir menarik kerusi meja sebelah. Kerana Rose sudah mengambil tempat di sebelah Edlynn. Mereka berbual dengan rancak sekali. Edlynn hanya membisu. Tak tahu nak cakap apa. Tiara dan Rose yang menyemak pula berbual seperti mereka diundang untuk melepak bersama. Katanya tadi jalan-jalan ,terserempak konon.
Malas nak amik tahu.

-------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now